Support JDT Blogger

Wednesday, November 18, 2015

Ikhtiar Mengandung Dengan Set Hamil Qaseh Gold

Hai semua...

Kembali bersiaran dengan menjual produk....hahaha....Ada entry tertangguh pasal Alza Advance tu...Nantilah ea kumpul2 gambar dulu baru update.

Ok bercerita mengenai Qaseh Gold yang aku jual ni...Ada set Hamil untuk pasangan yang ingin kan cahaya mata.Bukan lah aku kata kalau sekali ko mkn ko akan mengandung .....Kene lah ada usahanya jugak...Dan tak kan lah sebotol beli dh habis pastu ckp produk ni tak bagus mana pun...Jadi mau2 berbotol2 jugak ko kene hadap...Sebab apa?....Dalam Qaseh Gold ni banyak membantu hormon kita yang tak stabil...Period yang tak teratur...Stress....Penat...Tau tak korg sebenarnya benda2 ni semua lah yang mempengaruhi nak dapat anak...

Untuk set hamil ni ada 2 botol..

1. Qaseh Gold Kekanda
2. Qaseh Gold Adinda




➊KHASIAT QASEH GOLD KEKANDA untuk Suami:
-------------------------------------------------------------
✔ MERAWAT/ PENAMBAHAN tenaga batin
✔ Melancarkan perjalanan darah dengan lebih baik
✔ MENINGKATKAN bilangan & kuantiti sperma
✔ MENAMBAH daya seksual lelaki dan kesuburan lelaki

➋KHASIAT QASEH GOLD ADINDA untuk Isteri:
-------------------------------------------------------------
✔ Menguatkan rahim
✔ Meningkatkan tahap kesuburan
✔ Membina sel darah merah
✔ Membekalkan NUTRISI kepada sistem peranakan
✔ Mengatasi masalah KEPUTIHAN
✔ Melegakan STRESS
✔ Menstabilkan hormone
✔ Merangsang fungsi ovari untuk mudah hamil


Kandungannya tiada was2..InsyaAllah..Pemakanan dari makanan sunnah nabi kita ..kurma....madu..delima...eh byk lah lagi...Kita cuba untuk usaha yang terbaik...If berjaya itu dah bonus kan.....

✔ 100% HALAL (Produk Bumiputra ISLAM)
✔ IMP - Islamic Manufacturing Practice

Ikhtiar, istiqomah, doa & tawakal.
MUDAH... MURAH... MUJARRAB

==> PM/whatapp  untuk maklumat lanjut atau boleh terus hubungi  di 012-7556484


Friday, October 30, 2015

Agent Qaseh Gold Di Gelang Patah Johor Bahru

Salam Dan Selamat Sejahtera...

Tetiba hati ni tergerak nak jadi agent produk...hehe...Nak cari side income...Biasalah sekarang hidup memang memerlukan duit....Jadi kene paksa diri rajin mencari duit...Duit oh duit..

Kenal dengan produk Qaseh Gold ni dah lama....Dah lama jugak tergerak nak join..Tapi hati asik tertangguh je...Tak tau kenapa..Mungkin belum sampai jodoh....Tapi satu hari tu hati ini di gerakkan...Dan terus pm kawan saya masa satu uitm dulu.Kitaorg tak lah baik sangat..Tapi hanya kenalan...Betul tak lin...hehe...Boleh tanya dia berapa kali saya comeback balik tanya itu ini..

Di tambah pulak saya memang nak cari suppliment badan lepas bersalin ni.Lenguh semua sendi.Jaga anak umur selang setahun ni memang mencabar sikit..Tak lekang dari mulut ni keje nak memekik bertempik je.Biasalah kan budak2..Tapi hati mak ni bila dapat memekik baru hati dia puas...Pastu budak tak nak dengor sendiri pun merentan...hahaha..

Jadi saya amalkan Qaseh ni sebagai makanan sampingan.Saya ambik Qaseh adinda untuk tambah tenaga, untuk ilangkan rasa stress dan terasa badan ni ringan sikit.Hilang sikit rasa sakit-sakit badan bila nak bangun pagi bersiap pegi keje.Bila badan tenaga dah banyak satu pulak maslah tak cukup tido..hahaha...mata tak nak tido, tapi bila pegi keje mengantok pulak..Tapi bila amalkan Qaseh adinda ni alhamdulillah ia sangat membantu...hehehe

So warga Johor Bahru yang berada di sekitar Gelang Patah boleh dapatkan produk Qaseh Gold ni dengan saya ye.

Amalkan makanan sunnah dalam kehidupan harian kita....

Pm/watsup 0127556484


Saturday, October 17, 2015

Tukar Kereta

Lama dah nak cerita, tapi tertangguh saje....Yeah saya dah tukar kereta....Bunyi macam belagak na kan...hehe..Sedia maklum kete lama yang di pakai tu dah banyak na penyakit berjangkit..Hoih tak larat sikit nak tanggung maintenancenya...Bukan sesikit rege spare part nya...Ribu riban..Memang rabak.

Hal nak tukar kereta ni dari dulu dah En Hanafee nak tukar, tapi aku yang tangguh2 kan..haha...Pastu lelama sendiri tak larat...Sayang memang sayang si katak biru tu..Tapi akan daya jodoh tak panjang..Lagi pulak ahli dah makin ramai ni..Jadi jom lah kita TUKAR....

Kitaorang ambik kete apa????...Cer teka...kiki...Hanya mampu bagi aku setakat ini adalah En Puan Alza Advance.....Kenapa Alza?...Sebab tu je yang mampu dari segi poket kami..Pulak sesuai dengan kami berlima..besar dan selesa harga pun tak lah mahal na.....Nak ambik yang handal na kang sempit dan terhimpit poket..Jadi baik lah ikut kemampuan.

Ramai yang tak perasan aku tukar kereta ni...Itu sudah bagus...haha...selama pakai katak biru tu memang senang je orang nak cam...dengan warna ketenya dengan no Plat nya....Bila pakai alza ni aku pulak yg sibuk nak angkat2 tangan menyorai orang kat jalan....haha.....

Tukar masa awal Julai 2015...Raya kitaorg dah berkereta baru dah....Bebudak lah seronok sebab boleh tengok DVD...Aku plak pening asik upin ipin je...Dah naik menghafal dah.....No Plat masih lagi sama mcm dulu.Bak kata En Hanafee syg memang syg kete lama tu, ambik no plat aje pun jadilah....

Jadi yang di luar sana kalau nampk alza kelabu no plat sama mcm dulu silalah say hello2 ye..katak biru yang bawak kete sambil memangku budak kecik dah  tiada dah di jalan raya ...hehehe

Nanti saya review kete Alza Advance ni ye..Mana tau yang di luar sana ada yang nak membeli.....


Babai En Swift....Thanks kerana berkhidmat untuk saya untuk 3 tahun ye..yang selebihnya dengan En Hanafee..hehe


Friday, September 4, 2015

Pengalaman Melahirkan Anak Ketiga

Sebelum ingatan makin lupa baik bercerita untuk kenangan melahirkan anak ketiga ni.Bebudak tido semua ni,kalau tak jangan haraplah dapat nak pegang enset lama.Yang kecik ni meragam sikit.Nak kita membelai dia selalu je kalau waktu pagi.Malam sikit baru nak tido.Kakak dengan abang mcm biasalah kejap mak mok mak mok.Nak susu lah,ajak main lah,mandilah.makan lah.Ni nasib baik kat umah nenek, nenek lah melayan kan jugak.Hari ahad ni balik umah sendiri memang boleh kejang kaki mana nak di kejorkan dulu.

Ok sebelum melalut ceritakan pasal bebudak ni baik kita kembali pd tajuk asal.Lahirkan anak ketiga sakit tak?..Rasa kelako lah pulak kan kalau cakap tak sakit.Sakit tu dah pasti.Haritukan aku ada cakap tarikh edd aku bertuko2.Ikut period 18.7 tapi kalau scan 29.7.15...Nampaknya memang ikut tarikh scan yang dokter bagi.Ngam2 tarikh tu contraction datang dengan sendiri.

Malam 29.7 tu dalam pukul 2.30 pg aku terjaga dari tido sbb mcm rasa perut ni memulas dan sakit tangkap dekat pinggang.Masa tu terus memang pikir ni contraction dah dtg dah ni..ok aku layan kan jelah sbb dia tak sakit sangat pun.En Hanafee pun keje mlm time tu.Aku tido umah mak..Berjaga lah malam tu sampai nk dekat pukul 4 pg rs mcm nak bgtau teruslah En hanafee biar dia balik awal sikit sbb nak jejak kat umah mak aku ni mau2 1 jam perjalanan.Dia sampai umah je aku pun siap2kan lah barang n mandi semua.Cium anak2 diorg tido lagikan :(. Sedihlah jugak nak pegi bertarung nyawa oi.Mana tau pape jadi kang.Sempat lagi tu aku bwk kete balik umah sendiri dulu laki follow dr belakang bwk moto.Bila sakit dtg merengkok lah kejap.

Pegi sarapan dulu dlm pukul 7 pg gitu.tu pun dpt mkn sikit je roti canai tu.Contraction dtg sekejap2.Kacau betul..hehe.Dalam nak dekat kul 8 pg gitu sampailah dekat hospital.Ayo dah ramai beratur ambik no..Aku tak pegi terus ke emergency pun sbb ari yg sama aku memang ada chekup.Jadi aku nk pg chekup dulu sbb sakit tak kerap dtg.Kejap datang kejap ilang.Tapi yang penting aku ulang alik ke bilik air nak terkencing byk kali.

Aku sampai hospital kul 8 kan n patient ke 4 tau.Tapi dokternya sampai kul 12 tghari..haha...Punyalah aku ni tak senang duduk bangun layan kan sakit ni dengan naik basah seluar asik ke toilet je..Masa tiba giliran dokter tanya dah ada rs sakit tak?...sbb dia tgk due tarikh sama dgn chekup.Aku cakaplah dah dokter sy smpi sini kul 8 td tunggu dokter datang..huhu..Dia kata baring lah ye saya seluk..Seriau bila cakap pasal seluk ni..Sekali seluk dokter kata dah 5cm.agaknya di sebabkan dah 5 cm ms seluk pun tak sakit.Berkat menunggu dokter 4 jam kot.

Terus kene tolak terus ke Labour room.

Masuk labour room terus dup dap je rasa ni bila nampk byk barang..Rasa mcm nak cepat je masa berlalu..cepat lah beranak.Dah tuko baju sepital semua rs nak terkencing lagi..Nasib nurse bg pegi..Pastu baring kat katil balik diorg dh pasang check jantung dah lepas ni kalau nk kencing sila lah tahan.huhu


Ms ni dh melayan lah rs sakit yg dtg kejap2 je tu..Kali ni memang rilek sikit kot.Sbb dah 5 cm tp sakit tu tak mencengkam sangat.boleh je lg berbual2 dengan tenang.En Hanafee tanya jugak graft sakit tu tak naik sgt pun Tak sakit lah kan kata dia..Aku ckp tak pun sakit biasa je..dokter dtg nak dekat pukul 3 ptg gitu nak pecah kan air ketuban..Dia check jalan dah 8 cm..huhu tak jadilah nk pecahkan air ketuban..Nurse semua dah mulalah kelentang kelentung siapkan barang2.Tangkas betul ekk diorg bekerja..mana taknya nurse yg jaga aku ni umur nak dekat 60 thn oi..ternganga kejap sbb dia nampak muda sgt.

Aku pun pelik ni knpa aku dh bukak 8cm tp sakit masih manja2 lg..kompius sbb ms nk beranak kan no2 tu sakit aku rs mcm nak mati menangung tau..Tp algamdulillah jugak la nampknya di beri jalan mudah kali ni.Ada sorg nurse ni dia ckp kalau ada rs sakit nnt teran sikit2..boleh bantu bukaan cpt..part yg mmg dr dulu kini dan selamanya aku tak dpt nk teran dgn betul n tak berapa nk pndai..hehe..tapi cuba2 jugaklah..Lelamakn dh rs dah contraction kuat tu dtg aku pun meneran lah jugak smpi kali kebrapa tp baby tak kuar2..dah mula dah jadi pompuan gila aku ni terjerit2 ..hehe ingatkan boleh kawal tp terlepas jugak .Masa aku meneran tu kan dokter takde tau..ada 2 nurse dgn aku n En hanafee..Yang aku pelik aku dah teran dan sampai aku mls nk teran lg n nurse tu pun mcm takdelah nk berpompom bg kata semangat sgt..Yang aku nampk diorg terjeling2 tgk luar bilik mencari dokter..sbbnya dokter pg sambut org lain beranak..huhu sama kes mcm dulu ni...sabo jelakn..Pastu bila dokter sampai je n dia bersedia utk sambut aku terankan sikit je dan baby pun keluar...kata En Hanafee ms aku dh teran mcm nak gila tu kepala baby dah nampk dah..Tapi mb nak ikut prosedur kene dokter yang sambut sbb tu diorg tak paksa aku teran sgt gaknya..Kali ni terasa mudah dan aku dpt mengawal perasaan walaupun ada jugaklah terkucil sikit terjerit2...dan bangga jugak sebab kali ni tak kene gunting dan jaitnya sikit je...yeah 
Tahniah pd diri sendiri....Maka lahirlah anak ketiga kami ..



Nama pilihan apak sepenuhnya Haziq Zafran

Alhamdulillah selamat melahirkan anak ketiga

Alhamdulillah selamat melahirkan anak ketiga pada 29.7.2015.Nama diberi Haziq Zafran.Ada masa nanti akan menyusul cerita pengalaman beranak kali ketiga ni ye.Kekurangan masa pulak kali ni sbb anak meragam sikit tak mau tido sangat.huhu


Fresh from oven katanya..

Tuesday, June 16, 2015

Jadual Waktu Imsak & Berbuka Puasa Tahun 1437H /2015M Bagi Daerah Johor Bahru

Lagi 2 hari je nak menjelang bulan puasa ni...Jom kita tengok Jadual nya ye..Ni aku ambik untuk Daerah Johor Bahru je..Maklumlah sy org Johor..hehe....


Dengan keadaan diri yang dah agak sarat ni...36 weeks..Harapnya dapatlah menunaikan puasa sebulan..InsyaAllah

Monday, June 8, 2015

Kasut raya anak

Bulan puasa tak lama lagi ni.So far persiapan ry utk anak dah buat sikit2.Baju melayu utk Harith n Kina dah siap dah.Laju nenek jaitkan.Tahun ni tema purple kebiruan gitu susah nak ckp.Kina,Harith n apak nya pakai sedondon.hehe.Aku je la lain sikit sbb mcm nak pakai dress sbb mcm dh sarat je time tu.Ke dah beranak?

Pakaian mcm t shirt pun ritu dh shopping ms raya cina.mb ada nak tmbah seluar jeans Kina dgn baju tido barulah kot.Yelah memlm kalau nk pg beraya pakai je la baju tido ye anak2.Tapi nnt mak beli yg comel2 la tau.hehe.

Kasut?Pun dah beli.Semangat kemain.Kali ni cr kasut yg senang pakai je.Senang nak di sarung.Tak payah nak bertali2 berenda bagai.


Tara kasut raya bebudak utk thn ini.hehe.Simple kan.Idak lah terkial2 sorg nak pkai.Nk2 kina tu.Lemah gemalai na tgk kalau nak pkai kasut.Lagi kita suh cepat lg lah lmbt pstu merajuk merentan.Nyampah.Kasut Kina beli kat jusco rm15.Kasut Kores rm10 kat pasar tani.Hehe.Kalau nak yang memahal sila mintak apak ye anak2.

So far tu je lah.Barang2 mak je tak de lagi.Byk nak pkai duit raya ni.Dengan keperluan bersalin lagi yg tak complete.So marilah berjimat cermat seadanya ye.ok dah bye .


Eh jap td beli jagung cincau sedap plak.Selamat mencuba.Kiki

Thursday, June 4, 2015

Scan 32 weeks - Tarikh EDD Bertukar Pulak Dah?

26.5.2015 haritu aku checkup dekat KK Gelang Patah. Checkup biasa je scan jumpa dokter.Kalau ikutkan tarikh period aku dah 32 weeks time tu, tapi disebabkan dari awal aku scan memang lari dia punya tarikh scan tu, lebih kurang dalam 10 hari jugak..Tarikh edd aku yang patutnya 18.7.2015 tu telah di tukarkan oleh doktor ke tarikh 29.7.2015.


Doktor dah tukarkan tarikh EDD and tulis dekat REDD tu ha.



Scan dekat gomen dapat ukuran memang lari dari 32 weeks tu..Jadi 28 weeks..Ke sebab baby kecik sangat kot?...ke?

Aku is pasrah jugak dan rasa macam seronok lah jugak...Sebab apa?sebab 18.7.2015 adalah raya kedua..Muahaha...Kalau tarikh edd aku bertukar makanya harapan utk beraya tetaplah ada.Dapatlah melantak ketupat rendang sila nikmati kawan itu.Mihmih...

Akan tetapi....pada 29.5.2015 hari itu aku pegi buat chekup pulak dekat Hospital Colombia.Jumpa dengan Doktor Rohaini....So dia refer pada buku merah aku tu...Dia tanya jugak kenapa tukar pulak tarikh?..So aku jawap sebab lari banyak sangat harinya dari yang sepatutnya.Dia kata takpe kita try scan dulu tengok macamana.









After scan tu doktor dapat ukuran nya lebih kurang pulak jadi 32 weeks...iaitu 31 weeks semua...Dia kata kalau ikut mesin dia tarikh edd 22.7.2015...Jadi lebih kurang je dengan tarikh edd lama aku.So dia follow je dengan tarikh 18.7.2015 tu...Huwaaaa...jom nangis jemaah...Sebab apa?...Sebab aku nak beranak kat sana, bila mana Dokter Rohaini dah kata cm gitu harapan utk riang raya semakin tipis dan jugak harapan utk dia sambut masa aku bersalin pun sgt tipis..... mesti kene dengan dokter ganti.Dokter Rohaini ada cakap kalau tarikh tu lari dalam sebulan ke tu baru betul kene tukar tarikhnya..Ok bye...



Saturday, May 30, 2015

Kinder Schoko-Bons adik beradik Kinder Beuno

Heee....i tak tau lah sebab megidam ke sebab mengada-gada birah ke apa..Tapi di sebabkan nak jugak jadi aku mintak tolong  kawan aku belikan..Eh mintak tolong ke paksa ekk?....Kelip2 mata jap...mihmih

Sebenarnya ritu akak ipar aku dia baru balik kursus dekat KL naik flight dekat Senai..Masa balik bos dia belikan dia coklat dekat airport utk bg kat anak dia makan.Jadi ms dia bawak balik aku pun trylah jugak ambik 1 merasa.Benda pun tak lah byk..sekali rasa macam sedap pulak...


Nama coklat ni Kinder Schoko -Bons...Kalau kinder Beuno tu aku memang lah suka...Pastu bila ada coklat yg mcm gula2 ni tu yg teruja sikit nak rasa.Rasa sekali nak lagi gitu.Jadi kan masa tu pikir cmne lah nak beli.Sape je lah nak melayan aku pegi airport nk cr menatang ni.Rerasa kat kedai sini2 mcm tak jumpa lagi.

Tetiba eh teringat pulak kwn aku yg memang suka naik turun kapal terbang tu.hehe..Tanya dia boleh tak belikan.Masa dia balik kg tu..eh dia dah tak duduk kg dia dah duduk bandar Gelang Patah..haha..Dia kata kedai dah tutup.So i is sedih..Mencik..Tapi sekali lagi dia balik sini dia belikan jugak...Tq Kawan...Eh mention sikit nama...TQ Mohd Khairul kerana melayan tekak aku ni..haha....Jasamu di kenang..



Ni rupa kat dalam.Rasa dia lebih kurang dengan Kinder Beuno, Tapi jangan makan selalu nanti muak..Sebab coklat kan..Dia ada kacang2 sikit kat dalam.


Rege dia kemain lagi.Huhu..Kuantiti tak pasti berapa tapi berat 320g saja tak banyak pun.Jangan letak kat suhu bilik sebab dia boleh cair jugak.Maybe bilik aku panas kot.Jadi kene letak kat Aisbox.

So utk En Khairul thanks ye belanja.Semenjak dah jadi usahawan ni rajin belanja kengkawan..haha..Dah bye







Wednesday, May 27, 2015

Apa yang menarik di Batam - Part 3 Final

Harapnya ni final part..Kang makin di biar makin malas aku nak update kang pasal Batam...Jadi nak cerita lelaju lah.

Ok lepas kitaorg dah rehat2 golek2 kat hotel tu, Kitaorg ambik kereta sapu..eh keret sapu ke nama nya..Maksdunya kitaorg ambik sorg driver utk bawak kitaorg jalan-jalan dekat sini.Kira mcm appoint as a driver 1 hari tu...Eh setengah hari itu...Jadi terpaksa lah melayan kitaorg ni ye.Tapi kalau kat bawah hotel pun ada je org2 yg akan offer nak bawak jalan.Diorang semua aku tengok kan ok je.Cuma charges tu lah kene tengok2 jugak..Macam aku ambik org ni kene dalam RM150.00 jugak dia bwk kitaorg jalan selama setengah hari..Macam mahal jugaklah.

Tempat pertama kitaorg pegi adalah makan Nasi Padang.Dekat mana driver ni bawak kitaorg tak tau lah aku..Pusing sana sini tetiba smpai dah.Dekat Indonesia Nasi Padang memang glamour kan.Jadi nak cakap tempt ni sedap tempat tu sedap terpulang lah pd driver yg nak bawak tu.Just kita ckp nak mkn nasi padang yang paling sedap je..hehe...


Time kita duduk je diorg akan hidang semua lauk ni untuk kita pilih.Pilihlah dengan betul ye.Sbb harga dia kemain cekik darah...huhu...Ambik 4 lauk je kot...air teh botol dengan air alpukat...RM70 lebih....erkk..


Ni air al phukat..Ada org kata sedap.tapi tak lalu di tekak ku...huhu..



Next destination Barelang Bridge.Perjalanan ambik masa dalam 1 jam jugak.Jalannya kecik kot..bawak pun 60 70km/sejam...Alahai....Macam nak je aku tolong tekan kan minyak.Kalau kita rs nya setengah jam dh sampai.



Pemandangan jambatannya..Boleh nampak 7 pulau yang ada.Airnya pun cantik warna biru.Bestlah untuk lepak2 & ambik gambar.Sampai je kat jambatan ni dah ada jurukamera standby utk tlg ambikkan gambar.Sorg IRD10,000 kalau gambar berdua jadi lah 20,000.00 alah lebih kurang tak sampai RM10.Siap print A4.Ok lah.Buat kenangan.



Ada macam2 makananjugak jual kat sini.Kebayakan kopok2 lah.Nak2 org yg naik moto cmni memang ramai.Siap diorg tido lagi dekat seat motor.Handal.

Lepas ke Barelang ni kitaorg terus ke Nagoya Hill.Barelang ni ada smpai 6 jambatan...Tak kuasa lah nak smpi kesana lagi..Tak mampu nak tempuh perjalanan jadi decide patah balik pegi Nagoya Hill.Syurga membeli belah katanya.Tapi aku dgn En Hanafee bukan lah kaki sopping sgt pun..Lagi plk barang2 kat situ mahal je...Tak terasa pun nak membeli..Dan takde benda pun nak di carikan..Tapi masuk jugak lah dekat dia punya shopping mall Matahari..Ha situ dia buat sale gila2 jugak.Dapat kemeja Kores rege bebelas ringgit jek...Cantik..terus sambar.Tu jek lah kot...Bebudak dah mengamuk2 dh...tak cukup rehat mungkin..Jd memang lagi lah takde mood nak jalan.

                                     

                                      

Next destination ialah pegi kek Kedai Oleh- Oleh Khas Batam.Kedai ni jua kek pisang tapi ada byk perasa.Sedap tau.Harga dalam RM13.00 lebih gitu lah sekotak tu..Saja beli nak buat2 rasa & as buah tangan .Ambik 5 kotak n dapat kotak khas macam kat atas tu..So tinggal jinjit je.

Lepas tu kitaog pun balik ke hotel.Tak larat dah nak jalan.Di sebabkan td tengahari dah kne bayar mkn mahal.Jadi kitaorg rs better pegi Pasar Malam dekat kawasan berdekatan tu je lah.Cari apa2 yg boleh di makan.Makanan tak banyak sangat pilihan, Kekadang deret kedai byk jual benda yang sama je pun.Satay Padang, Murtabak.. Nak cr bakso macam tak jumpa..Pastu byk jual kasut, Mainan lah..



Ni jek lah belinya pun.Tak tau nak mkn apa.Kat sana apam balik di panggil Murtabak manis...huhu..Rasanya sedap lah jugak.Satay tu pun tak kene dengan tekak aku.hehe...Memang tak lalu je kat tekak ni semua makanan..Biasa lah dah tekak memang suka mkn berlemak manis gitu...



Untuk keesokkan harinya memang takde tempat lagi dah nak dituju.Lagi pun rs cm nak balik awal sikit.Isnin dah keje.Terus lah kemas-kemas barang semua ambik prebet sapu jugak kat bawah hotel tu untuk hantar kitaorg ke ferry terminal tapi mintak singgah DC Mall (Diamond Citty).Pun aku nak cr telekung budak kemain payah...hehe..byk corak2 katun.Adoi tak berkenan sungguh tau.Last2 dapat capai kain batik lepas,baju jubah dengan kopok2, kerepek2, jeruk2.Tu pun nak buat ole-ole utk org kg..hehe


Dah siap2 nak balik dah ni.Huru hara berlari nak kejor ferry...Naik pukul 12.45.Lagi banyak barang yang berendeh2 di bawak.Sampai kat feryy berpeluh2..Haha...Mintak nyawa.

Ok tu je celoteh saya setakat hari ini.Bersyukur entry Batam dah habis dah.Byk betul short cut nya...kiki...Dah bye.

Tamat.






Monday, May 25, 2015

Harith Zaheen Budak Baik....

Lama tak cerita pasal anak...Nak cerita pasal Harith Zaheen lah....Si pengarang jantung anak bujang ayah dengan mak ni...Baik budaknya....Mihmih...Sangat baik.Cucu lelaki nenek Pesah n tok Esa ni.Hehagak kalau dia jejak je kat umah nenek and atok dia, mak aku lah yang akan mengucap panjang dulu dengan perangai dia...Hahaha

Lahir 24.10.2013, umur sekarang nak masuk 1 tahun 7 bulan.Dah pandai jalan, berlari kedek-kedek.Bercakap boleh lah sikit-sikit..ujung2 je bunyi nya.Tapi panggil mak nya panjang pulak bunyi,..."Mamak"...terlebih na...Panggil mak je kores oi.Panggil Kina..."na..na" je.Melajak ni ..Orang suh panggil kakak.

InsyaAllah bila umur dia 1 thn 9 bulan dapat lah adik.Geng sama dengan dia..Boy..Memang panjang lah gembeng si kakak Kina.Asik kene buli je.Takpe Kina geng dengan mak aje ye.

Emangnya anak lelaki ni kalau nak jaga dia senang.Dulu masa kecik memang senang jaga Kores, Cuma bila dah besar ni makin menakal kemain lagi.Semput nyawa jugak kekadang.Bila dah dapat kaki berlari kesana kemari and tak takut orang sangat tu yang buat risau.Ada sekali tu ayah dia jaga diorg kat umah.Al kisahnya ayahnya tertidur..Si Kores boleh ekk pegi main basikal roda 3 dia tu sampai ke tengah jalan..huhu..Berani tak berani lah dia nolak basikal.Nasiblah mak long dia nampak..Pak long dia tukang kejor dia ambik..huhuu...Huish berpeluh di buat Kores.Belum lagi kalau kat shopping complex nak jalan sendiri entah kemana-mana...Tak nak ikut plak tu kita..Kita plak ikut dia..Pastu merentan...


Ni kejadian pagi tadi . 



 Apa yang tak kene tah...Dia duduk bawah kaki aku tgh bwk kete...Nak tak nak kemain slow aku bwk..aku angkat mesti dia ngempas badan punya...Eh dia dah bosan dia berpeluk pulak...Memang menguji kesabaran tetiap hari bawak kete g keje...


















Mengamuk sikit je ngempas badan..Yang belah kiri tu masa g Batam ritu .Dia masuk bawah meja tak nak keluar.Dah tak memasal aku menarik kaki..Terpekik terlolong lah jugak.




















Best pren ayah ..Kekadang aku hangin sebadan dengan dia aku marah cakap tak nak kawan.Kene lepuk jugak kalau tak kene gaya.I is garang ok dengan anak2.hehe..Kina dah biasa kene libas dengan hanger..Mihmih....Tapi si Kores ni kalau tau aku marah kekadang dia pujuk panggil mak...mak...mak..mak banyak kali pastu tengok aku dan senyum...hehe..Jadi mak cair jugak hati..Pastu gomol2 dia balik cium2 geletek2 walaupun baru lepas kene libas... Kores sama dengan ayah suka main game...dah bye

Friday, May 22, 2015

Percutian Ke Batam - Part 2

Ok untuk Part 2 masih lagi utk hari pertama sampai..Ringkas je pun percutian kali ni..Tapi bila dah menaip ni dia jadi panjang pulak...haha...Kene lah ada part 3 nampak gayanya....

So kitaorg sampai dalam pukul 10 lebih gitu .Masa Indonesia lambat sejam dari kita ye anak2 sekalian..After chop passport kat imigrasinya itu ambik masa lah jugak sikit..Ramai orang..Dengan kitaorg berendeh2 barang.1 beg besor isi baju kami anak beranak En Hanafee pikul..Dengan strollernya lagi..Aku bawak beg simple dimple yg budak tu dengan beg tangan.Nampk mcm tak sarat je kan...Tapi tuhan jek tau huru haranya dengan bawak budak c Kores tu lagi...C Kina dah lah sibuk nak naik stroller jek...Pemalas betul nak jalan sekarang.

So abis chop passport bagai semua kitaorg terus naik teksi ms kt luar check point tu ....Terus ke hotel yang kitaorg pun tak decide lagi...Jadi pemandu teksi tu lah yg suggestkan...Nama hotel tu Travel Batam Hotel.En Hanafee kata "eh mcm hotel sy duduk dulu je"....huhu..Dulu dia penah pegi dengan bos n geng2 tempat kerja..Jadi dia ingat2 balik memang betul lah tempat tu.Kawasan situ di panggil Jodoh..Berdepan hotel tu ada Pasar Malam..Bukak dari pukul 4.00 ptg katanya...

Untuk teksi kitaorg kene bayar dalam RM20.00 ada kot.Ok lah tu kan.Utk Hotel pulak dalam RM100 semalam..So memang under bajet kami...Walaupun bukan grand na hotel nya tapi ok lah utk tempt tidur..So rehat2 kejap and bebudak ni melanyak katil dulu barulah keluar berjalan.Aku ada jugak buat research pasal tempt2 menarik nak di kunjungi tapi tak pegi semua pun sbb ada tmpt yg driver yg kitaorg tempah utk bwk jalan tu kata tak payah pegi sbb bukan ada apa pun kat sana.Ok fine..Jadi tempat yang kitaorg lawati hanyalah :

1.Barelang Bridge
2.Nagoya Hill
3.Kedai Ole-Ole Batam
4.DC Mall
5.Pasar Malam Jodoh

Itu sajalah.Gambo next entry lah ea..Tak byk na gambo nak di tunjuk..mihmih

Wednesday, May 20, 2015

Menghabiskan Cuti Dengan Melancong Ke Batam Indonesia - Part 1

Melancong katanya ye...Sebenarnya tak tau arah tuju nak bercuti kemana haritu...Mula-mula macam teringin na nak pegi Langkawi.Tapi jauh na.En Hanafee kata pun kalau drive dia tak nak..Kalau naik flight dia nak..Tapi kalau nak ke Langkawi kene dr KLIA...Lagi lah bertambah cinta cintun nak kesana pulak.Pastu plan nak ke Genting pulak..Eh mcm lagi mls anak2 penakut main air..Tapi kalau kat umah sensorg berejam duduk dlm bilik air main air paip..Apa pun tak boleh...

Aku pun sebenarnya tak berapa suka nak jalan jauh...Boleh gitu..Aku tak sanggup nak mengadap perjalanan bersama anak-anak .Diaorg cepat bosan , nanti mula lah ek ok ek ok sensorg..Mak ko dah lah camni..kang naik suara naga aku kat dalam kete...Jadi plan punya plan decide nak ke Batam je lah..Memula Tg Balai tapi kansel ke Batam...

So sabtu lepas 16.5.2015 kitaorg ke sana dari Jetty Stulang Laut...Naik ferry pukul 8.45pg....Juling biji mata pepagi hari aku dh bangun siapkan bebudak..Nak kejarkan ferry..Bangun kul 5.30pg tapi kul 7 lebih jugak baru gerak...Semput...Dulu ferry nak ke Batam boleh naik dari Puteri Habour tu..Tapi dah suspended sejak Sept lepas if tak silapnya..Tak ramai orang nak naik dari sana.

Kitaorang parking dekat the Zone stulang.Bayaran parking tak mahal pun .RM6 jek utk 1 hari tu.Kiranya kitaorg pegi sabtu n ahad tu balik...Takut jugak berpuluh inggitkan.....So lelaju beli tiket sebab dah nak dekat kul 8.30pg.Ferry kat sini jalan setiap 1 jam..Jadi jangan bimbang lah ye..Boleh je relax2 lagi tapi kitaorg nak cepat smpai sana..Boleh rehat-rehat dulu.

Harga tiket ada sikit kelupaan ....Utk org dewasa lebih kurang RM145.00 pergi dan balik...Utk budak mcm Kina umur 11 thn kebawah if tak silap RM85.00..Kores 1 thn lebih tak kene bayar tapi kene byr just cukai apa tah....Si tukang beli tiket pun bila di tanya lupa...Jadi aku anggar kan gitu lah lebih kurg harga...Tiket balik tu kita boleh naik bila2 punya ferry pun..



Alhamdulillah dapat ferry yang selesa dan bersih jek.Ada toilet kat belakang ferry pun bersih jek.I like.


Disebabkan tadi bekejor ferry kul 8.45 tu tak sempat nak sarapan pun...Just beli roti bakar and air tin jek..Kat dalam ferry boleh bwk makanan tau jgn risau.Pastu kitaorg plak duduk dekat dgn mini bar dia kat belakang...Ada pulak jual maggie instant....RM5.00 satu.En Hanafee beli...eh sedap pulak....Makan lah kami anak beranak sebagai mengalas perut utk sampai ke Destinasi.

Seronok betul Kina & Kores....Tgk laut dgn air berombak2..Kores ikut ayah naik atas, Kina tak berani.....Penakut punya budak...hehe.....



Dalam 1 jam perjalanan dua2 dah tombang ngorok..Ngantuk na gaknya bangun awal pagi.Nasib bebudak ni tak mabuk laut..Maknya pulak rasa pening-pening lalat..



Perjalanan dalam 1 jam 40 minit gitu...sampai lah kami ke destinasi yang di tuju iaitu Pulau Batam.Sambung next entry ye..Dah panjang na pulak..hehe











Tuesday, May 19, 2015

Untuk kali Ke-3

Alhamdulillah blog ini ada penghuni rupanya..hehe....Bila tengok orang update blog mula lah semangat balik....Tapi semangat tu datang balik dalam sebulan...wow...kemain lama..

Alhamdulillah jugak dan InsyaAllah keluarga kecil En Hanafee akan bertambah lagi tahun ini...Hoyehh..Hoyeh....Tahniah untuk diri sendiri.....Now dah 31 weeks...Another 9 weeks saja lagi.Ahai mula perasaan seriau tu datang.....Masa awal2 ritu exsited kemain.

So preparation untuk 3rd baby mengalahkan nak nyambut baby pertama...Banyak menyopping jugak kali ni.Dengan breast pump baru, baju bajan baru, tilam lah , baby gear lah..eh memang memacam sangat di belinya.Kene rasuk agknya.

So far Kina tak sabar nak tunggu baby keluar...Kekdg tanya "baby tak kuar lagi ke?"...."baby kuar pukul brapa mak?"..haha...Camne mak nak jawap tu Kina..Kalau Harith aka c kores pulak dia memang takde perasaan lagi....Bila tnya baby dia just tepuk2 je perut pastu gigit..Mengiggit je kejenya sekarang...Aku pulak rasa terdera di buat anak.

Ok lah so far tu je nak bgtau....I'm pregnant again...Alhamdulillah......Dijangka bersalin 18.7.2015 .Moga di permudahkan hendaknya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...