Support JDT Blogger

Wednesday, December 28, 2011

Welcome to Singapore..Ecece..

Nak bercerita pasal bercuti ke Singapore.Tp satu gambo pun tak dak.haha..Cmne tu..Takpelah kita just update je ye.Supaya blog ni nampk lah ada entry baru.

Pada 26 Dec 2011 ,kami (Saya,En Hanafee,Aie & Huda) memulakan perjalanan pada jam 10.30 pg melalui tambak Johor.Jalan jem gila.Hampir 1 jam juga untuk kami melepasi check point ke Singapore.Ini kali pertama kami ke sana menaiki kereta.Haruslah mulut terngaga ye tak tau jalan.Tapi dengan bantuan ikhlas En GPS semuanya berjalan dengan lancar.Jam hampir menunjukkan pukul 12.30 kami sampai ke destinasi pertama di Singapore.Gerek seh.hehe

Tujuan kesana?.Saja makan angin.Niat hati macam nak shopping sempena SALE akhir tahun ini.Jadi tempat kami tuju adalah ke Orchard dimana tempat ini mempunyai shopping mall yang banyak.Tetapi di Orchard ini barang2nya adalah jenis yang branded ye dr satu mall ke satu mall.Jadi cuci mata je lah.Al maklumlah saya dan En Hanafee ni tak pandai sangat nak pakai pakaian jenama2 ni.Kalau ade pun bleh kira dengan sebelah tangan rasanya.hehe.

Yang pasti shopping mall yang paling ramai di kunjungi di Orchard ini adalah TAKASHIMAYA di mana saya sempat juga menjengah ke mall ini untuk melihat-lihat apa yang istimewanya berbanding yang lain.Ya...sale yang bergitu byk rupanya.Patutlah ramai pengunjung.Branded item with sale up to 50%.Ok lah tu.Jengah barang baby.Hmm mcm cekik darah je juga.Jadi berkunjung ke Orchard ini tanpa membeli apa2.ekekeSemput ye nafas saya untuk ke sini kerana kami park kereta nun jauh di Orchard Plaza.

Ehsan dari En google

Pada pengemar gadget,saya cadangkan untuk pergi ke LUCKY PLAZA.Ada banyak kedai di sana untuk kita pilih dan bandingkan harga kerana di setiap satu kedai adakala beza hingga 30- 40 dolar.Tetapi harus di ingat juga kedai-kedai ini mengenakan GST 7% if tak silap sayalah ye.En Hanafee dok pusing2 cari gadget  yang dari awal-awal lagi sampai.bila tiba di Lucky Plaza ni macam separuh gila dia tengok harga-harga murah berbanding di Malaysia tapi bila dengar dia kenekan GST haruslah letak balik ye.hehe.Jadi mahal pula.Harapan hanya tinggal harapan sahaja.

Ehsan dari En google juga

Okeh abis cerita di Orchard Road ea.Kami keluar dari sini pada jam 2.30 ptg.Sambung entry lain lah ea.Penat perah otak untuk mengigat kejadian2 selepas itu.sy relax2 dulu mencari ketenangan ye.hehe.Oh lupa nak ckp.Parking Fee kami selama 2 jam itu adalah 6.40 dolar.Agagaga.dh bye.

Tuesday, December 13, 2011

About My Pregnancy 27 weeks +++

Update lelaju selelajunya.Ketinggalan dengan banyak benda yang nak di ceritakan ini ye.Sehingga tarikh ini kandungan sy sudah masuk minggu ke 27.Gila cepat masa berlalu pergikan.Another 13 weeks jek lagi..huwahaha..Cuak2

Keadaan Saya?
Masih seperti dulu.Tidak gemuk n chubby mana pun.Tetap maintain dengan hanya perut maju kedepan.Dahulu sebelum mengandung berat saya 49kg n now naik baru 5kg sahaja.takde lah perubahan yang ketara sangat.

Sepanjang kehamilan ni,saya cuma mengalami sakit di bahagian punggung,memang tidak boleh duduk lama-lama di kerusi.Mulalah nak senget ke kiri dan kekanan menahan kesakitan.Ada yang cakap itu perkara biasa sebab punggung sudah mula mengembang?.Hmm mb lah kot.Ada yang cakap akan mengalami simptom ni hingga proses melahirkan.Aduhai...Di ofis duduk beralaskan bantal.Memang bodek lah jadinya kan.haha..

Selain tu jugak ada ketika saya di serang kembung perot.Penyakit azali ni memang sentiasa hadir di zaman anak dara dulu.Tak sangka pula sampai ke sekarang.sekali kene rasa macam nak terberanak di buatnya.Menyandar dekat tepi dinding merengek sorang2 menahan sakit.Ayoyo.Cukuplah sekali itu.2 hari menahan kesakitan.



Check Up?
Orait,last check up saya di klinik kesihatan paya mengkuang pada 1 Dec 2011.Berat sudah mencapai angka 54.5kg.Blood presure semua ok.Cuma nurse kata darah saya kurang pekat.Jadi kene tambahkan permakanan berkhasiat sebagai contoh kerang,daging,hati semua dan ubat diambil 1 jam sebelum makan supaya ianya lebih memberi kesan pada darah.Ubat?...hmm sekarang macam rajin je skip ubat-ubatan ni.hehe..Air susu pun macam dah lama saja tinggalkan but saya gantikan dengan air kotak ducth lady kekadang.Kira oklah tu.Next check up pada 2 Jan 2012.

Pada 4 December 2011 haritu pun saya buat check up n scan di Pakar Perbidanan Khor & Lor juga.Niat hati tu nak buat 3D scan.Tapi alangkah malunya baby ni, dia tak mahu tunjukkan muka.Duduk diam memandang n dekat ke arah uri.Nampak telinga sahaja dalam bentuk 3D.Macam telinga mummy je ekk..hehe..Emm doc tu scan jugak jantinanya.And it's a ........tet......Tunggu je lah baby keluar nanti ye. Pulaknya saya dapat doc ganti kepada doc Khor jadi saya bukan tidak percaya cuma sedikit was2 sahaja tentang jantina yang di terangkan.Sebab doc tu kejap kata girl kejap boy kejap boy kejap girl.Mane satu tu?

Mb next check up nanti saya akan mintak kepastian sekali lagi.Harap dapat berjumpa dengan doc Khor.Nak try buat 3D sekali lagi.Tak puas hati pula la if nampak telinga sahaja.

Barang Baby?
Masih lagi relax2 dengan tidak membeli apa2.Dah kene marah dengan a few kawan2.haha.Adalah beberapa barang yang saya beli like wet tissue,cotton bud, toiletries baby travel,bib,mitten,pillow,sepasang baju.Byk kan.Setakat ini itu je lah yang sudah saya beli dengan kuantitinya semua adalah 1 ye.Harap maklum.Haha.InsyaAllah ye kawan2.Saya berusaha lah menambah mana yang patut n yang penting2 itu.Harap bertenang.Laginya pula saya rasa malas nak jalan.Pulus pun belum banyak.Jadi tunggu lah gaji ni.InsyaAllah borong semua.hehe..Agaknya lah.

Tengok pada list barang bayi memang lah terkebil2 mata.tgk pada harga lagi lah terkebil2.Banyak nya nak di beli.Mengalahkan menguruskan keje kawin juga ni kan.hoho.Takpelah pelan-pelan kayuh.

Penutup?
Fuh..siap sudah satu entry..penat perah idea ni nak menaip.Jadi setakat ini sajok lah ye.Dah takde idea dah nak cerita sangat.Plus kaki semut2 dok terkemot2 punggung yang sudah sengal ini.Jadi lain-lain entrylah ye saya sambung.Dah bye.Layanlah gambar2 saya di bawah ini ye.


Me at 27 weeks 2 days




Percaya Atau Tidak.Masih Lagi Menaiki Motorsikal Untuk Ke Tempat Kerja.
Sbb?.Sangatlah malas ye untuk membawa kereta.




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...