Support JDT Blogger

Saturday, June 29, 2013

Luaskan Kuasamu Johor

Ceh...arini 29.06.13 adalah perlawanan final piala FA antara Kelantan dgn Johor aka JDT.Sebagai anak jati orang Johor kekdahnya hanya dapat bagi kata semangat je ye...Nak pegi al mintak maaf ea...Sy tak berminat dengan orang yang berasak2 .Ada lemas aku kang.Jadi InsyaAllah akan menonton di rumah sahaja.

Untuk budak sekolah aku dengar kalau Johor menang Isnin cuti ekk?...ke?.....Abis bagi orang yang bekerja ni?...hehe...Cuti lah jugak ekk...Baru adil....

Okeh lah Johor , main bebetul mlm ni....Cipta sejarah baru untuk JDT okeh...." Ayuh Johor..Ayuh Johor...Ayuh luaskan kuasa mu".......

Dah bye nak nyanyi pepanjang tak berapa nak tau pulak....tu pun ntah kan betul ntah kan tidak baris ayat..kikiki

Wednesday, June 19, 2013

Yes I'm Pregnant Again..Alhamdulillah & InsyaAllah

Alhamdulillah....Pregnant lagi nampaknya.Bukan nak berahsia dengan kawan2 semua tapi sebenarnya macam ada rasa segan, dan rasa masanya belum sesuai untuk di beritahu pada semua.Orang kata kalau baru pregnant jangan beritahu orang awal2 dulu.Yelah kita pun tak expect samada baby okeh atau tak untuk bertahan sampai lah abis 1st trimester...

Now dah 21 weeks....InsyaAllah due doktor bagi 29.10.2013.Tak tau lah tu samaada cepat ke lambat.Kalau Kina dulu sampai aku kene induce sebab terlebih hari smpai seminggu.Jadi adik nya nanti ada kemungkinan ikut jejak Kina atau sebaliknya.


Buku Merah dah buat dah.Masa nak pegi buat ni aku dah cuak je takut kene marah kan.Biasa lah ada sesetengah nurse akan marah sebab jarak dekat na kan dengan anak sebelumnya.Tapi kalau dah rezeki tak kan lah nak dibuang pulak kan.Tapi nasib baik diaorang okeh je.Aku last period 22 Jan 2013 makna nya Kina baru 10 bulan masa tu dah tersangkut.

Teknik merancang tak betul agaknya.Nak2 macam aku niha merancang sendiri.Jadi bertahan lah sampai 10 bulan je lepas tu terlepas pulak...hahaha....En Hanafee tu memang kekadang dia dengki dgn aku..Ni bila aku mms dia masa tu gambar upt 2 line.Gelabah budak.Dia kata mcm tak percaya dan susah nak terima.

Aku pun masa tu rasa macam tetiba down sikitlah.Aku kesian Kina.Baru je nak membesar, baru je nak bg dia manja dan kasih sayang lebih sikit.Tapi dah nak dapat adik pulak.Tapi lelama kitaorg boleh terima.Lelama jadi teruja pulak nak ada baby lagi.Kina?

Fuyo dia punya mengaruk tuhan je yang tahu.Kekadang naik angin aku di buatnya.Lepastu kerap lah tak sihat.Mak aku kata biasa budak nak beradik memang gitu.Ada je tak kene.Tapi sekarang kan aku rs mcm makin sayang je dengan Kina.Kalau kat opis teringat je dia kat umah tu.Macam2 kelaku.Tak sabar nak balik keje ke kadang nak ambik die gomol.Walau hakikat dia tak suka di gomol.haha


Gambar scan masa 9 minggu.Baby inside ok2 saja.Membesar ikut minggu.Alhamdulillah.


Ni gambar latest 12.6.2013.Masa usia aku 29 tahun.hehe...Sambut birthday.So tu lah gambar perut berusia 20 minggu.Seciput je.



Ni gambar Kina Jarah latest jugak.Bakal kak long sayang bacin ni.Ntah lah boleh ke tidak jaga adik.Aku takut dia lagi lebih dari adik kalau tengok kan gayanya.Hehehe

Okehlah cukup lah ea sampai disini saja.Nanti sambung lagi bercerita.Doakan saya selamat sampai melahirkan.

Dah bye



Tuesday, June 18, 2013

Kina Si Budak Kepoh Dah Pandai Bercakap


Kina Jarah dah masuk usia 1 thn 3 bulan.Makin kepoh mulut dia.Suka tengok perkembangan dia.Dah boleh lah bunyi apa yang kita sebut.Tapi ambik ujung2 je lah.Tak tau lah maybe dia tau secara sepontan atau kami yang penat mengajo dia berckp tiap2 hari.

Walaupun suara mak dia ni berdemper nyaring2 manja.Tapi Kina seakan memahami apa yang mak dia cuba sampaikan..hahaha.Dah pandai kalau bukak tv ckp nak "atun"...Macam manggil nama mak dia kan.Hakikatnya nak tengok kan katun.Kemain lagi.

Tapi best jugak bila anak dah mula nak belajar bercakap ni.Bila balik keje aku berbual lah dalam kete cakap  apa2 yang patut.Yang tak patut pun aku cakap.Hahaha....

Okeh lah layan lah video Kina Jarah tu.Tak tau lah jd tungang ke tertonggeng video tu.Ni pun berejam nak uplod.

Dah bye

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...