Support JDT Blogger

Monday, January 9, 2017

6 Perkataan Mengambarkan Diri Sendiri

Days 5 - Challenge By JDT Blogger

Jangan lupa like page JDT Blogger ye

Amboi , disuruhnya kita mengambarkan diri sendiri nih.Banyak pulak tu sampai 6.mihmih.Okay jadi marilah kita angkat bakul sendiri beramai-ramai.Yelah mestilah mengambarkan diri yang okay2 jekan.

Alah nak upload photo dia kata kene donlod application ekk.Update pakai phone gini lah nya.Jadi entry ini tiada gambar.Bai

6 gambaran.

1. Kelakar. Haha saja jelah rasa macam diri ini kelakar pulak.Suka sebenarnya buat lawak.Bukan lawak mengitai2 berlonjak bagai tu ye.Melalui percakapan je pun.

2.Malas. Bukan malas apa tau, malas nak layan benda yang remeh temeh sangat lah.Konsepnya gasak kau lah nak buat apa pun.Malas aku nak layan.Tapi bukan semua benda lah.Ada yang perlu ambik tau tu jangan ko jadi malas pulak

3.Berdikari. InsyaAllah i will survive.Bukan lah kata apa pun ,tak suka sangat nak bergantung dekat orang.Rasa mana yang kita boleh buat tu , buatlah sendiri.Cuma kalah sikit dengan mak je.haha.Selalu bergantung kat mak jagakan anak2 bila dia tau anak dia ni dah tak larat sangat.

4.Peramah. Dah katanya kelakar.Tak kan lah tak peramah pulak kan.Hakhak.InsyaAllah siapa yang tidak kenal akan tidak paham akan aku bercakap ni.

5.Garang. Dengan anak-anak lah of course.Tapi cuba semakin kurangkan sebab rasa tak best pulak ajar anak tapi nak marah aje.Diaorang kecik lagi bukan tau apa pun.Kalau marah cepat saje sejuknya.

6.Manja. Aku hentam je ni.hehe.Nak manja dengan laki tapi laki tak pandai manjakan pulak.Free je kene sepak kang.Haha

Eh dah lah.Tu je rasanya.Maybe orang keliling lagi tau kot pasal diri kita ekk

Apa Ada Dalam Beg Korang Ekk?

Days 4 - Challenge By JDT Blogger

Jangan lupa like page JDT Blogger ye

Cabaran blogger challenge yang masuk hari ke 4.Patutnya publish semalam.Tau jelah hari cuti-cuti.Nak pegang handset ada je jadi tukang rebut.Jadi memang tak update ler semlm.So kali ni dia suh bercerita pasal apa yg ada dalam beg.Aku kan beg tak banyak tau.Tak reti nak beli bebanyak sampai 3 4 .Kurang- kurang setahun 1 .



Ok sila lah tengok apa je ada.Takde apa pun sangat.Benda basic je.Ada beg duit,ada handset, ada buku bank juga dan ada lipstik yang aku jumpa semalam hasil mengemas.Haha.Makeup-makeup tiada ye..Tidak lah kuasa aku.Bedak compact?..Lagi lah takda..😌.Ada pen sahaja.Haritu letak buku tapi macam sempit sendat sangat , aku keluarkan.Beg ni pun kecik na lahai.Sampai akak ipar aku tegur.Anak 3 begnya kecik benor katanya.huhu.

Simple je kan.Sebenarnya ada je resit2 terselit tu.Tapi dah ku buang dah.Entah kenapa entah nak simpan bagai.Jadi kene lah selalu bersihkan beg ni.Kalau tidak macam memikul batu kekdahnya.hehe

Ok lah cukup sampai di sini.Jangan lupa like page JDT Blogger ye.Saya masih tak sempat nak blog walking nih.InsyaAllah ye kawan-kawan nnt saya pergi menjengah kami semua

Saturday, January 7, 2017

Days 3 - Gambar bersama Kawan

Days 3 - Challenge By JDT Blogger

Jangan lupa like page JDT Blogger ye


Gambar dengan kawan banyak lah.Tapi tak tau kenapa dalam banyak-banyak mereka yang terpilih.haha.Sebenarnya rindu dengan mereka.Dulu sama-sama satu tempat keje.Lepas tu sorang-sorang meninggalkan saya yang masih terkantang kanting disini.Mihmih

Tapi tak tau lah maybe semangat setia kawan yng menebal atau kitaorng ni dah rasa macam very close sesangat, sampai sekarang masih lagi berhubung .Sampaikan ada rasa nak buat reunion ex-Nadi pulak.haha.Lama tak dengar lawak-lawak bongok sesama sendiri.Rindunya lahai.

Sekarang dekat ofis pun masih lagi budak-budak lama yang boleh tahan jugak lah kadar memekak nya bergaduh tak habis-habis.haha.Bergaduh manja katanya.Best sebenarnya kalau kawan yan boleh bergurau kasar ni.Hati kene kental sikit bila kene ejek.Yang penting jangan makan hati lah.Dalam bergurau kadang-kadang ada nasihat, ada teguran.Jadi yang positif di ambik yang negatif di buang jejauh.hehe

Dah lebih 8 tahun bersama dengan Nadi Group.Rasa sayang nak pindah, rasa sayang nak berhenti.Pendek kata segala bagai rasa ada.Tapi bila pikirkan bila anak makin bertambah, bila anak dah mula bersekolah, terpaksa juga rasanya melangkah pergi.huwaaa. Eh tapi bukan sekarang lah.Masih lagi berkira dari segala macam hal.Moga di permudahkan urusannya.

Eh dah abis pulak idea.Bai.



Friday, January 6, 2017

Gambar Setahun Lalu - Harith Assessment di Indebrain Therapy Centre Impian Emas (No Autism)


Gambar setahun lalu.Kalau siapa mengikuti FB aku dan masih ingat lagi pasal Harith aka OYES ni.Aku hantar dia pergi buat assessment tentang perkembangan diri dia yang masa ni umur dia dalam 2 tahun 4 bulan macam tu.

Biasalah mak-mak ni, rasau pasal anak bila mana perkembangan dia tak seperti kakak KINA.Masa n oyes tak lagi bercakap.keluar pun sepatah 2 je dari mulut.Lain dia diam je.Suka main sorang-sorang.Bila campur dengan sepupu sepapat, lain orang main lain pulak dia main.Last-last mesti menyorok bawah tilam kecik dekat bilik.hahaha

Tekun betul kalau menghadap sesuatu benda macam lego ke . kereta ke, dia main lah senyap tapi kadang ada juga bunyi enjin kereta tu..hehe.Main dengan kakak asik keje membuli je.Akaknya tu dah lah kaki meroyan.hahaha.. Stress mak ko

2 3 kali ayah dia cuak bila panggil tak menyahut dekat rumah.Ingat dia main tengah jalan ke pergi ke mana.Rupanya tercongok dekat beranda depan rumah duduk diam2.Ayahnya terpekik manggil macam apa dah.

Tu antara yang kitaorang risau masa tu pasal Harith ni.Tertanya dia ni kenapa.Takut ada ciri-ciri autism yang kita tak tau.Jadinya kitaorang pergi ke INDEBRAIN THERAPY CENTRE IMPIAN EMAS ni untuk kepastian.Firstly mak bapak akan di soal selidik terlebih dahulu ye.Dari kita mengandung, beranak, sampai kan lah dia membesar.Macam-macam soalan sebab dia mahukan info dan relatekan dengan budak si Harith.Lepas tu dia kan ambik masa setengah jam untuk bersama dengan Harith dalam satu bilik untuk uji dia .Masa ni mak bapak sila keluar ye.

Result? Harith Zaheen bebas autism.Cuma dia ada masalah kepada sel-sel otak kurang berhubung SPD (Sensor Processing Disorder) . Maksudnya dia punya information tu lambat sampai sebagai contoh "Harith buangkan pampers" . Arahan tu dia lambat untuk catch up.Maybe pada pendengaran dia cuma dengar pampers saje. Jadi kene cakap berulang -ulang banyak kali sampai lah dia dapat tangkap yang kita ni suruh buang dia buang pampers.

Sekarang Oyes ok ke?Allhamdulillah beransur ok.Umur dah 3 tahun 2 bulan .Take time jugak.Cakap masih pelat.Dah tak pakai pampers tau .Kencing belari pegi bilik air.hehe.dah selamat aku hantar pergi sekolah untuk dia bergaul dengan kawan-kawan.Nak kan dia biasa bercampur, bermain dan bercakap dengan kawan-kawan.

Ok panjang nampaknya entri ni..Mihmih.Kita tutupi dengan gambar Harith Zaheen latest ye.

Muka berlagak

Information :

INDERBRAIN OCCUPATIONAL THERAPY CENTRE
5A JALAN IMPIAN EMAS 5/2
TAMAN IMPIAN EMAS 81300 SKUDAI JOHOR
012 794 5212 (Puan Syikin)


"31 Days  Challenge By JDT Blogger"
Days 2

Jangan lupa like page  JDT Blogger yer dekat FB.
Bai

"31 Days Challenge by JDT Blogger" - SIAPA SAYA

Waduh berwajah baru dah blog ni.Meriah sikit tengokkan...Kalau tak kusam semacam je dengan warna coklat-coklat kayu tu.Dah hampir 2 3 tahun agaknya tak pernah tukar.hakhak.Dengan harapan mood memblog kembali bersinar pada tahun baru ini ye.Walaupun tengok kalendar dah 6.1.2017.Satu post pun tak muncul.Hmmmm

Kawan-kawan tagged kat FB ada cabaran dari JDT Blogger untuk update entry selama 31 hari dari 5 Jan 17 - 4 Feb 17 (31 Days Challenge by JDT Blogger). Jadi aku menyeret segala kuderat inih untuk menyahut.Walau dalam keadaan sayup-sayup...hahaha.Mau tak sayupnya, dah 6.1 dah entry tak muncul pung.Dah terhutang 2 entry pulak.Jadi mari menulis now now now.

Ok untuk tajuk pertama yang diorang cabar adalah "Siapakah Saya"

Aku adalah aku.Mihmih.Nama panjang aku NORHALIMATON BT ESA. Nama panggilan Aton.Walaupun ramai yang panggil aku Maton.Dimana aku tak suka di tambah M di depan..haha.Jadi meh lah kamu semua tukar panggil saya ATON ye.

Umur 33 tahun.Alahai.. dulu masa kecik bila dengar umur 30 sumting macam ni mesti kita anggap orang tu dah tua kan.Tapi kenapa aku rs macam tidak ni.hahaha... 

Ada seorang suami yang acah-acah penyanyang, ada 3 anak yang acah-acah nakal, masih memiliki ibu bapa yang sangat aku sayang.Tq mak beranak kan ATON.Bila dah dapat cucu pulak sama-sama tolong jagakan.Luv u much.Kalau tak telefon mak satu hari macam tak sah rasanya.Kalu tak telepon esok mesti cakap kenapa mak tak telepon aton semalam.hahaha.Tq ayah bekerja keras sekolah kan sampai masuk Universiti.Bekerah kerja sampi dah tak mampu nak berkerja sebab dah lanjut usia.Sekarang pun ayah tak sihat.Jalan pun melayang-layang.

Lagi apa ye? Buat masa ini masih lagi berkerja dan buat parttime job.Bekerja sebagai HR & Account .Dah nak hampir 8 9 tahun dah dekat sini.So far allhamdulillah masih bertahan.Part time Job? Bisnes kecil-kecil jual barang tupperware, jual Makanan sunnah Qaseh Gold , jual hasil kraf tangan and latest nak try buat sulaman pulak.Moga di permudahkan segala urusan ye.

Cukuplah tu ye.Sembang-sembang simple je nih.Kang complicated sangat kang kene kecam pulak.haha.


Latest photo saya 



Ok pada sesiapa yang nak join "31 Days Challenge by JDT Blogger" boleh lah jengah ke blog  http://www.wawaashiharaa.com/2017/01/31-days-challenge-by-jdt-blogger.html

jangan lupa ye like page JDT BLOGGER









LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...