Support JDT Blogger

Thursday, June 4, 2015

Scan 32 weeks - Tarikh EDD Bertukar Pulak Dah?

26.5.2015 haritu aku checkup dekat KK Gelang Patah. Checkup biasa je scan jumpa dokter.Kalau ikutkan tarikh period aku dah 32 weeks time tu, tapi disebabkan dari awal aku scan memang lari dia punya tarikh scan tu, lebih kurang dalam 10 hari jugak..Tarikh edd aku yang patutnya 18.7.2015 tu telah di tukarkan oleh doktor ke tarikh 29.7.2015.


Doktor dah tukarkan tarikh EDD and tulis dekat REDD tu ha.



Scan dekat gomen dapat ukuran memang lari dari 32 weeks tu..Jadi 28 weeks..Ke sebab baby kecik sangat kot?...ke?

Aku is pasrah jugak dan rasa macam seronok lah jugak...Sebab apa?sebab 18.7.2015 adalah raya kedua..Muahaha...Kalau tarikh edd aku bertukar makanya harapan utk beraya tetaplah ada.Dapatlah melantak ketupat rendang sila nikmati kawan itu.Mihmih...

Akan tetapi....pada 29.5.2015 hari itu aku pegi buat chekup pulak dekat Hospital Colombia.Jumpa dengan Doktor Rohaini....So dia refer pada buku merah aku tu...Dia tanya jugak kenapa tukar pulak tarikh?..So aku jawap sebab lari banyak sangat harinya dari yang sepatutnya.Dia kata takpe kita try scan dulu tengok macamana.









After scan tu doktor dapat ukuran nya lebih kurang pulak jadi 32 weeks...iaitu 31 weeks semua...Dia kata kalau ikut mesin dia tarikh edd 22.7.2015...Jadi lebih kurang je dengan tarikh edd lama aku.So dia follow je dengan tarikh 18.7.2015 tu...Huwaaaa...jom nangis jemaah...Sebab apa?...Sebab aku nak beranak kat sana, bila mana Dokter Rohaini dah kata cm gitu harapan utk riang raya semakin tipis dan jugak harapan utk dia sambut masa aku bersalin pun sgt tipis..... mesti kene dengan dokter ganti.Dokter Rohaini ada cakap kalau tarikh tu lari dalam sebulan ke tu baru betul kene tukar tarikhnya..Ok bye...



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...