Support JDT Blogger

Tuesday, October 11, 2016

Rumah Mampu Milik Johor.....Allhamdulillah Kunci sudah dapat

Huish dah 4 bulan kot dapat kunci rumah.Baru hegeh-hegeh nak cakap.heee....Allhamdulillah berkat kesabaran kitaorang laki bini ni menunggu akhirnya kami terpilih untuk mendapat sijil RMMJ ni dalam 1 tahun lebih yang lalu...Hahaha.. Lama kan.. Biasalah..Tapi bila dapat sijil tu pun dah rasa berbesar hati sangat nih sebab kerajaan Johor bagi kitaorang rumah mampu milik yang sangat susah nak dapat dan kene tunggu turn yang lama..Sijil dapat setahun lepas.Tempoh menunggu adalah 2 tahun..Total adalah 4 5 tahun..kiki...

Pada sesiapa yang nak mintak rumah bawah RMMJ ni boleh ke laman web  Borang E-Perumahan  ye....Baca bebtul dulu paham kan dan isi borang seperti diminta.So ikut je flow dia.Waktu kitaorang dulu isi borang manual submit dekat SUK Johor tu (dekat Nusajaya).Tapi sekarang dah boleh isi online sahaja.Tunggu nama di panggil.

Rumah Mampu Milik Johor ni ada banyak kategori , ada yang RM80,000.00 , RM139,000.00 , RM150,000.00 dan RM220,000.00. So dia akan suruh kita pilih nak yang mana.Tempat nya pun berbeza-beza ye.




Ok ni rumah yang kami sefamily dapat.Cukuplah untuk berteduh anak beranak ye.Masih lagi dalam proses ubah suai mana yang patut dan mampu ..hehe..Lokasi adalah di Mutiara Rini, Gelang Patah Johor.

Rezeki dapat rumah semi D ni.Tapi comel je pun rumah .Ok lah kan..Ada tanah sikit boleh lah bercucuk tanam.Jangan jadi semak sudahlah.

Ok lah next nanti update apa je yang di buat dengan rumah ni. ye..Babai

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...