Support JDT Blogger

Monday, January 30, 2012

Plants vs. Zombies Full Version Download

Gila gian sekarang main game Plants Vs Zombie.Hasil pengaruh dari anak buah saya di rumah la ni.24 jam diaorang berebut nak main game.Saya tidak lah hantu sangat pada game-game yang ada ni , tapi saja mengisi masa terluang di opis.

Jadi saya try lah search game ni di opis.Banyak yang saya dapat semua nya trial version.hangin betul.Hasil penat lelah mencari yang full Version , akhirnya ketemu jua.Wahaha.Terpaksalah install di PC ofis ye.En Hanafee dah warning jangan install kat laptop dia.haha.Gila kedekut la.

Ada yang nak try main ke.jom ramai2 download kat link ni :


Selamat mengular di opis macam saya ye.Memang berhantu betul game ni.Nama pun game zombie..hehe..Tapi mestilah settlekan keje terlebih dahulu baru boleh main game tau.Agaga.hehe....bye...

Akhirnya dia pergi jua

Salam kepada semua, Bapa mertua saya Ramlan B Sugiman telah menghembuskan nafas terakhirnya pada 21 Jan 2012 pada jam 3.30ptg.Telah di kebumikan pada 22 Jan 2012 pada pukul 10.30pg di Tanah Perkuburan Islam Gelang Patah.Bersama-sama sedekah Al-fatihah semoga rohnya dicucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan orang yang beriman.Amin

Bercerita mengenai detik dan saat-saat terakhir arwah rasa macam tak percaya saja.Secara kebetulan saya tinggal berdua dengan En Hanafee di rumah, pada jumaat malam memang sudah nampak lain bila dah di mandikan.Di beri makan pun arwah tak nak.Badan pun panas,saya ingatkan arwah demam.Sapukan minyak semua dekat dahi,dada, picit2 kan kepala.Tetap jugak macam tu.Nafas masih lagi turun naik.

Keesokan paginya.Menjenguk dekat bilik arwah.Nampak macam sudah ok.Arwah dah mula jerit-jerit seperti biasa tangan pun dah boleh gerak,bila saya bagi makan roti pun dia dah mula senyum-senyum macam nak berbual.Lega sikit hati,cakap dengan En Hanafee "bak ni buat cuak je semalam,arini elok je ha senyum-senyum tangan gerak2."Teruslah saya ke tempat kerja.En hanafee sorang-sorang di rumah.

Dalam lebih kurang pukul 2 ptg apabila balik dari ofis, saya teruslah memasak di dapur,tiba2 dalam pukul 3 lebih kurang En Hanafee panggil suruh tengok arwah kenapa macam mencungap-cungap dan lembik semua kaki tangan.Rasa dah tak sedap hati sudah.Saya suruh En Hanafee panggil pakcik kami sebelah rumah.Bila pakcik datang dia rasa kaki tangan dan keluar dari mulut dia "bak kau nazak ni".Ok fine.En hanafee macam tak percaya dan terus angkat arwah ke atas katil.

Nafas tetap juga turun naik.Tapi macam dah tinggal sikit saja.Kaki tangan memang sudah tidak ada respon.Sejurus mak,ya dan akak sampai, dalam 10 minit selepas tu barulah arwah menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 3.30ptg.Saya tidak ada bersama pada masa itu sebab saya tak kuat dan tak sanggup nak tengok dengan keadaan diri yang tengah sarat..Hanya duduk di ruang tamu dan mendengar tangisan dari mereka.Pujuk En Hanafee supaya bertenang.Berjujuran airmata nak menahan sebak.Al-fatihah

Janji Allah tetap ada,dari Dia kita datang dan kembali, redha dengan semua, Yang hidup pasti akan matikan.Cuma bila masanya kita tidak tahu.Hmm...now dah seminggu masa berlalu,cepat betul putaran waktu meninggalkan kita.Dalam sedar atau tidak saja mensia2kan waktu yang ada tanpa membuat apa-apa.hoho....

Friday, January 20, 2012

Trying my best

Saya telah di tegur oleh pembaca blog ini "jangan malas2 update blog".haha....Saya bukan malas tapi tangan tak nak bekerja keras untuk menaip..bleh?...

Semangat berkobar-kobar nak taip entry tu ada.Kadang-kadang sambil mandi lah, sambil bawak kereta lah, macam2 idea nak tulis dalam blog.Tapi sampai sudahnya terus lah termenung depan monitor ni ha..Sibuk na baca blog orang lain.Blog sendiri terabai gila.Sebulan 2 3 entry.Tu pun merapu je lebih.Ni pun termasuk lah entry merapu ni ha.Nak update punya pasalkan.Taip je lah.

Tengok orang yang view blog pun makin kurang.Kecik hati kami.Apa nak di kecik kan ye tak?..Menarik ke entry tu sampai berpuluh beratus orang nak tengok.hehe..Jadi kesimpulannya,saya akan cuba menghapdate serajin mungkin dengan nak earn duit dari nuffnang banyak-banyak untuk di cash out kan..Sekarang dah ada RM0.50.hahaha..banyak gilakan.Jadi salah satu cara nak earn duit dr nuffnang kenelah rajin2 menaip blog.Jadi usaha tangga jaya untuk saya.

Tuesday, January 17, 2012

First Entry For 2012

Tarikh 17.01.2012.First entry untuk di tulis.Bleh?Malas?....Ya betul..ekeke...

Mane nak mula ye.Apa kata sy mulakan dengan entry kenangan 2011.Such a beautiful moment.

29.04.2011 - telah di nikahkan dengan pujaan hatiku.oh pujaankah?.Not pujaan lah tapi insan yang paling sy syg, sy cinta,sy rindu hingga hujung nyawa.Gila rindu bila berjauhan, ni tengah rindulah ni.alahai.

30.04.2011 - majlis bersanding di rumah sy.Paling manis bila kwn-kwn datang meraikan.Cuma tidak berkesempatan utk berborak mesra saje.Dan yang paling tak disangka2 my pren munirah atirah yg dh lama gila tak jumpa semenjak habis belajar ms di UiTM dulu...gila lama ok.Walaupun datang di malam hari bersama insan tersayang,aku tetap terima kunjungan ko munirah..haha.Eh lagi satu dah nak kawin dah pun kan.Dengarnya bulan 4 kan.wah tahniah..tahniah..

01.05.2011 - majlis di belah lelaki.Rasa sudah mahu pengsan sebab 3 hari berturut2 berpenat2an ye.Tapi tetap jugak.Layannn.....

After that bermulalah kehidupan sebagai seorang isteri di sisi suami.Kekok untuk pertama kali nya.Kene tegur,merajuk2 kecil tu perkara biasalah.Sedangkan lidah lagi tergigitkan.Tapi dalam kehidupan sebagai suami isteri ni haruslah sama2 memahami antara satu sama lain,bertolak ansur dengan ape yang patut n try to be open minded ok.Kami senang apabila sama2 mengakui mengenai hubungan sulit...hmm hubungan sulit?..haha ..bukan hubungan sulit.. apa ye yg lebih ok sikit ayat untuk di gunakan..emm lebih kurangnya kami tidak pernah kisah jika sama2 masih lagi berhubung dengan kekasih lama, kawan lama yang berlainan jantina tapi biarlah berpada2.Asalkan sama2 memahami.Memang kami tidak akan pernah kisah itu semua.Ada kala jadi bahan lawak dan ejekkan pula..hehe.

05.09.2011 - berpindah hidup berdua setelah lebih kurang 4 bulan menjadi penduduk normad di rumah ibu bapa kami.Kami menetap di Kampung Wawasan Gelang Patah.Wah masa ni memang penuh dengan cabaran.Dulu semua mak yang bantu,now kau buatlah sorang2 ye.Barulah terasa penatnya menjadi seorang isteri di sisi suami bila byk benda yang kita perlu lakukan sendiri dan untuk memenuhi kehendak di dalam rumah tangga.Hambik kau.Masak..MASAK ok.hehe.Diakui memang lemah dalam ilmu masakan ni.Tiap2 hari tepon mak mintak resepi.Bleh?..Mengemas is pekara biasalah sbb memang suka mengemas dari memasak.Aktiviti memang penuh lah dari balik kerja sampailah ke bilik tidur.huish.....

Dalam tahun 2011 itu juga berita gembira yang kami terima apabila sy disahkan berbadan dua. InsyaAllah pada bulan March 2012 ini kami akan bakal menyambut orang baru di dalam keluarga.Semoga berjalan dengan lancar semuanya.Doakan kebahagian kami sekelurga ye.Amin.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...