Support JDT Blogger

Friday, November 30, 2012

Tak Berapa Suka Sangat Kot


Aku tak berapa suka sangat pakai barang kemas.Tengok tangan kat atas yg hitam2 c tampuk manggis tu.Kosong sahaja.Cincin tunang cincin kawin cincin risik semua tersimpan rapi kat dlm box.hehe.Termasuk lah gelang kesayangan aku dulu tu.Dulu pakai gelang tu je.Ada loceng mcm budak kecik..Tapi masa bersalin ritu kan aku dah tanggalkan semua.Jadi sampai la ni tak pakai2.

Memang terselamat lah En Hanafee if dpt durian runtuh ke apa kan.Idak ler bini ni merengek2 nak kan rantai , cincin , gelang bagai..Eh tapi kan sebenarnya bagus jugak kalau beli emas ni.Sampai masa emas melambung tinggi regenya or terdesak boleh lah jual khen.


Dulu masa aku kawin , En Hanafee bagi aku Mas kawin berupa Gold Dinar.Setepek ni tak silap aku masa tu emas dalam lingkungan RM185/gram kot.Kalau tak salah ingatan aku lah ea.Dan tak silap aku jugak sekeping ni rege dlm RM600 ++ kot.Jangan lah tanya aku.Aku madang cakap kot n agaknye kan aje.Hehehe.So memang ada baiknya lah emas ni di simpan sampai kan nanti 10 ke 20 thn akan datang.Maybe harga lagi melambung lambung..

Dah bye

Thursday, November 29, 2012

Dimanakah Kamu Wahai Susu

Salam satu Malaysia.Sepanjang perjalanan ms antar Kina pg ni macam2 yang aku pikirkan.Sebak lahai di dada ni sebab pikirkan susu aku merundum sangat2.Arini je aku dpt supply 2 btol.Kebiasaannya 4 botol/5 botol.hmm

Sepanjang perjalanan tu jugak aku pikir adakah sudah sampai masanya aku kene mix with FM.hukhuk..Tak nak la.....Tak sedia lagi la...Sekurang2nye pun kalau dah merundum sgt aku nak susukan sampai 1 thn.Ya Allah permudahkan lah niat hamba mu ni.

Susu aku merundum sejak bulan puasa ritu.Sampai la ni lah.Kalau satu hari short antar akan berterusan lah seminggu keje aku nganto susu kat umah BS ms tengahari.Tak pun aku suh ayah aku ambik dekat CIQ.hehe.Demi anak tercinta sanggup aje.Ayah aku pun tukang melayan.

Semalam pegi umah akak ipar aku tgk anak sedara aku sorg tu.Die dah mix dah dgn FM.Pakai susu Nan.So aku pun tak tau rege susu Nan ni berapa.Nak pulak anak sedara aku tu kuat na nyusunya.So akak aku cakap dalam sebulan dia pakai lebih kurang 4 kotak.Satu harga RM55.00.Sila lah kamu darabkan dengan 4.Berapakah nilainya?...huwawawa....

Jadi aku kene berusaha keras lah nampak gayanya untuk memerah.Ya betul aku tak ambik apa2 supplement .Ubat2 pun tak mkn.Sebab aku bukannya seorg yg tegar akan ubat2 itu.So sekarang aku cuba untuk menjaga pemakanan je lah.

Doakan aku dapat teruskan menyusu kan C Kina tu ye sampai 2 thn.Dah bye.


Wednesday, November 28, 2012

1 2 3 rangkak....


Rangkak sama erti dengan merangkak okeh..rangkak ni bahasa2 pasor makcik kepoh.hehehe...Alhamdulillah dah mula lah step merangkak helena 3 4 tapak.Okeh lah tu.Nanti kalau dia dah laju tak terkejor aku kang.Tapi skrg ni dia takdelah hilang ke memana.Kina ni kalau boleh nak orang ngadap dia je lah 24 jam.Yang penting orang tu yg betul2 dia berkenan di hati.kalau org lain yg tak di kenali teman dia main jangan  harap lah.Memang dia meraung kat situ jugak.



Gigi pun dah tumbuh menyusul jadi 2 batang.Aritu sebatang aje.kelako plak aku tengok..hehe..Keletah bukan main lagi sekarang.Kalau bangun tido tu bising jek mulut nye.Mak & Apak lagi membuta dia kul 5.30pg - 6 pg dah bangun.Tensi i tau kalau hari ahad.Dah la satu2 nya hari yg boleh bangun lambt.

Apa lagi nak aku ngumpat budak kecik ni ekk.Oh ha aritu dia ada jangkitan kuman or virus kebende tah kat tangan.Teruk lah jugak.Ni ada gambo ni cer tgk :


Kat idung pun ada jugak.Aku pegi satu klinik ni die just bg cream je.Tp aku tengok camtu jugak je.Pegi plak klinik Yethin .Doktor kata kuman pada alahan ni tak cukup kalau sapu cream je.Kene mkn ubat jugak.Lepas tu baru lah okeh sikit.Sampai demam2 ha c Kina tu.Lepas demam wah die punya melalak merengek tak hingat.Apa kene tah.Sampai g mintak air penerang hati tau.Kina2.

Okeh lah..Nak cita pasal Kina ni kang sampai 7 8 perenggan aku buat kang.Cukup lah tu.Nanti update lagi pasal budak ni.Tajuk cerita merangkak tapi dah masuk cerita lain plak sekali.Lantoik lah.Dah bye

Tuesday, November 27, 2012

Colour Blocking Hakhak...


Tudung biru, baju hijau,seluar coklat.Okeh lah gaknya gayanya tu ye.Serabut betul.Macam ni lah aku kalau tido kat umah mak aku.Apa dapat je aku pakai je lah.Pulak pg td macam dah lambat.Cari tudung hitam takda.Selalu tudung hitam je jadi penyelamat.Yang ada tudung biru ni ha.hentam sajalah ye.

Aku tak gemuk..tapi gambar ni buat aku jadi gemuk.Berat masih lagi dalam lingkungan 48 kg kot.Tapi sekarang kerap na laparnya .Menterkedarah ngalahkan membela hantu kekdahnya.

Itu saja laporan saya pada hari ini.Bye.Harap arini takde meeting okeh dgn gaya aku gini.

Saturday, November 17, 2012

TQ Pada Yang Oder Headband


Tq pd yang sudi oder dari aku ye....



Ni untuk Cik Combi 



Dan ini untuk Puan Ida


Jadi ada sesiapa lagi nak oder RM9 jek.

Dah bye.Tu je nak update


Wednesday, November 14, 2012

Headband

Hai uoollls semua...Makin hari makin malas pulak ye nak menulis blog.Suka jenjalan g blog orang membaca saja.Pastu kalau rajin tinggalkan komen.

Okeh.Di sebabkan macam banyak je masa terluang ni.Aku tetiba cam tengah ada mood pulak membuat headband dari kain felt.Kira memang kurang keje na lah ni kat opis ye.hehe....Nak buat kat umah mintak maaflah.Kecik tu suka mengacau.Tengok benda pelik sikit kang mula aku rampas merampas je ari tangan die.Last2 keje terbengkalai gitu je.

Saja2 je nak cari duit lebih.Sesaja juga nak isi masa lapang.Jadi jom lah cuci2 mata tengok headband aku ea.Jom2.....Kalau ada nak beli di persilakan.Kalau adalah.Kalau takde takpe...Aceh...




Headband yang ada nama ni aku jual RM9 saje.


Headband 3 bunga ni aku jual RM8


Headband 1 bunga ni RM7


Headband bunga cacak2 ni RM7 jugak.

Jadi pilih lah mana berkenan.Pilih warna apa nak.Tapi bagi aku sikit masa lah nak buat tau.Kalau nak dan berkenan silalah email aku dekat :

halimaton_nasf@yahoo.com

Tuesday, November 6, 2012

Officially Mak Busu




29.10.2012.Setelah hampir 5 thn menunggu akhirnya akak iparaku selamat melahirkan baby girl mereka pada tarikh ini.Alhamdulillah penantian mereka akhirnya termakbul.And i officially bertittlekan Mak Busu.En Hanafee bertittlekan Pak Busu.Kina?..Emm kina bertittlekan Kina Busuk..hehe...Sorry Kina acek ngumpat awk sahaja...

Akak aku terpaksa bersalin melalui kaedah C-Zer sebab anak dia songsang.Dah masuk hospital untuk betulkan kedudukannya tapi masih jugak sama.Last2 doc bg date datang balik untuk di belah perut tu.Mau nya tak keruan makcik tu nunggu hari.Takut ada gembira pun ada.Tapi alhamdulillah semua selamat .Jam 8.30 pg masuk bilik bedah tak lama lepastu keluar dah si kecik tu.

Xcited tapi kenapa aku lambat update kat blog?...sebabnya nama diaorg tak confirmkan lagi.hehe..Pelik aku...Diaorang tak cari pun nama ke..ke sebenarnya abang aku dah budget lelaki tau aku rasa.Sebab bila kakak ipar aku kata perempuan. Serius muka die terperanjat gila.hehe..Mula2 cakap nama NurHaziqah.Tapi last2 bagi nama NurArifah Annisa.Memana jelah.Sunat memberi nama anak selepas 7 hari kelahiran kan.

So kepada yang di luar sana.Korang janganlah bersedih ea kalau masih belum di kurniakan rezeki menimang cahaya mata.Mungkin belum rezeki or mb belum tiba masanya Allah nak bagi.Macam abg aku.Dia kawin lama dah .5 tahun tau.Tapi diaorang tak putus asa.Terus jugak berusaha akhirnya membuahkan hasil.Aku tak tau apa ikhtiar terakhir yang diaorg buat.Tapi kita kene lah percaya Qada dan Qadar Allah.

Kadang-kadang ada dikalangan para-para perantin baru ni suka sangat sebut nanti2 lah dulu.Nak honeymoon lah apalah or cakap belum bersedia.No good sebenarnya.Adakala apa yang kita cakap tu satu doa.Jadi jangan amalkan.Nanti akan jadi lambat pulak dapat anak.pastu mula lah stress lepas stress achner nak buat anak.hehe...

Jadi ni aku period dah lambat 6 hari..apakah ni?..hakhak...babai




Salsabila Cafe

Sabtu malam minggu berdating..eh dating ke..oh tidak ..aku ikut En Hanafee melepak dekat Salsabila Cafe dekat Kebun Teh Johor Bahru.First time sampai kot.Selama ni En Hanafee je melepak dengan geng2 moto die.So sbtu lepas tu die baik hati plak ajak aku sekali dengan Kina.So jom2 jalan2.Tiba hampir pukul 10.00mlm tunggu En Hanafee balik keje.


Kina pun dah ngantuk.Dia bantai tido dari dalam kete sampai lah balik umah.Bestkan..Semut2 tangan ngendong die sepanjang kat sana.Jadi tak dapat nak amik gambar cafe ni.Tapi happening lah suasananya.Seronok untuk lepak2.Dengan angin2 sejuk tiup sepoi2 bahasa.Sejuk gila.Macam rasa ada kat Nami Island pulak.hakhak





Tu makanan yang aku oder.Mee Salsabila And Strawberry Shake.Sedap A+++...Cer lah try.Nak2 mee tu.Mee hoon yang macam dia goreng dulu pastu letak kuah.Harga RM9.Untuk Strawberry Shake tu RM8.En Hanafee makan Nasi Goreng Salsabila.Biasa je lah kot macam nasi goreng biasa RM8.Air sama dengan aku.

Lepak punya lepak.Mata aku pun dah jadi layu.Sangap banyak kali.Tengok jam dah pukul 12 mlm.hoho..Jadi marilah kita pulang...



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...