Support JDT Blogger

Friday, November 11, 2011

Sangat Aktif

Dari malam tadi sampai lah ke pg ni.Baby asik dok menendang2 jek.Kenapa kamu di dalam itu.Tidak selesa kah?.Atau tidak cukup makan kah?Atau belajar bersilatkah?Semalam bila nak lelap kan mata mula lah awak sepak terajang semua.Sampai En Hanafee kata baby main bola sepak ke kat dalam.

Ni pepagi mummy sampai opis awk buat kicking sana sini lagi ek.Sebelum2 ni susah sangat nak rasa.Kalau ada pun sikit-sikt aje.Penat mummy panggil-panggil pun awak duduk diam je.Besar temberang ye awak ni.

Wahai baby,awk jangan nakal-nakal kat dalam tau,tapi kalau belajar ilmu pertahankan diri mummy ok jek.Yelah, cousin2 awk kat luar tu tunggu masa je awk keluar.Lepas tu memang selamat lah awk kene buli ye.Sbb abah awk tu selalu membuli diaorang sampai naik lembik kawan tu.Sebagai bukti mummy masuk kan satu pic ni ye.


Awk tgk abah awak tu belah kiri,dengan muka2 sekali meraba c aizudin tu.belah kanan pak long awk tolong grip kepala budak tu..Tapi c Haikal ni melindung pulak budak yang kene dera tu.Jadi tak nampak pulak.Huhu.Macam tu lah baby kalau awk kene nanti dengan diaorang kalau awak melasak sangat..Mesti yang kene dera tu akan membalas dendam kat awk sayang.Dia memang menunggu je tu.hehe

Itu saja pesanan mummy ye.hehehe.Awk bersedialah dari segi mental dengan fizikal tau.Dah bye.

Tuesday, November 8, 2011

Famous Amos

Sebelum becerita nak ucap terima kasih pada shabat baik saya juga iaitu En Mohd Khairul Bin Mohd Nor.Ekeke.Kerana apa?...Kerana dia telah memenuhi hajat saya untuk makan biskut ni...tarra..






Sedap,rangup dan sedikit manis.Nak kata teringin sangat tu idak lah jugak.Tapi nak rasa.Org kata sedap na biskut ni.Sampaikan dulu ada bergaduh2 dalam FB pasal biskut ni susah nak dapat kat JB .huhu..Jadi try lah merequest pada En khairul yang duduk di KL itu.Walau pun macam zaman belum kawin lagi saya dah request baru hari sabtu aritu dpt tapi ianya sgt2 lah membuatkan saya sedikit terharu kerana permintaan saya di penuhi..hehe..Terima kasih sekali lagi.

Hmm siapakah En Mohd Khairul ini dengan saya?Istimewakah?.hehe.Yes ,dia pun salah seorg rakan baik saya semasa sekolah.Tapi apabila berada di sekolah menengah kami membawa haluan masing2.kami sering juga berkongsi cerita bersama.Mengadu masalah bersama.Dan mcm2 lah aktiviti bersama yang di lakukan sebelum sy berkahwin.Kenangan yang saya tak akan lupakan sampai bila2 adalah kami pernah bekerja di Pam Minyak ESSO RNR pada cuti semesta.Masa tu dalam tahun 2003 or 2004.Dah tak ingat lahPegi dan balik keje sama2 naik satu moto.Kelakar juga kalau di kenang kembali.Balik pukul 12.00 mlm lalu kawasan sunyi,ada bau2an menusuk hidung dan time tu kitaorg automatik akan menjadi peramah.Bercerita itu dan ini sepanjang malam.Walaupun macam dah ulang banyak kali.Untuk mencover takut punya pasal .hehe..Bila dapat gaji RM1,000.00 suka tak terkata.Byk na gamaknya tu.Pegi shopping naik bas.Tgk wayang cerita Di Ambang misteri.Tiket ms tu penuh gila.Kitaorg pun duduk berasingan seat.Nak tgk punye pasalkan.And the end result cite tu nan ado jek lah ye.Menyesal.Yang tak best nya balik dr berjalan2 itu helmet sy kene curi.uhuk.Sedih tau.Ingatkan parking kat pejabat pos tu selamat.Tapi huh.

Bergitu lah hubungan saya dengan En Mohd Khairul ni.Sama lah juga dengan c Ujang itu.Tidak lebih dari seorang sahabat.Payah kan nak cari lelaki sehebat mereka berdua ini.Kitaorang rapat dan tidak penah mengambil kesempatan ke atas diri masing2.Percaya?..Wajib percaya ok.Adakah anda di luar sana mempunyai sahabat lelaki sehebat mereka juga?Mesti adakan.hehe.Eh masuk kan lah satu pic En Mohd Khairul ni ye.Inilah gerangan orang nya :


Friday, November 4, 2011

Selamat Bertunang Ujang

30.10.11.Tarikh keramat bagi my bestfrenz yang telah melangsungkan pertunangan nya.Congarts ye Ujang.Cantik Norny masa tu.simple and nice.Norny ni kalau siapa perasan dia peserta Mari Menari Musim Ke2..MM Nita.Yang dapat tempat kedua semasa pertandingan tu.Berasal dari Sabah bah.Wah kelas kan jang ko bertunang dengan orang jauh.hehe

Actually Ujang ni adalah bestfrenz sy ms sekolah-sekolah dulu.Memang kami rapat gila.Ada yang menyangka kami ni bercinta.Hahaha.Tak mungkin terjadi lah.Susah nak cakap akrabnya kami dulu.Memang tiada satu perasaan cinta pun yang penah lahir antara kami.Jika kedua-dua sudah berpunya pun, kami masih lagi akan keluar merambu bersama-sama.Naik motor memalam hari melawat kawasan kampung,lepak-lepak dan berkongsi cerita.Tidak pernah merasa bosan dan tidak pernah jemu.Itu lah dia namanya kawan.

Masa terus berlalu.Bila sama-sama sudah sambung belajar dan berjauhan.Kami terpisah sebentar tetapi masih lagi berhubung.Cuma tidak lah close seperti dahulu.Bila sama-sama cuti sem barulah berjumpa kembali.Bergitulah rutinnya sehingga lah ke tahap sy sudah menjadi milik orang.Saya akui pegerakan memang sangat terbatas.Apa boleh buat kan.

Saya tidak ralat saya berkahwin pada usia 27 tahun.Nampak macam sudah lewat kan,tapi masa berharga bersama kawan-kawan memang sampai mati akan saya ingat.Selama sebelum berkahwin saya bebas bersama mereka walaupun sekarang merasakan masih tidak lagi puas dengan semua itu.Dan sekarang barulah   saya membuat pengorbanan untuk meninggalkan kawan-kawan mengelinjang saya dahulu dan menumpukan perhatian kepada keluarga.hehe.

Ok memang sudah lari dari tajuk nampak gaya nya.

Dedicate to Ujang : Weh Selamat menempuh alam pertunangan yang penuh dengan cabaran ni tau.Kamu berdua tu sedang bercinta jarak jauh.Jadi cekalkan lah hati ye dan bwk2 byk bersabar dengan segala dugaan yang mendatang.Orang kata zaman bertunang ni zaman yg menguji pasangan sehingga ke jinjang pelamin.

Congrats dpt tunang yg sgt2 pretty and good looking.Sorry aku tak dapat nak join majlis pertunangan ko ni.Jauh na lahai.huhuMoga kalian bahagia ke hujung nyawa ya.Dah bertunang jangan lupa plak dengan aku ni.Nanti bwk lah aku jumpa dengan norny.Nak jugak aku kenal2 dengan dia.Hehe.Ok lah.Bye2 luv both of u.Muah.


Wednesday, November 2, 2011

Sudah Main Cuit-Cuit Lah

3 , 4 hari sudah saya merasakan baby main cuit-cuit  di perut saya.Pada mulanya ingat perut meragam lagi.Al-maklumlah sy selalu di serang kembung perut lately ni.Jadi anggap perut berbunyi-bunyi n angin2 pada pertama kalinya.Tapi lama-lama rasa mcm lain pulak.Kejap-kejap ada.Kejap-kejap hilang.Masa tu mula lah terpikir "Adakah tendangan kaki n gerakan tangan baby yang mencuit-cuit perut saya ni?"

Mengikut bacaan saya mengenai pergerakan awal baby semasa mengandung adalah kita boleh rasa pada minggu ke 16 - 20.Untuk hari ini saya sudah masuk 21 minggu dan besar kemungkinan memang itulah rasa gerakkan baby saya...Ok...Senyum.....hihi..Sudah rs rupanya.Amazing and Alhamdulillah.

Seperti kebiasaan. En Hanafee sebelum tido akan mendengar apalah baby buat kat dalam perut sy ni.First2 dulu dia kata baby berenang ke.Macam bunyi air.Tapi bila saya dengar pulak bunyi perut En Hanafee, macam sama je ada bunyi air seperti yang dia kata.Jadi itu adalah bunyi perut masing-masing ok.Tetapi pada malam td,jeng..jeng..jeng...seperti biasa juga nak jugak dengar apa baby buat kat dalam,bila En Hanafee tekap telinga dia dekat perut dlm beberapa saat baby kicking perut saya.Ahaks..Jadi En Hanafee pun merasa tendangan itu di pipinya..."hahaha"...Ketawa riang ye kamu En Hanafee..Test pulak kali kedua..Tapi baby amik masa sikit nak buat tendangan...Kick Again...hahaha..ketawa lagi En Hanafee.Suka ye kamu."Dah rasa syg baby tendang kat pipi saya".......Alahai suami...

Saya sudah tentu lah lagi suka.Kadang-kadang susah nak menangkap tendangan itu dari arah mana.Nak jugak rasa pakai tangan tapi tak dapat.Hehe.Hish mummy rindu lah kat awk baby.Lama tak jumpa kan.Mb bulan 12 ni baru kita bertemu ye di skrin.Harap kamu bergerak aktif setiap hari di dalam ye.Bye..bye.

Bertukar Ke Hello Kitty

Wajah terbaru kad bank yang bergitu menguja kan saya.Promosi dari Hong Leong Bank Berhad yang cuba untuk menarik customer supaya membuat buku simpanan mereka dan mendapatkan kad ATM bersalutkan gambar Hello Kitty ini.Kepada yang sudah ada ATM kad dari Hong Leong Bank pun bolehlah bertukar kepada kad ini.

Kad ni limited edition.Jadi kenelah cepat-cepat bertindak ye.Dengan itu saya dengan laju dan ngepohnya bertanyakan hal ini di Hong Leong Bank di Gelang Patah.Then diorang check system untuk mengetahui adakah kad saya layak atau tidak untuk di tukarkan and the result is..YES....yehaa.....Laju je isi borang.....hehehe....

Ni gambar sebelum ye.Harap maklum actually Eon Bank Berhad ni telah di ambil alih Hong Leong Bank baru-baru ini.Jadi kad saya yang lama adalah dari Eon Bank Berhad.



Dan bertukar kepada..tarraaa....Hello Kitty yang comel ini.Hehehe.Jangan jeles ye.Teruja kan.Walaupun bukan peminat tegar Hello Kitty.



Sekian.bye.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...