Support JDT Blogger

Friday, November 4, 2016

Review : Rakit Ayah Handal (Teluk Sengat Kota Tinggi Johor)

Hai semua..seperti yang di janjikan di FB aku...aku dah kata kan nak review tentang Rakit yang aku pergi masa cuti Depavali haritu.Let's read ye dear.

Plan nak pergi rakit ni memang dah lama...Tapi hanya cakap-cakap kosong dengan En Hanafee.Secara kebetulan pulak hakak iparku mengajak pergi rakit..Mula-mula dia suggest rakit lain..Tapi rakit tu dah penuh booking dan harga pun boleh tahan..Jadi aku pun terus lah suggest kan Rakit Ayah Handal ni pada diaorg dan Alhamdulillah rakit ni masih available.

Lokasi Rakit Ayah Handal ni di Teluk Sengat Kota Tinggi.Dari rumah aku nak kesana 1 jam 30 minit sahaja.Tak jauh pun..dari Jeti nak ke Rakit pun dalam 5 minit je.Dekat sangat tu.Saja nak bagi anak merasa naik bot.Suka lah diorg dan berkelakuan sopan dan dalam keadaan terkawal,hehe


Yang gambar atas yang bawak boat tu owner Rakit ye..Baik sangat pakcik ni.Berkali-kali nasihat jaga anak-anak.Sampaikan dia buat kan kepung dekat pintu rakit tu.Barulah dia balik tinggalkan kami disini.


Keadaan rakit.Aku tak pernah pergi rakit sebenarnya,Jadi ni pengalaman aku yg pertama lah bersama anak-anak.Dari review orang yang selalu berakit which is suamiku dan akaknya, dia kata rakit ni sangat cantik kemas dan bersih.Safety untuk bawak anak-anak kecik sebab dia berkepong.Kebanyakan rakit yang ada ianya berbentuk open...Kalau bentuk open ni aku rasa dengan aku-aku terjun nak selamat kan bebudak ni...haha...Paham- paham je lah bebudak... berapa banyak kali tawap aku mengejo budak Haziq..Adoi..


Nak bagi dia senyap ...ikan kecik masukkan dalam baldi...Mengekek dia ketawa.Tukang melayan si kak long nya..Abg ngah keje dia membuta...haha...



Nyawa-nyawa ikan..akhirnya ikan meloloskan diri ke air..hehe



Ada tempat untuk lepak-lepak, dudu-duduk.. Yang lain diaorg tidur kat sini..Sejuk nak mati..Kami anak beranak tidur dalam bilik.


Ada bilik dekat sini , boleh sembahyang sejadah dah sedia ada, air untuk ambik air sembahyang pun dia asingkan satu tempayan. Toto, bantal dan tikar semua tersedia.

Berdepan dengan bilik tadi ada dapur.Pun complete set ye.Kuali periuk ada, dapur gas ada.Jug air pun ada..eh serba serbi ada...Kemas je tau.


Belakang ni toilet.Ada air masin boleh buat cebuk..hehe..nak mandi tu pepandai lah berjimat dengan air bersih dia sediakan dalam tempayan.Aku mandi pakai 2 gayung je air tau..hehe...Kalau rajin bawak lah air bersih dan air mineral sekotak.

Rakit ni tiada bekalan letrik ye....hanya sedia batery charge untuk hidupkan lampu tu sahaja.Dah nama tengah laut, jangan nak mengharapkan keselesaan..hehe...Yang ada anak kecik bawaklah kipas yg guna batery tu.Pepandai lah kamu nak survive kat sana..hehe..

Ikan ada banyak tak?..Ok lah pada aku..ada dapat ikan bawal, pari, duri, debam. and yang lain aku tak berapa nak kenal. 

Selalu orang yang naik rakit ni 24 jam je.kalau lebih dari tu muntah belilah kang.Rakit tak berbuai sangat lah..biasa sahaja.Aku macam pening-pening sikit je..Lepas tu elok dah.



Seronok kan bila tengok mereka semua seronok.Percutian singkat yang penuh bermakna..Tq kepada semua yang terlibat.kalau nak rasa pengalaman dan percutian yang berlainan moh ke Rakit Ayah Handal.tak mahal pun cuma RM250 semalaman. Dah bai 


Sila lah contact no itu.hehe








LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...