Support JDT Blogger

Wednesday, December 21, 2016

Rumah : Cat Warna Apa?

Kalau ikutkan pada En Hanafee dia tak nak cat rumah kami tu.Biar warna putih katanya..Aku dah rasa macam....hmmmmmmm

Putih ni susah lah nak di jaga.Budak-budak ni main kejar-kejar pegang dinding pun dah ada cap tapak tangan.Jadi atas kerahan dan paksaan ,ku paksa jugak dia mengecat.Kikiki

Warna pilihan sudah semestinya KELABU..Senang nak match dengan perabot ,Langsir segala bagai.Jadi aku pilih 2 tonne warna.Kelabu pekat dan kelabu cair sikit.

Tarra...Hasilnya..Allhamdulillah seperti yang di harapkan.Kekadang warna dekat tong ni bila dia apply dekat dinding kan lain..Tapi yang ni ok lah..Sejuk mata memandang.




Warna kalau dalam gambar macam seakan sama.Tapi beza sikit.Biasalah guna Kamera cap ayam ni tak dapat nak capture cantik sikit.Ke aku yang tak reti ambik gambar?haha

Kitaorang guna jenama Jotun..5 liter dalam RM90.Jadi untuk rumah kitaorg tu just pakai 2 tong je lah.Tu pun ada lebih lagi.Nak cat bilik En Hanafee kata malas...hahaha


 Yang atas ni guna KOD IRON GREY...hasilnya seperti dalam gambar..Soft kelabu jugak.

Yang ini pula KOD WARN BARE.Dia macam cair -cair kelabu.hehe


Sesi mengecat bersama kanak-kanak ribena ni.Hasil laki bini mengecat berdua.Sangat gigih ye sambil berperang dengan anak-anak.

Next kita update bnda lain ye.Kitaorang dah selamat duduk dah rumah ni.Tengah pujuk hati nak update sesatu.

Kos mengecat adalah dalam RM250 lebih gitu.Mana nak beli berus , mana nak beli roller, batang dia lagi...Kalau upah orang mengecat tak berapa pasti berapa kosnya.Ni untuk dalam rumah bahagian bawah je tau..Untuk luar kitaorang tak cat pun.

Friday, November 4, 2016

Review : Rakit Ayah Handal (Teluk Sengat Kota Tinggi Johor)

Hai semua..seperti yang di janjikan di FB aku...aku dah kata kan nak review tentang Rakit yang aku pergi masa cuti Depavali haritu.Let's read ye dear.

Plan nak pergi rakit ni memang dah lama...Tapi hanya cakap-cakap kosong dengan En Hanafee.Secara kebetulan pulak hakak iparku mengajak pergi rakit..Mula-mula dia suggest rakit lain..Tapi rakit tu dah penuh booking dan harga pun boleh tahan..Jadi aku pun terus lah suggest kan Rakit Ayah Handal ni pada diaorg dan Alhamdulillah rakit ni masih available.

Lokasi Rakit Ayah Handal ni di Teluk Sengat Kota Tinggi.Dari rumah aku nak kesana 1 jam 30 minit sahaja.Tak jauh pun..dari Jeti nak ke Rakit pun dalam 5 minit je.Dekat sangat tu.Saja nak bagi anak merasa naik bot.Suka lah diorg dan berkelakuan sopan dan dalam keadaan terkawal,hehe


Yang gambar atas yang bawak boat tu owner Rakit ye..Baik sangat pakcik ni.Berkali-kali nasihat jaga anak-anak.Sampaikan dia buat kan kepung dekat pintu rakit tu.Barulah dia balik tinggalkan kami disini.


Keadaan rakit.Aku tak pernah pergi rakit sebenarnya,Jadi ni pengalaman aku yg pertama lah bersama anak-anak.Dari review orang yang selalu berakit which is suamiku dan akaknya, dia kata rakit ni sangat cantik kemas dan bersih.Safety untuk bawak anak-anak kecik sebab dia berkepong.Kebanyakan rakit yang ada ianya berbentuk open...Kalau bentuk open ni aku rasa dengan aku-aku terjun nak selamat kan bebudak ni...haha...Paham- paham je lah bebudak... berapa banyak kali tawap aku mengejo budak Haziq..Adoi..


Nak bagi dia senyap ...ikan kecik masukkan dalam baldi...Mengekek dia ketawa.Tukang melayan si kak long nya..Abg ngah keje dia membuta...haha...



Nyawa-nyawa ikan..akhirnya ikan meloloskan diri ke air..hehe



Ada tempat untuk lepak-lepak, dudu-duduk.. Yang lain diaorg tidur kat sini..Sejuk nak mati..Kami anak beranak tidur dalam bilik.


Ada bilik dekat sini , boleh sembahyang sejadah dah sedia ada, air untuk ambik air sembahyang pun dia asingkan satu tempayan. Toto, bantal dan tikar semua tersedia.

Berdepan dengan bilik tadi ada dapur.Pun complete set ye.Kuali periuk ada, dapur gas ada.Jug air pun ada..eh serba serbi ada...Kemas je tau.


Belakang ni toilet.Ada air masin boleh buat cebuk..hehe..nak mandi tu pepandai lah berjimat dengan air bersih dia sediakan dalam tempayan.Aku mandi pakai 2 gayung je air tau..hehe...Kalau rajin bawak lah air bersih dan air mineral sekotak.

Rakit ni tiada bekalan letrik ye....hanya sedia batery charge untuk hidupkan lampu tu sahaja.Dah nama tengah laut, jangan nak mengharapkan keselesaan..hehe...Yang ada anak kecik bawaklah kipas yg guna batery tu.Pepandai lah kamu nak survive kat sana..hehe..

Ikan ada banyak tak?..Ok lah pada aku..ada dapat ikan bawal, pari, duri, debam. and yang lain aku tak berapa nak kenal. 

Selalu orang yang naik rakit ni 24 jam je.kalau lebih dari tu muntah belilah kang.Rakit tak berbuai sangat lah..biasa sahaja.Aku macam pening-pening sikit je..Lepas tu elok dah.



Seronok kan bila tengok mereka semua seronok.Percutian singkat yang penuh bermakna..Tq kepada semua yang terlibat.kalau nak rasa pengalaman dan percutian yang berlainan moh ke Rakit Ayah Handal.tak mahal pun cuma RM250 semalaman. Dah bai 


Sila lah contact no itu.hehe








Tuesday, October 11, 2016

Rumah Mampu Milik Johor.....Allhamdulillah Kunci sudah dapat

Huish dah 4 bulan kot dapat kunci rumah.Baru hegeh-hegeh nak cakap.heee....Allhamdulillah berkat kesabaran kitaorang laki bini ni menunggu akhirnya kami terpilih untuk mendapat sijil RMMJ ni dalam 1 tahun lebih yang lalu...Hahaha.. Lama kan.. Biasalah..Tapi bila dapat sijil tu pun dah rasa berbesar hati sangat nih sebab kerajaan Johor bagi kitaorang rumah mampu milik yang sangat susah nak dapat dan kene tunggu turn yang lama..Sijil dapat setahun lepas.Tempoh menunggu adalah 2 tahun..Total adalah 4 5 tahun..kiki...

Pada sesiapa yang nak mintak rumah bawah RMMJ ni boleh ke laman web  Borang E-Perumahan  ye....Baca bebtul dulu paham kan dan isi borang seperti diminta.So ikut je flow dia.Waktu kitaorang dulu isi borang manual submit dekat SUK Johor tu (dekat Nusajaya).Tapi sekarang dah boleh isi online sahaja.Tunggu nama di panggil.

Rumah Mampu Milik Johor ni ada banyak kategori , ada yang RM80,000.00 , RM139,000.00 , RM150,000.00 dan RM220,000.00. So dia akan suruh kita pilih nak yang mana.Tempat nya pun berbeza-beza ye.




Ok ni rumah yang kami sefamily dapat.Cukuplah untuk berteduh anak beranak ye.Masih lagi dalam proses ubah suai mana yang patut dan mampu ..hehe..Lokasi adalah di Mutiara Rini, Gelang Patah Johor.

Rezeki dapat rumah semi D ni.Tapi comel je pun rumah .Ok lah kan..Ada tanah sikit boleh lah bercucuk tanam.Jangan jadi semak sudahlah.

Ok lah next nanti update apa je yang di buat dengan rumah ni. ye..Babai

Friday, August 12, 2016

Buat rawatan resdung - NATRAH - Rokok Resdung - Gelang Patah Johor.

Resdung..Ye aku ada resdung...Tahap keberapa tu tak berapa nak pasti ...Bukan tak pernah check.Pernah pegi klinik , dokter kata aku alahan habuk.Jadi ambik ubat selsema sahaja.Tak pernah pun buat rawatan segala bagai ni.

Tapi haritu tergerak hati nak try, sebab selalu kalau selsema mesti tangkap kepala , mata, hidung semua lah.Buat takde mood je kan nak buat keja.Nama kedai ni NATRAH, lokasi dekat dengan Kampung Melayu Gelang Patah.Dekat je dengan rumah .huhu...

RM10 tu untuk 3 batang rokok resdung 

Tu ada no telefon akak tu.Peramah betul akak ni tau.Seronok bercerita dengan dia.


Yang akak tu pegang tu namanya rokok resdung.Dia macam kain pun ye macam kertas pun ye.

Nanti dia just letak je rokok tu kat tempat yang kita rasa gatal-gatal or tempat yang tak selsesa.Umpama macam kita buat bekam tu ha.Api tu menyala sampai dekat tangan akak tu je..bukan sampai muka ye.

Lepas abis rokok tu nanti dekat bahagian yang tinggal tu lah akan ada hama-hama yang di tarik melalui pembakaran tadi.Hama masuk kat lubang tu.Ha pahamkan apa ku sampaikan ini.Banyak rupanya hama yang bersarang kat muka..Huwaaaaaa..yang putih2 tu tau hama nya.


Pastu akak tu dia nyalakan api dekat bawah piring tu dan hama-hama bertukar jadi cecair.Banyak betul benda kotor kat muka.Adoii

Lepas buat rawatan resdung ni terasa lah ringan sikit muka tu..pastu kurang sikit rasa hidung tersumbat pepagi.So korang boleh lah try ye dekat sini.Bertempat di Gelang Patah.Dia masuk kedalam sikit sebab dia buat dekat kawasan rumah.Nak terangkan tempat tak berapa pandai.Pepandai lah kome2 mencari..ekeke

Boleh lah hubungi  : Natrah 010-532 6138








Wednesday, August 10, 2016

Review PASTI AR RAHMAN - Helena Zahra - 4 Tahun

Perap entry bukan main lama lagi....Dari awal Kina masuk sekolah sampai dah nak abis dah tahun ni belajar.Review Pasti Ar Rahman tak muncul-muncul lagi ek..hehe.

Dikala Kina berumur 4 tahun, kitaorang plan nak sekolah kan dia atas desakan dari maknya.kiki. Yelah dari duduk melepek kat umah nenek membuat kacau, jadi ada baiknya hantar sekolah yang sekejap cuma tu.Dapat jugak belajar apa patut ye tak.

Hari first ke sekolah..Muka dah cuak dah.Nasib nangis sikit jek.Bila ambik balik sekolah nampak mak terus berjurai lagi airmata


Ada jugak yang tanya dan cakap-cakap "Awal na nak hantar anak sekolah" .Ikut pada pandangan sendiri lah ye. Pada pandangan saya bagusnya budak sekolah awal-awal ni biar budak cepat dapat ilmu, biar cepat kenal huruf dan biar cepat dia membaca.Bila semua cepat maksudnya nanti makin cepatlah dia tahu tentng sesuatu (melalui membaca). Tapi if ada ibu bapa yang mengajar anak mereka kat umah pun bagus jugak dalam usia bergini.Diriku ini tak berkesempatan nak mengajar..huhu.. ajar mana yang tahu jelah..Bab hadis ke doa ke apa ke..Mak memang tak berapa nak lulus sangat.Jadi ku hantarkan je ke sekolah.

So far Allhamdulillah, Pasti Ar Rahman yang terletak Di Kampung Ladang Gelang Patah Johor is Ohsem..Ada 3 kelas....4 ,5 dan 6 tahun kelas asing ye...Jadi pembelajarannya ikut pada peringkat umur...Cikgu semua ramah tamah + ada sikit kegarangan..hahaha dan rajin update aktiviti anak kat group Whatsup... Aku kan anak first yang sekolah jadi kejadian keterujaan tu memang lebih.Nak kata terbaik sangat tu tak de lah sebab sekolah lain pun ku tak cuba lagi.hehe. Tapi kalau ikut kan perhatian mak nya selama hampir 8 bulan ni PASTI Ar Rahman tidak mengecewakan.

Adeeb pun sekolah sama dengan Kina


Best ke pembelajaran ? Aku suka je sebab sekarang Kina dah hafal banyak hadis dan dah pandai sembahyang. Maksudnya dah pandilah masa sembahyang tu apa kene baca, apa kene buat.Surah pun dah banyak hafal, huruf , nombor eh semua lah.So perkembangan baik untuk diri dia. Dekat Pasti ni banyak tekankan ilmu agama.Jadi kita ni kan kekadang tak sempat sangat nak ajar diaorang bab tu, tapi bila diaorang dah pandai kita rasa bangga pulak..Hari tu ada peperiksaan untuk pertengahan tahun.Memang aku jadi mak tiri kejaplah pengajar Kina ni.

Setiap kali balik dari pekse dia kata ok je jawap soalan.Eh confident betul.Tapi bila tengok kertas jawapan pekse dia Allhamdulillah ok.Semua lulus.Dapat 1 je B iaitu SENI.Ok lepas ni mak akan tekankn ajar skill seni plak kat Kina.heee


Aktiviti?Macam-macam aktiviti ada, sambutan hari sukan, sambutan hari guru, sambutan hari raya, .Banyak lah..cuma belum ada lagi buat masa ni lawatan ke mana-mana untuk mereka ini.

Hari sukan ritu.Kina pasukan merah (LOTUS) .Dapat juara lagi.Hehe mak2 bersorak lebih dari anak..kiki.Maskot yang gambo kiri tu aku  yang cipta ye..ekeke

Lain-lain apa lagi ekk?.. Oh fee dia ye. Yuran masa awal masuk haritu dalam lingkungan RM500 include Uniform 2 pasang, buku-buku, alat tulis, beg.Tapi mak-mak boleh je beli beg lain, alat tulis lain, kasut sekolah ( tak pakai pun takpe).Monthly kene bayar RM100.00, tiada makan ye.Makan kene bawak sendiri.


Kina dan Tiger berpisah tiada.


Hari-hari antar dia pegi sekolah.Korang bolehlah ye bayangkannya.Nanti next time pulak cerita hal Kina ke sekolah.

Dah bai









Wednesday, June 8, 2016

Resepi Cornflake Madu Yang Sangat Mudah

Memang tersangat lah mudah..Eh lupa nak ucap Happy Ramadhan to all Muslim.Allhamdulillah dapat sambut Puasa pertama bersama keluarga.

Masa raya pertama kebanyakkan semua cuti berkerja kecuali En Hanafee.. Biasalah bila kerja shift ni kalau kene pada shift nya tak dapatlah sambut Puasa.Kecuali kalau dia kerja pagi.Hehe

Hari Puasa pertama ni diri ini tersangat rajin masak & buat kuih sekali gus.Eh hari2 pun rajin masak ye.En Hanafee suka makan kat rumah.Even kalau breakfast pun lah kalau dia kerja haritu.Ngee jadi skill masak ku semakin di upgrade.haha.

Ok letgo kepada resepi simple dimple Cornflake Madu ni.

Bahan-bahannya :
1. 500g Cornflake (Box besar)
2. 12 Sudu besar madu 
3. 6 Sudu Besar Gula Pasir
4. 200g Butter
5. Bijan 
6. Coklat Rice (warna warni)
7. Mangkuk Kertas

Cara-caranya :
1. Butter, gula dan madu satukan, bukak api perlahan ye. Kalau api besar nanti dia cepat hangus.
2. Agak-agak dah sebati tutupkan api.
3. Cornflake tu hancur-hancurkan sikit ye.nanti senang nak masuk cup.hancurkan pakai tangan.
4. Masukkan cornflake dengan bijan.Gaul rata.Bijan tu ikut mana nak letak lah.Banyak ke sikit ke.
5.Sudukan pada cup.Letak coklat rice.Bakar dalam dulang 
6. Kepanasan dalam 150'C selama 10 minit.

Tarra..

Semudah ABC sangat ni.Kalau korang malas jugak tak tahulah.Meh beli dengan aku meh.

50 pcs RM20

hehe

Thursday, May 12, 2016

Garang Dengan Anak-anak

Aku? ntah lah nak kategori garang ke atau cepat naik hangin bila dengan anak-anak ni.Tangan aku ni pantas sikit .Tapi ikut pada mood jugak.kalau mood tengah swing memang cepat jek lah bebudak ni kene.Mihmih.Sian lahai anak-anak mak ni kan.

Nak di jadikan cerita haritu aku membantai si Helena.Bantai dengan hanger je pun.Memang selalu kot dia mendapat dengan hanger tu.Jadi memang tak pelik lah.Bak kata kawan aku " senjata yang senang sekali nak di capai".haha.

Apa silap dia buat?. Satu aku geram Kina ni.Makanan kalau kita beli dia tak nak makan tapi kalau orang lain punya dia nak.Aku marah dia asik mintak roti sepupu dia tu.Dia merajuk nangis.Dalam hati kesian pulak.Jadi pujuk lah balik panggil dia dan peluk.Eh dia pulak naik hantu dia tarik rambut aku goncang-goncang kepala, agaknya dia lupa yang mak dia ni pantas tangan.Kebetulan pulak aku tengah sidai baju.Memang laju lah hanger ku libaskan aje 2 3 kali kat tangan.

Mungkin hanger tu dia terkena pada yang tajam-tajam dia tu jadi luka pulak tangan.Menangis lah kawan tu lagi.Aku pun sambung membebel sampai hati dah puas barulah pujuk.hahaha.Kejam sangat.


Sikit je pun.Pedih jugak bila kene air.Sekurangnya dia ingat apa yang dia buat.Bila dia nak marah aku ke apa ke.Ugut je lah dengan hanger ni.Jadi dia takut lah sikit.huhu

Ok lah tu saja nak cerita.Segarang mana pun mak.Mak tetap sayang anak-anak mak ye.Pukul-pukul sayang namanya.

Wednesday, May 11, 2016

ShellOut Di Orange Corner House Gelang Patah.

Wah lamanya tidak menulis ye.Rindu pula.Sejak 2 menjak ni asik teringat pada blog ni.Jadi jengah-jengah dan tengok ayo lamanya tak menulis.

So saya mulakan dengan cerita makan malam kami semalam.Tetiba macam nak try shellout dekat Orange Corner tu.Hanya sekangkang kera jek dari rumah.En Hanafee belanja dan ku is on je.Aku kalau pegi sini suka mee racun dia.Macam mee bandung tapi ada gear box.Sedap wei tak tipu.Boleh makan berdua.

Eh tadi nak cerita shellout kan.Saya boleh bagi 4 bintang shellout kat sini.Sedap, nak2 dia punya udang butter.Walah.So sesiapa nak try boleh lah ke sini ye.

Bayaran : Dewasa RM25
               Kanak-kanak 7 thn - 12 thn RM10
               Kanak-Kanak 7 thn kebawah free

Masakkan : Ikan siakap 3 rasa
                   Udang Butter telur masin
                   Sotong sambal
                   Ketam sambal telur
                   Kupang sambal kering
                   Brokoli dan jagung
                   Nasi Putih
                   Air

Untuk kami berdua.Hanya RM50 saja.Murah kan dan sedap.Kata En Hanafee boleh repeat lagi ni.

Kakak Kina melayan adik-adik.Sedikit aman lah mak dan ayah makan semalam.Tq Kina.

Besar dah kakak ni.4 tahun dah, walaupun mak asik marah Kina je tapi mak sayang ye.Adik Kores macam biasa memang dengan dunia dia je.hehe

 Ok ni sign board depan Orange corner.Lokasi berdepan dengan Pizza Gelang Patah.Kedainya dekat deret rumah corner lot ye.Berkelip2 dengan lampu lap lip dari jauh .

Orange House Corner
12pm to 12am
No22 Jalan Nusa Perintis 6,
Taman Nusa Perintis
Gelang Patah 
019-7867888




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...