Support JDT Blogger

Wednesday, December 21, 2016

Rumah : Cat Warna Apa?

Kalau ikutkan pada En Hanafee dia tak nak cat rumah kami tu.Biar warna putih katanya..Aku dah rasa macam....hmmmmmmm

Putih ni susah lah nak di jaga.Budak-budak ni main kejar-kejar pegang dinding pun dah ada cap tapak tangan.Jadi atas kerahan dan paksaan ,ku paksa jugak dia mengecat.Kikiki

Warna pilihan sudah semestinya KELABU..Senang nak match dengan perabot ,Langsir segala bagai.Jadi aku pilih 2 tonne warna.Kelabu pekat dan kelabu cair sikit.

Tarra...Hasilnya..Allhamdulillah seperti yang di harapkan.Kekadang warna dekat tong ni bila dia apply dekat dinding kan lain..Tapi yang ni ok lah..Sejuk mata memandang.




Warna kalau dalam gambar macam seakan sama.Tapi beza sikit.Biasalah guna Kamera cap ayam ni tak dapat nak capture cantik sikit.Ke aku yang tak reti ambik gambar?haha

Kitaorang guna jenama Jotun..5 liter dalam RM90.Jadi untuk rumah kitaorg tu just pakai 2 tong je lah.Tu pun ada lebih lagi.Nak cat bilik En Hanafee kata malas...hahaha


 Yang atas ni guna KOD IRON GREY...hasilnya seperti dalam gambar..Soft kelabu jugak.

Yang ini pula KOD WARN BARE.Dia macam cair -cair kelabu.hehe


Sesi mengecat bersama kanak-kanak ribena ni.Hasil laki bini mengecat berdua.Sangat gigih ye sambil berperang dengan anak-anak.

Next kita update bnda lain ye.Kitaorang dah selamat duduk dah rumah ni.Tengah pujuk hati nak update sesatu.

Kos mengecat adalah dalam RM250 lebih gitu.Mana nak beli berus , mana nak beli roller, batang dia lagi...Kalau upah orang mengecat tak berapa pasti berapa kosnya.Ni untuk dalam rumah bahagian bawah je tau..Untuk luar kitaorang tak cat pun.

2 comments:

  1. Cantik nya rumah. Kami pon amik rmmj tp yg teres. X sbr nak dpt. Hehe.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...