Support JDT Blogger

Monday, May 27, 2013

En Hanafee Aka Ayah Kina Jarah Aka Laki Saya

Lama tak ngumpat pasal ayah Kina kan.Asik lah bercerita pasal anak saja tak sudah.Jadi mari kita bercerita pulak pasal apak.Hakhak

En Hanafee ni memang susah sikit nak lekat kat rumah.Ada je benda di buat.Mancing , berbasikal dan berkonvoi motor tu je lah kejenya.Nampak macam baru 3 benda je kan dia buat, macam tak banyak kan.Cer kau suruh dia buat list schedule untuk setahun.Maunye beratur penuh kesana kemari.

Aku relakan je hobi dia tu.Kekadang dalam hati membebel jugak.Tapi bila pikir dari dia buat benda bukan2 baiklah pergi penuhkan aktiviti mu itu dengan benda berfaedah ye.Kalau duduk rumah kang aku di ringsekan nye suruh melayan dia.Jadi pergi lah kandaaaaaaaa..................

           
Hobi memancing ni memang dari muda belia lagi.Dulu ayah dia nelayan.Tapi jarang nak ajak anak kelaut.Jadi anak belajar lah sendiri memancing....Jadi laut dan En Hanafee tidak dapat di pisahkan..Dulu berenti kejap hobi ni sebab aku ngandung.Tapi after tu dah takde pantang lagi dah.Tau2 kang senyap2 cakap pergi mancing kat kolam lah kat sungai mana tah di susurnya kat kampung tu..Mancing ikan takpe, jangan mancing orang....Kalau tak siap kau napi..hahaha


Ni kat ladang sawit orang pun jadi keje.Mancing ikan haruan katanya.



Adakala rezeki dia murah bila turun ke laut memancing dalam bot.Dapat ikan besar muka berseri je kalau balik rumah.Cer tak dapat ikan, muka ngalahkan asam kecut.hehe



Okeh ni hobi masa dia baru berjinak-jinak keje kat MALAKOFF.Mula2 ikut kawan2 saja suka suka if tak silap aku lah.Pastu lelama jadi minat dia pulak.Banyak kali join charity ride tiap tahun dan semalam baru je balik ke pangkuan keluarga setelah 3 hari mengayuh & duduk dlm HILUX dari JB ke KL.Jadi aktiviti saya dan Kina adalah duduk di rumah pada waktu cuti wesak lepas.SEDIH.


Poyo boleh tahan.Eh tapi dia handal tau mengayuh.Nampak je kecik budak ni.hehe


Orang kuat yang selalu hasut dia berbasikal ada di belakang En Hanafee...Kiki


Next hobi is bermotoran.Eh betul tak ekk.Ha minat yang ni aku tak tau mana datangnya.Yang aku tau dia beli superbike ni masa Kina baru je 2 bulan beranak.Tak hagak-hagak orang tua ni tau.Tapi sebab semua menggunakan duit dia jadi aku cuma jadi tukang izin je lah ye.

Bila ada superbike ni lagi lah dia tak lekat umah.haha.Tiap malam kalau aku balik keje tengok dia baik semacam je tersenyum-senyum tergurau-gurau manja dan bertanya manja-manja guna msg "Malam ni ada nak kememana tak?"...ha tu aku dah paham sangat lah tu.Tak lain tak bukan dia nak pergi jumpa geng2 motor lah tu.huhu.....Dulu masa mula-mula aku macam nak berangin jugak dia asik lah kuar malam, aku jugak dengan Kina tinggal 2 beranak kat umah kan.Tapi lelama aku menredhailah sekali lagi.Sebab lepas tu mesti dia akan ajak kitaorg pegi jalan-jalan pulak.Hehehe...Kira fair lah pembahagian waktu tu kan.


Dia suami ku.Kalau heheagak nampak flat motor ni kat jalan raya dan bunyi mcm ribut tu En Hanafee lah orang nya


Geng2 motor.Ada saja aktiviti kesana kemari.

Okeh lah...Panjang melebor dah.Ada masa kita bercerita lagi ye.Jadi pada sesiap kalau nampak saya pergi keluar kemana-mana tanpa En Hanafee tu jangan pandai-pandai buat spekulasi pulak ye.Sesungguhnya Laki saya tu jadual sangat lah padat.Lain kali macam nak suruh dia ampal schedule dalam bilik.Sebab kalau nak ke mana-mana kene cop dia cepat2.

Macam malam ni ada main boling pukul 8.30mlm.Kurang-kurang kene cakap seawal jam 10.00 pg.Hahaha..

Dah bye.












Friday, May 24, 2013

Bzzzz...Penat...Lelah.....Hari Wesak Pun Keje

Terbengkalai lagi blog ni.Baru bercita2 nak update selalu.Tapi mcm biasa cita2 dan angan2 je lebih.Hakikat nan ado.

Okehlah lately bz sedikit dgn keje ofis.My partner cuti sebulan.Jadi memeng haruslah tunggang langgang hidupku ini uruskan budak interview, budak masuk keje, gaji budak, pas ptp,claim eh semua lah.Boleh di katakan turun naik kilang hehari aku di buatnya.Lekat kejap kat ofis.Pastu kuar balik.Memang mencabor.Sampaikan GA kat kilang tu kata aku dah makin kurus..haha....bukan aku memang kurus ke.

Partner aku si budak semah cuti.Dia buat minor operation.Eh monir ke ekk perut kene tebuk 3 tempat?...Hakhak....Nak tau sebab apa sila lah jenguk blog beliau ye dekat sini.Sakit berkaitan dgn perempuan yang sudah berkahwin.InsyaAllah ye Semah akak doakan awk berjaya mencapai apa yang awk hajati k.Isnin ni dah naik keje kan.Pantas sikit.Aku dah nak macam separuh mati ni.Nasib ada bantuan dr Cik Ana kita.hehe..Tq Ana bantu akak yang dlm kegelabahan ini.Kiki.

So sebab itulah saya tak sempat nak update kat blog.Tengok FB pun dapat kejap2 je.Kalau kat umah kang berebut plak dengan Kina.Sibuk na nak main Talking Toms tu ha.

Muka pun ala-ala sembab.haish makin cepatlah nampak tua.

Penat hoi rasa badan.Untuk sebulan ni dah 2 kali aku berurut kaki.Sebab terasa tegang sangat.Kadang malam-malam hari mintak tolong  En Hanafee plak sapukan minyak panas.Kalau tidak gelisah tak menentu nak tido.Penangan betul ni kamu cuti tau Semah.Tapi syukur alhamdulillah selama sebulan ni aku dapat masuk kan lebih kurang 20 orang pekerja...Wah..clap..clap..clap..walau tak banyak mana tapi haruslah berbangga..kikiki..

Hari ni hari wesak.Tapi saya masih lagi bekerja.Rajin benor nampaknya.Hakikatnya bos yang tak bagi cuti.Hoho..So menanguk lah di opis.bagus jugak aman sikit kat opis ni.Kalau tak berderang dering tepon berbunyi je..Lemas nak menjawap.

So cuti ni masih lah duduk rumah sebab apak Kina sibuk ada Charity ride sampai lah hari ahad ni.Semalam mlm dah gerak..Tak dapat nak manja-manja di mlm jumaat..hahaha...

Heh dah lah mls nak tulis dah.Cukuplah tu update sikit.Sambung buat keje pulak.Tq pada yang follow blog ni ye.Follower bertambah sudah nanti sy follow kamu pulak ekk...Tatata


Friday, May 10, 2013

Si Manja Ayah


Kina dah mula manja dengan ayah dia.Terkekek kekek ketawa kalau main dgn ayah kat depan bila aku masak kat dapur.Tapi dengan syarat aku tak boleh lalu time dia tengah main dengan ayah .Kalau tak automatik dia nangis nak ikut aku.Ngada tak?...

Nanti kang kalau aku tengok anak beranak ni senyap je aku intai2 lah.Sunyi je ha..Apalah yang diaorang buat?....Sila rujuk gambar bawah....


Tertido lahai.Penat na main kan.Senang na tido dengan ayah gini gaya.Tepuk2 bontot je.Bak kata ayah dia "Kene tau skill"Rahsia katanya kalau nak tau.Ewah......

Banyak kali dah ayah dia tidokan dengan cara macam ni.Time dia nak.Kalau Kina kata dah tak nak kang..Mengaruk tak sudah macam malam lepas.Semput nafas aku.Dah tido pastu bangun nangis kuat2 tak nak berenti.Semua dia tak nak.Entah apa angin tah.Tersedu2 sebab aku geram aku campak dia atas katil..pastu aku tak layan dah.Ayah dia amik lagi sedu2 nangis.Last2 pas kat aku balik pujuk2 baru lah okeh sikit.Bukak surah Yasin buatkan susu pujuk lembut2 baru lah okeh.Tido.Settle

                                                 

Kina ni banyak ragam.Bila dia kata ngamuk dia ngamuk.Bila dia kata nak main ketawa2 best la layan.Bila dia kata nak tido kang bukan main lama lagi tidonya.Macam tulah.Dengan nenek n atok belah aku bukan main suka lagi.Kalau dtg kejap nangis2 tak nak balik.

                                                   

                                                   

Anak pompuan memang manja dengan ayah agaknya ek?....Dengan ayah dia baik.Dengan aku jangan harap.Mungkin bosan la dengan aku yang dia pandang tetiap hari ni agaknya.Asik nak membebel je.Tapi walau pape pun mummy sayang sangat Kina mak jarah ni.

                                                   

Selalu Kina tunggu ayah balik kalau ayah pegi jalan tinggal kan dia kat umah.Tapi hampa.Sebab ayah balik lambat.Sebab apa Kina tunggu ayah....?

                                                     

Nak cukai ayah jalan naik moto keliling kampung....hehe





Wednesday, May 8, 2013

Helena Zahra With FM (ANMUM VS ENFAGROW A+)

Ritu aku ada cakapkan yang Kina dah tak menetek lagi dengan aku.Bukan terus tak menetek tapi aku dah campurkan dengan FM.Atas sebab susu aku makin kurang dan beberapa sebab yang tak dapat di elakkan.Hehe.Jadi aku punya stok pun dah umpama kais pagi mengais2...Kais petang tak terkais2.Bergitu lah hendaknya.

Jadi dah lama jugak aku tinggalkan proses mengepam.Dari tengah bulan 2 rasanya.Alat mengepam pun dah berbungkus rapi kat dalam laci.So bermula dari 23.2.13 Helena sudah start FM.Sorry ea Helena mummy mu ini terpaksa.

So sudah pasti ibu2 yang biasa menetek kan baby akan blur2 nak bagi susu FM apa kat anak.Aku ke JUSCO pergi tempat bahagian susu belek2 tengok2 jugak.Poning oi nak pilih mana.Pastu aku ternampak lah ANMUM ESSENTIAL ada kotak kecik dlm 200g isinya.Harga if tak silap aku dalam RM16.50 lah agaknya.So rembat lah.Aku mcm rasa susu ni bagus sebab less sugar kan.


Ni yang kotak kecik anmum.Untuk Susu lain memang takda.Beli yng besar 500g punya RM26.50 dekat mydin.tu untuk langkah 3 punya lah.So hampir nak dekat 2 bulan jugak lah aku beli susu ni.Harga memang mampu lagi.Sebab dalam sebulan Kina perlukan 2kg susu.1kg kat umah BS dan 1kg standby kat umah aku.

Tapi haritu Kina di landa demam dan batuk yang berlanjutan lepas minum FM ni.Ubat batuk antibiotik smua abis dah di telan.Ada jugak suggestkan madu.Pun aku try jugak dan lelama batuk makin nampak kurang.Tapi selang sekejap berkahak lagi batuk dia.Hampir sebulan lebih okeh.

Pegi lagi jumpa dokter tanya kalau perlu refer hospital ke apa.Tapi bila die check kahak dah nampak kurang.Aku rs sebab bantuan madu lah jugak.Sebab kalau dgn ubat dia kurang jalan.Lepas tu doc advise suruh tukar susu.Sebab Kina kan masih dalam proses nak serasi dengan FM, jd dia kata mungkin Anmum tak sesuai untuk dia.

Anmum ni yang aku tengok lah pada Kina susu dia ni jenis mcm lemak berkrim tau.Kalau Kina minum susu tu, bau kat mulut macam masih melekat lagi.Lepas tu kalu berak dia memang lawas lah.Tetiap hari berak kemain banyak lagi.Kalau tengok structur susu dia ada nampak kasar sikit la.Aku tengok kelebihan ada pada anmum tapi mungkin kurang sesuai dengan Helena.

Sebenarmya doc suggest aku amik susu soya untuk seketika.Bila aku search khasiat susu soya ni ramai plak kata tak bagus untuk perkembangan budak.Jadi aku batalkan niat itu lah ye.Pegi lagi JUSCO pastu ada akak ni tengah promote tentang susu Enfagrow A+.Dia cakap aku susu ni bagus sebab melindungi kanak-kanak dari batuk /astma dan kandungan DHA dia lagi tingi.Jadi aku ni dah terpengaruh lah dengan celoteh akak tu kan.Lelema terbekenan lah jugak.

Aku dah lama tau perhatikan susu ni.Dulu ada usha2 jugak.Tapi bila tengok harga rasa cam nak ternganga kejap.Kina pulak suka betul dengan iklan susu ni yang budak ketuk2 besi kuar lagu tu ha..Jadi semakin lah membuak aku perlu beli susu ni untuk Kina. Bila En Hanafee bg hint Ok je...Apa lagi lelaju mak eh meng'grab'....Hakhak...Nak beli yang kecik untuk percubaan takde pulak jadi terus je lah ambil yang 650g harga dalam RM45.

So far Kina okeh je dengan susu ni batuk berkahak pun dah takde lagi..Dan aku perasan otak dia berkembang dengan baik jugak la...Ke perasaan aku ke atau Kina dah makin besar atau jugak pengaruh susu itu.......Berak cuma kurang sikit lah tapi kencing mak ai..Kejap je dah berat pampers nya.Lawas kencing.Pastu susu dia kalau kita rs dengan jari pun mcm tak berapa nak manis sangat lah.Bila Kina minum bau mulut dia mcm susu pun takde lah melekat sangat macam anmum tu ha.

Haritu aku beli yang 1 kotak ada 2 isi yang berat nya 650g x2 = 1.3kg.Beli kat farmasi sebab kononnya ada less harga dalam RM84.Tapi semalam aku pergi kedai ubat Cina harga kat situ dalam RM79 jek.huh....Mencik.....

         
Ni ha bentuk susu dalam kotak yang ada 2 pack

Dah lah cite pasal susu kemain panjang na lagi.Nenanti aku update lagi pasal susu FM ea.Kalau ikutkan menyusu badan lagi senang sebenarnyakan.Takde lah alahan bagai macam ni.hehe.Lagi plak sekarng kalau nak berjalan banyak na bende nak di hangkut dengan botol,susu air panas bagai.Kalau dulu bwk tetek je kememana......Mintak maaf Kina sesungguhnya mummy mu ini terpaksa...Dah bye.


Tabiat menyusu Kina adalah menyusu sambil gentel telinga Tiger.Wajib tiger ni ada time menyusu.Kalau tak di arah2 nya kita tanya tiger mana..cepat ambik letak kat tangan dia.Hahaha...

Monday, May 6, 2013

PRU 13 - Parlimen Nusajaya Gelang Patah Milik DAP (Lim Kit Siang)

Uhuk..Akhirnya berakhir sudah PRU 13 semalam kan.Alhamdulillah rasanya tiada apa rusuhan yang berlaku di sekitar kawasan mengundi yang aku tau lah ea... CUMA berlaku sedikit provokasi di kawasan Gelang Patah apabila puak2 DAP n BN (yang aku nampak lah sebab bendera diaorg berkibar2).Nak tnya kang banyak pulak tambahan cerita.Jadi dapat lihat sahaja lah sebab semalam jem bila aku nak balik umah..huhu... Tapi aku rasa tiada kemalangan jiwa berlaku cuma turunlah juga FRU untuk menjalankan tugas mereka.

Dulu Gelang Patah ni penuh kawasan semak samun hutan rimba.Masa aku belajar kat Segamat dulu bila mana mbr2 yang asalnya dari Johor pun tak tau Gelang Patah tu kat mana.Kalau tau pun cakap "Ooo kawasan yang ceruk dunia tu ea"...Yelah ceruk dunia.Kawasan kau yang setinggan tu takde plak aku nak cakap.huhu..

Tapi tu suatu ketika dululah.Lihatlah kini...Cewah....Macam2 ada.Legoland pun ada, kawasan pelabuhan pun ada..Jambatan yang sambungkan second link pun ada...Jadi sebagai anak jati Gelang Patah ni berbangga lah dengan tanah tumpah tempat lahir...I is lahir kat umah okeh dulu...dekat kampung ladang Gelang Patah..hehe

Jadi pada PRU 13 smlm nampaknya telah memihak pada DAP aka Lim Kit Siang bertemu lawan nya bekas mantan Menteri Besar Johor Datuk Abd Ghani Othman.Jadi sekarang Parlimen Nusajaya telah di rampas oleh Parti Pembankang DAP setelah sekian lama bernaung di bawah BN.

Apa perasaan aku?....AKU REDHAAAAAA....Sedih ada....Sayu pun ada.....Tak tau mana pergi orang melayu ni...Nampaknya cina dah memonopoli ..Malas nak cakap banyak.Silap cakap kang ramai yang akan menjawap.Kita tengok sajalah apa perubahan yang akan di bawa nanti.Jangan Melayu hilang di Gelang Patah sudah.


Macam nak nangis dengar sajak ni...: ( ..Aku tak tau tempat korang macam mana keadaan..Tapi kami kaum melayu di Gelang Patah (maybe segelintir) semua rasa sayu dengan kemenangan DAP.

Sekian.Wasalam.

Wednesday, May 1, 2013

2nd anniversary

Alhamdulillah pd 29.4.13 genap 2 thn merempuh alam bahagia bsama en hanafee.kejap je kan.Di kurniakn anak perempuan yg bijak lg cantik dan baik, dikurniakn suami yg sempurna cukupla utk melengkapi hidup kami sekeluarga.InsyaAllah akan btambah ahli keluarga.Doakan ye smua agar hidup kami sekeluarga bahagia hingga hujung nyawa.

Hakhak.okeh cukup sudah ucapan sempena anniversary.So adakah aku menyambut nye dgn candle light bagai?oh sudah tentunya tidak.haha.Ko ingat en Hanafee nk ke melayan bnda gitu.Aritu kami sekeluarga hanya ke jusco tebrau saje.Ingatkn nak pegi zoo.Tp cuaca kurang elok.Jadi terbatal niat nk kenalkn Kina dgn haiwan2.

Masa kt jusco.Ayah sibuk pilih baju.Dia sibuk nak mop lantai.

Kina Jarah latest.Dah 13 bln masih x boleh jalan.Dok memapah je la.Tu yang melepek duduk kat lantai.Mulut bertambah bising sepanjang perjalanan.Saja nak hiburkan hati kitaorg gaknya.hehe.

So lebih kurang dah dapat apa yang dihajati kitaorg beredar ke giant plentong.Pegi belanja barang dapur.

Singgah jap mc d.Makan nugget dgn kentang.Eh mc d dah ada kentang keriting tu ek.Ntah apa nama tah.Tapi aku suka.Okeh tgk gamba atas tu ea.Kina manja cket dgn ayah sekarang.Makan nak ayah suap.Bru la abs.Kalau dgn aku naik tejerit pekik dibuatnya.Bgusla kina senang keje mak kau nanti

Ok after belanja brg dpur.Kami meneruskn perjalanan ke senibong.Teringin nak mkn nasi lemak.Ramai gila orang.Parking dah kene byr rm2 okeh.


 Rupa nasi lemak.Aku ambik ayam sambal tp kurang cket rasanya.Better ambik yang goreng sbb En Hanafee punya sdap.

Okeh bgitula suasana anniversary kitaorg..Takde apa yang special pun dan memang takde candle light dinner.Cuma ada la main tukar2 hadiah.haha.

Tu jela yang termampu untuk hadiah tahun ini ye.Sayangku hanafee ini merangkumi hadiah birthday blehkn?haha.

Okeyla tuan tanah nak mengundur diri.Ada masa ketemu lagi.


Ok bye

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...