Support JDT Blogger

Wednesday, December 28, 2011

Welcome to Singapore..Ecece..

Nak bercerita pasal bercuti ke Singapore.Tp satu gambo pun tak dak.haha..Cmne tu..Takpelah kita just update je ye.Supaya blog ni nampk lah ada entry baru.

Pada 26 Dec 2011 ,kami (Saya,En Hanafee,Aie & Huda) memulakan perjalanan pada jam 10.30 pg melalui tambak Johor.Jalan jem gila.Hampir 1 jam juga untuk kami melepasi check point ke Singapore.Ini kali pertama kami ke sana menaiki kereta.Haruslah mulut terngaga ye tak tau jalan.Tapi dengan bantuan ikhlas En GPS semuanya berjalan dengan lancar.Jam hampir menunjukkan pukul 12.30 kami sampai ke destinasi pertama di Singapore.Gerek seh.hehe

Tujuan kesana?.Saja makan angin.Niat hati macam nak shopping sempena SALE akhir tahun ini.Jadi tempat kami tuju adalah ke Orchard dimana tempat ini mempunyai shopping mall yang banyak.Tetapi di Orchard ini barang2nya adalah jenis yang branded ye dr satu mall ke satu mall.Jadi cuci mata je lah.Al maklumlah saya dan En Hanafee ni tak pandai sangat nak pakai pakaian jenama2 ni.Kalau ade pun bleh kira dengan sebelah tangan rasanya.hehe.

Yang pasti shopping mall yang paling ramai di kunjungi di Orchard ini adalah TAKASHIMAYA di mana saya sempat juga menjengah ke mall ini untuk melihat-lihat apa yang istimewanya berbanding yang lain.Ya...sale yang bergitu byk rupanya.Patutlah ramai pengunjung.Branded item with sale up to 50%.Ok lah tu.Jengah barang baby.Hmm mcm cekik darah je juga.Jadi berkunjung ke Orchard ini tanpa membeli apa2.ekekeSemput ye nafas saya untuk ke sini kerana kami park kereta nun jauh di Orchard Plaza.

Ehsan dari En google

Pada pengemar gadget,saya cadangkan untuk pergi ke LUCKY PLAZA.Ada banyak kedai di sana untuk kita pilih dan bandingkan harga kerana di setiap satu kedai adakala beza hingga 30- 40 dolar.Tetapi harus di ingat juga kedai-kedai ini mengenakan GST 7% if tak silap sayalah ye.En Hanafee dok pusing2 cari gadget  yang dari awal-awal lagi sampai.bila tiba di Lucky Plaza ni macam separuh gila dia tengok harga-harga murah berbanding di Malaysia tapi bila dengar dia kenekan GST haruslah letak balik ye.hehe.Jadi mahal pula.Harapan hanya tinggal harapan sahaja.

Ehsan dari En google juga

Okeh abis cerita di Orchard Road ea.Kami keluar dari sini pada jam 2.30 ptg.Sambung entry lain lah ea.Penat perah otak untuk mengigat kejadian2 selepas itu.sy relax2 dulu mencari ketenangan ye.hehe.Oh lupa nak ckp.Parking Fee kami selama 2 jam itu adalah 6.40 dolar.Agagaga.dh bye.

Tuesday, December 13, 2011

About My Pregnancy 27 weeks +++

Update lelaju selelajunya.Ketinggalan dengan banyak benda yang nak di ceritakan ini ye.Sehingga tarikh ini kandungan sy sudah masuk minggu ke 27.Gila cepat masa berlalu pergikan.Another 13 weeks jek lagi..huwahaha..Cuak2

Keadaan Saya?
Masih seperti dulu.Tidak gemuk n chubby mana pun.Tetap maintain dengan hanya perut maju kedepan.Dahulu sebelum mengandung berat saya 49kg n now naik baru 5kg sahaja.takde lah perubahan yang ketara sangat.

Sepanjang kehamilan ni,saya cuma mengalami sakit di bahagian punggung,memang tidak boleh duduk lama-lama di kerusi.Mulalah nak senget ke kiri dan kekanan menahan kesakitan.Ada yang cakap itu perkara biasa sebab punggung sudah mula mengembang?.Hmm mb lah kot.Ada yang cakap akan mengalami simptom ni hingga proses melahirkan.Aduhai...Di ofis duduk beralaskan bantal.Memang bodek lah jadinya kan.haha..

Selain tu jugak ada ketika saya di serang kembung perot.Penyakit azali ni memang sentiasa hadir di zaman anak dara dulu.Tak sangka pula sampai ke sekarang.sekali kene rasa macam nak terberanak di buatnya.Menyandar dekat tepi dinding merengek sorang2 menahan sakit.Ayoyo.Cukuplah sekali itu.2 hari menahan kesakitan.



Check Up?
Orait,last check up saya di klinik kesihatan paya mengkuang pada 1 Dec 2011.Berat sudah mencapai angka 54.5kg.Blood presure semua ok.Cuma nurse kata darah saya kurang pekat.Jadi kene tambahkan permakanan berkhasiat sebagai contoh kerang,daging,hati semua dan ubat diambil 1 jam sebelum makan supaya ianya lebih memberi kesan pada darah.Ubat?...hmm sekarang macam rajin je skip ubat-ubatan ni.hehe..Air susu pun macam dah lama saja tinggalkan but saya gantikan dengan air kotak ducth lady kekadang.Kira oklah tu.Next check up pada 2 Jan 2012.

Pada 4 December 2011 haritu pun saya buat check up n scan di Pakar Perbidanan Khor & Lor juga.Niat hati tu nak buat 3D scan.Tapi alangkah malunya baby ni, dia tak mahu tunjukkan muka.Duduk diam memandang n dekat ke arah uri.Nampak telinga sahaja dalam bentuk 3D.Macam telinga mummy je ekk..hehe..Emm doc tu scan jugak jantinanya.And it's a ........tet......Tunggu je lah baby keluar nanti ye. Pulaknya saya dapat doc ganti kepada doc Khor jadi saya bukan tidak percaya cuma sedikit was2 sahaja tentang jantina yang di terangkan.Sebab doc tu kejap kata girl kejap boy kejap boy kejap girl.Mane satu tu?

Mb next check up nanti saya akan mintak kepastian sekali lagi.Harap dapat berjumpa dengan doc Khor.Nak try buat 3D sekali lagi.Tak puas hati pula la if nampak telinga sahaja.

Barang Baby?
Masih lagi relax2 dengan tidak membeli apa2.Dah kene marah dengan a few kawan2.haha.Adalah beberapa barang yang saya beli like wet tissue,cotton bud, toiletries baby travel,bib,mitten,pillow,sepasang baju.Byk kan.Setakat ini itu je lah yang sudah saya beli dengan kuantitinya semua adalah 1 ye.Harap maklum.Haha.InsyaAllah ye kawan2.Saya berusaha lah menambah mana yang patut n yang penting2 itu.Harap bertenang.Laginya pula saya rasa malas nak jalan.Pulus pun belum banyak.Jadi tunggu lah gaji ni.InsyaAllah borong semua.hehe..Agaknya lah.

Tengok pada list barang bayi memang lah terkebil2 mata.tgk pada harga lagi lah terkebil2.Banyak nya nak di beli.Mengalahkan menguruskan keje kawin juga ni kan.hoho.Takpelah pelan-pelan kayuh.

Penutup?
Fuh..siap sudah satu entry..penat perah idea ni nak menaip.Jadi setakat ini sajok lah ye.Dah takde idea dah nak cerita sangat.Plus kaki semut2 dok terkemot2 punggung yang sudah sengal ini.Jadi lain-lain entrylah ye saya sambung.Dah bye.Layanlah gambar2 saya di bawah ini ye.


Me at 27 weeks 2 days




Percaya Atau Tidak.Masih Lagi Menaiki Motorsikal Untuk Ke Tempat Kerja.
Sbb?.Sangatlah malas ye untuk membawa kereta.




Friday, November 11, 2011

Sangat Aktif

Dari malam tadi sampai lah ke pg ni.Baby asik dok menendang2 jek.Kenapa kamu di dalam itu.Tidak selesa kah?.Atau tidak cukup makan kah?Atau belajar bersilatkah?Semalam bila nak lelap kan mata mula lah awak sepak terajang semua.Sampai En Hanafee kata baby main bola sepak ke kat dalam.

Ni pepagi mummy sampai opis awk buat kicking sana sini lagi ek.Sebelum2 ni susah sangat nak rasa.Kalau ada pun sikit-sikt aje.Penat mummy panggil-panggil pun awak duduk diam je.Besar temberang ye awak ni.

Wahai baby,awk jangan nakal-nakal kat dalam tau,tapi kalau belajar ilmu pertahankan diri mummy ok jek.Yelah, cousin2 awk kat luar tu tunggu masa je awk keluar.Lepas tu memang selamat lah awk kene buli ye.Sbb abah awk tu selalu membuli diaorang sampai naik lembik kawan tu.Sebagai bukti mummy masuk kan satu pic ni ye.


Awk tgk abah awak tu belah kiri,dengan muka2 sekali meraba c aizudin tu.belah kanan pak long awk tolong grip kepala budak tu..Tapi c Haikal ni melindung pulak budak yang kene dera tu.Jadi tak nampak pulak.Huhu.Macam tu lah baby kalau awk kene nanti dengan diaorang kalau awak melasak sangat..Mesti yang kene dera tu akan membalas dendam kat awk sayang.Dia memang menunggu je tu.hehe

Itu saja pesanan mummy ye.hehehe.Awk bersedialah dari segi mental dengan fizikal tau.Dah bye.

Tuesday, November 8, 2011

Famous Amos

Sebelum becerita nak ucap terima kasih pada shabat baik saya juga iaitu En Mohd Khairul Bin Mohd Nor.Ekeke.Kerana apa?...Kerana dia telah memenuhi hajat saya untuk makan biskut ni...tarra..






Sedap,rangup dan sedikit manis.Nak kata teringin sangat tu idak lah jugak.Tapi nak rasa.Org kata sedap na biskut ni.Sampaikan dulu ada bergaduh2 dalam FB pasal biskut ni susah nak dapat kat JB .huhu..Jadi try lah merequest pada En khairul yang duduk di KL itu.Walau pun macam zaman belum kawin lagi saya dah request baru hari sabtu aritu dpt tapi ianya sgt2 lah membuatkan saya sedikit terharu kerana permintaan saya di penuhi..hehe..Terima kasih sekali lagi.

Hmm siapakah En Mohd Khairul ini dengan saya?Istimewakah?.hehe.Yes ,dia pun salah seorg rakan baik saya semasa sekolah.Tapi apabila berada di sekolah menengah kami membawa haluan masing2.kami sering juga berkongsi cerita bersama.Mengadu masalah bersama.Dan mcm2 lah aktiviti bersama yang di lakukan sebelum sy berkahwin.Kenangan yang saya tak akan lupakan sampai bila2 adalah kami pernah bekerja di Pam Minyak ESSO RNR pada cuti semesta.Masa tu dalam tahun 2003 or 2004.Dah tak ingat lahPegi dan balik keje sama2 naik satu moto.Kelakar juga kalau di kenang kembali.Balik pukul 12.00 mlm lalu kawasan sunyi,ada bau2an menusuk hidung dan time tu kitaorg automatik akan menjadi peramah.Bercerita itu dan ini sepanjang malam.Walaupun macam dah ulang banyak kali.Untuk mencover takut punya pasal .hehe..Bila dapat gaji RM1,000.00 suka tak terkata.Byk na gamaknya tu.Pegi shopping naik bas.Tgk wayang cerita Di Ambang misteri.Tiket ms tu penuh gila.Kitaorg pun duduk berasingan seat.Nak tgk punye pasalkan.And the end result cite tu nan ado jek lah ye.Menyesal.Yang tak best nya balik dr berjalan2 itu helmet sy kene curi.uhuk.Sedih tau.Ingatkan parking kat pejabat pos tu selamat.Tapi huh.

Bergitu lah hubungan saya dengan En Mohd Khairul ni.Sama lah juga dengan c Ujang itu.Tidak lebih dari seorang sahabat.Payah kan nak cari lelaki sehebat mereka berdua ini.Kitaorang rapat dan tidak penah mengambil kesempatan ke atas diri masing2.Percaya?..Wajib percaya ok.Adakah anda di luar sana mempunyai sahabat lelaki sehebat mereka juga?Mesti adakan.hehe.Eh masuk kan lah satu pic En Mohd Khairul ni ye.Inilah gerangan orang nya :


Friday, November 4, 2011

Selamat Bertunang Ujang

30.10.11.Tarikh keramat bagi my bestfrenz yang telah melangsungkan pertunangan nya.Congarts ye Ujang.Cantik Norny masa tu.simple and nice.Norny ni kalau siapa perasan dia peserta Mari Menari Musim Ke2..MM Nita.Yang dapat tempat kedua semasa pertandingan tu.Berasal dari Sabah bah.Wah kelas kan jang ko bertunang dengan orang jauh.hehe

Actually Ujang ni adalah bestfrenz sy ms sekolah-sekolah dulu.Memang kami rapat gila.Ada yang menyangka kami ni bercinta.Hahaha.Tak mungkin terjadi lah.Susah nak cakap akrabnya kami dulu.Memang tiada satu perasaan cinta pun yang penah lahir antara kami.Jika kedua-dua sudah berpunya pun, kami masih lagi akan keluar merambu bersama-sama.Naik motor memalam hari melawat kawasan kampung,lepak-lepak dan berkongsi cerita.Tidak pernah merasa bosan dan tidak pernah jemu.Itu lah dia namanya kawan.

Masa terus berlalu.Bila sama-sama sudah sambung belajar dan berjauhan.Kami terpisah sebentar tetapi masih lagi berhubung.Cuma tidak lah close seperti dahulu.Bila sama-sama cuti sem barulah berjumpa kembali.Bergitulah rutinnya sehingga lah ke tahap sy sudah menjadi milik orang.Saya akui pegerakan memang sangat terbatas.Apa boleh buat kan.

Saya tidak ralat saya berkahwin pada usia 27 tahun.Nampak macam sudah lewat kan,tapi masa berharga bersama kawan-kawan memang sampai mati akan saya ingat.Selama sebelum berkahwin saya bebas bersama mereka walaupun sekarang merasakan masih tidak lagi puas dengan semua itu.Dan sekarang barulah   saya membuat pengorbanan untuk meninggalkan kawan-kawan mengelinjang saya dahulu dan menumpukan perhatian kepada keluarga.hehe.

Ok memang sudah lari dari tajuk nampak gaya nya.

Dedicate to Ujang : Weh Selamat menempuh alam pertunangan yang penuh dengan cabaran ni tau.Kamu berdua tu sedang bercinta jarak jauh.Jadi cekalkan lah hati ye dan bwk2 byk bersabar dengan segala dugaan yang mendatang.Orang kata zaman bertunang ni zaman yg menguji pasangan sehingga ke jinjang pelamin.

Congrats dpt tunang yg sgt2 pretty and good looking.Sorry aku tak dapat nak join majlis pertunangan ko ni.Jauh na lahai.huhuMoga kalian bahagia ke hujung nyawa ya.Dah bertunang jangan lupa plak dengan aku ni.Nanti bwk lah aku jumpa dengan norny.Nak jugak aku kenal2 dengan dia.Hehe.Ok lah.Bye2 luv both of u.Muah.


Wednesday, November 2, 2011

Sudah Main Cuit-Cuit Lah

3 , 4 hari sudah saya merasakan baby main cuit-cuit  di perut saya.Pada mulanya ingat perut meragam lagi.Al-maklumlah sy selalu di serang kembung perut lately ni.Jadi anggap perut berbunyi-bunyi n angin2 pada pertama kalinya.Tapi lama-lama rasa mcm lain pulak.Kejap-kejap ada.Kejap-kejap hilang.Masa tu mula lah terpikir "Adakah tendangan kaki n gerakan tangan baby yang mencuit-cuit perut saya ni?"

Mengikut bacaan saya mengenai pergerakan awal baby semasa mengandung adalah kita boleh rasa pada minggu ke 16 - 20.Untuk hari ini saya sudah masuk 21 minggu dan besar kemungkinan memang itulah rasa gerakkan baby saya...Ok...Senyum.....hihi..Sudah rs rupanya.Amazing and Alhamdulillah.

Seperti kebiasaan. En Hanafee sebelum tido akan mendengar apalah baby buat kat dalam perut sy ni.First2 dulu dia kata baby berenang ke.Macam bunyi air.Tapi bila saya dengar pulak bunyi perut En Hanafee, macam sama je ada bunyi air seperti yang dia kata.Jadi itu adalah bunyi perut masing-masing ok.Tetapi pada malam td,jeng..jeng..jeng...seperti biasa juga nak jugak dengar apa baby buat kat dalam,bila En Hanafee tekap telinga dia dekat perut dlm beberapa saat baby kicking perut saya.Ahaks..Jadi En Hanafee pun merasa tendangan itu di pipinya..."hahaha"...Ketawa riang ye kamu En Hanafee..Test pulak kali kedua..Tapi baby amik masa sikit nak buat tendangan...Kick Again...hahaha..ketawa lagi En Hanafee.Suka ye kamu."Dah rasa syg baby tendang kat pipi saya".......Alahai suami...

Saya sudah tentu lah lagi suka.Kadang-kadang susah nak menangkap tendangan itu dari arah mana.Nak jugak rasa pakai tangan tapi tak dapat.Hehe.Hish mummy rindu lah kat awk baby.Lama tak jumpa kan.Mb bulan 12 ni baru kita bertemu ye di skrin.Harap kamu bergerak aktif setiap hari di dalam ye.Bye..bye.

Bertukar Ke Hello Kitty

Wajah terbaru kad bank yang bergitu menguja kan saya.Promosi dari Hong Leong Bank Berhad yang cuba untuk menarik customer supaya membuat buku simpanan mereka dan mendapatkan kad ATM bersalutkan gambar Hello Kitty ini.Kepada yang sudah ada ATM kad dari Hong Leong Bank pun bolehlah bertukar kepada kad ini.

Kad ni limited edition.Jadi kenelah cepat-cepat bertindak ye.Dengan itu saya dengan laju dan ngepohnya bertanyakan hal ini di Hong Leong Bank di Gelang Patah.Then diorang check system untuk mengetahui adakah kad saya layak atau tidak untuk di tukarkan and the result is..YES....yehaa.....Laju je isi borang.....hehehe....

Ni gambar sebelum ye.Harap maklum actually Eon Bank Berhad ni telah di ambil alih Hong Leong Bank baru-baru ini.Jadi kad saya yang lama adalah dari Eon Bank Berhad.



Dan bertukar kepada..tarraaa....Hello Kitty yang comel ini.Hehehe.Jangan jeles ye.Teruja kan.Walaupun bukan peminat tegar Hello Kitty.



Sekian.bye.

Monday, October 31, 2011

Kini Tinggal Kenangan (Khas utk En Hanafee)

Yamaha 125Z


Pada Tanggal 31.10.2011...say goodbye syg utk motor kesayangan awk ni....Jika di turutkan memang sgt syg kan nak jual motor ni..Tapi apakan daya, jodoh awk dengan dia adalah setakat ini saja setelah hampir 9 tahun dia mencurahkan bakti kepada awk.Kuasa kuda dia dah lemah,tak boleh nak jalan jauh sangat.Minyak pun bleh tahan lahapnya kan.Jadi keputusan yg awak pilih sy ok aje.Tanpa membantah.Angguk2 tanpa geleng2.Kalau sy geleng pun bukan awk layan sgt..haha....

Say welcome to this motor pulak,
Suzuki Shogun 125

Moga dia pun boleh mencurah bakti kepada awk ye.Ingat balik ni kalau tak ujan boleh lah kita round2.Hehe..Kalau sempatlah.Tak tau lah kalau datang mood pelokek tengkuk lekuk awk tu tak kasi saya naik plak kan....Memang tido luar lah awak mlm ni ye....ekeke...Oklah....itu aje entry utk awk En Hanafee.Dah bye.....

My pregnant Test

Harap maklum ye..setelah sekian lama baru nak uplod rupa bentuk UPT saya serta dengan ceritanya.Bleh kan....bersarang kt draft tu...baru rs nak uplod...takpela yek....Entry sedikit tungang terbalik....Layan kan je lah..




See this is my Urine Pregnancy Test.2 lines = positif aka i'm pregnant :).Selepas 2 bulan lebih menyulam cinta dan inilah hasilnya.Sgt teruja gila.Sy check UPT ni pd 16 July 2011.Ms tu sy di Melaka mengikut En Hanafee pegi cycling.Pada malam tu kami pusing keliling cr UPT sebabnya habis dengar taklimat bagai then makan2 jejak nak pukul 10.00 mlm.Pusing punya pusing di takdirkan ada satu kedai farmasi bukak.Dapatlah beli UPT dengan jenama apatah (seperti didalam gambar)..hehe

Check in di hotel.Pulaknya bilik yg kami sewa tiada bilik air.Bilik air nun jauh selang 3 4 pintu ye.Kira bilik air berkongsi dengan bilik2 lain.Memang harap sangat bertenangkan.Nak kene usung segala bagai kehulu kehilir toiletries tu.dengan baju2an lagi.Pergh..

Actually my period cycle on that time is dah masuk hampir 41 days.First Day Last Period pd 5 June 2011.Kira dah lambat beberapa hari juga tu.Tapi sy pun tak kisah sgt sebab period sy memang kurang teratur.Jadi nak kata berangan tu tak jugak..Tapi ada lah sedikit memasang angan2 tu walaupun tak berapa nak tinggi.

Bagaimana sy kabarkan pd En Hanafee?Die suruh sy pegi check.Pegi toilet mengusung segala mak nenek tu.Baca arahan semua.1..2..3..celup....letak kat atas singki...gosok gigi...sambil tu jeling jugak UPT....eh..eh....ehhhhhh...senyum ok....Sy terkinja2 sorg2 kat bilik air bile tgk 2 lines tu muncul .Mandi dengan muka tersenyum kerang kat bilik air..Nak lari ke bilik dh separuh open pulak ni..Jadi habiskan lah mandi dulu barulah sy balik ke  bilik.

"Susahkan bilik air n bilik tido asing?"tanya saya 
"Syg camne"?En Hanafee tanya.Soalan aku tadi tak di jawapnye kan...Dia cbuk tanya soalan lain.huhu
"Tgk lah sendiri dlm kotak tu".Sambil sy buat muka cket.
"Syyyyyggggggggg"terpekik2 pulak c En Hanafee ni.hehe

Terus di peluk nya sy..Wahaha...like want to crying jek En Hanafee tu..merah jek mata die..Sy tanye nape ni?.."Awak Ngandung"...hehe..Suami sy terlebih xcited sudah...Iyelah ngandung syg ..kan 2 line tu...

So mlm tu mmg dok tersenyum jek lah berdua..Tak sangka.Begitu cepat rezeki Allah bg.Berkat doa kami suami isteri akhirnya sy dpt merasakan detik itu....Thank you Allah...

P/S :Entry lapuk..harap maklum...hehe

Thursday, October 13, 2011

Ini Saya

wink..wink..wink

Haih....dok bosan2 bwk kete sempatlah jugak snap picture td.Ini lah rupa terbaru sy..sedikit cengkung dan kuruskan..hmm padahnya selera makan yang sgtlah kurang ye..Timbang guna penimbang digital kat umah tu smlm 49.5.Tapi tak bleh di percayai sgt lah timbang digital ni..Kalu timbang rini mesti jd 48.8 plak ..Lebih baik lah guna timbang  yang biasa itu saja.Lagi accurate kot.

Bercerita mengenai saya ni..Tinggi sy lebih kurang 157cm.Berat yang latest 49.5kg.Kulit biasa-biasa sj.Muka adakala boleh jd bulat adakala jd bujur pulak.kaki tangan semua cukup.Penampilan sgtla ala kadar.Tak kuasa kot nak bermake-up bagai ni.Rimas ok.Pakai pun bedak tabur jek.takde nye compact2 ni.Cuma bila kene pada tempat jek lah ye baru sy rasa nak tepek segala bagai itu.Kalau tidak jangan harap.

Sy ni jenis yang agak serabut sikit.kelam kalibut pun ye jugak.Simple but nice..haha..ye kew?Keras kepala aka degil (diakui) En Hanafee kalu baca mesti mengangguk byk kali ni.hehe.Sedikit pelupa...Suka berseloroh..yang mana kenal tu mesti mls nak layan sy bercakap bende yang merepek2...hehe...akhir perbualan mesti akan ckp "letih lah nak melayan ko ni"..ya ampun ye...Adakala jadi pemalu juga pada keadaan2 yang tertentu...ada juga yang cop sy sombong..(jd mulai sekarang akan senantiasa mengukir senyuman)...Emm apa lagi...Sy jenis tak suka nak melayan pekara yang remeh temeh.Membuang masa kot..akhir kata mesti akan cakap "lantaklah"...

Suke mengepoh dengan geng2 kepoh saya....Tapi tak suka sangat nak menyibuk hal orang.Orang yang menyibuk hal saya adalah.hehe..Eh mengepoh dengan menyibuk lain kan?.Hmm apa lagi ye...Oh di opis diaorang panggil sy petir..apakah petir itu?...Sy suka bercakap kuat.Bagi diaorg dengar...dan berupaya bercakap sedikit laju.ekeke...

Pemarah?..Tengok keadaan.Tapi susah kot.Malas nak ambil pusing sangat.Betul tak En Hanafee?..hehe..En Hanafee pernah ms zaman ngurat2 dulu ckp "Aku selesa dengan ko ni,takde pening2 sgt"..Ekeke ayat mengayat zaman2 bujang....Mb kot...Yang terdahulu pun kata bergitu... :) ...That y diaorang rs selesa dengan saya.Aceh....

Mungkin org sahaja yang boleh menilai tentang diri kitakan..Apa yang kita rasa mestilah yang baik2 sahaja n yang buruk pun buat tidak nampak sahaja...hehe...Oraitlah entry mengarut ini sudah berjela2...Dah start nak buat keje ni..Tapi mcm lapa jek..mkn biskut cecah milo lah ye..bye....muah

Friday, October 7, 2011

16 weeks Scan


Hi there....apa khabar anti n uncle di luar sana.hehehe.Sy di dalam ok2 sj.

Tarikh di ambil pada 2 Oct 2011.Masa ni baru 16 weeks.Punyalah lama tunggu untuk scan..walau pun en Hanafee dah nak bertukar jadi hijau di buatnya, tapi bila nampak baby dah mula gerak tangan n kaki..mulalah kami teruja...hehe...Moga2 sihat2 saja di dalam perut mummy ni ye..Dr Khor kata awk kecik lor.Yelah sy mmg kurang sangat mkn.Entah bila mula seleranya..

So tunggu bulan 12 nanti untuk tau perkembangan baby.Sudah sebesar manakah dia kan...Moga kamu aktif di dalam ye..hehe...

Thursday, September 29, 2011

Berpindah Rumah

Entry yang boleh dinamakah usang juga ni.Setelah lebih 4 bulan hidup berpindah randah dr rumah mak dan ibu mertua akhirnya kami berpindah ke rumah baru untuk belajar hidup berdikari.Saya berpindah pada 6 September 2011 di Jalan Wawasan 4 Gelang Patah Johor.Bukan rumah taman, tapi rumah kampung dimana rumah itu adalah rumah yang telah dibina oleh ayah En Hanafee pada 6, 7 tahun dahulu dan tidak diduduki oleh penghuni setelah sekian lamanya.

Wah nampak macam rumah seram jek kan.Takde lah seram mana pun.Tapi seram juga bila duduk sorang2 kerana rumah itu mempunyai keluasan yang agak besar juga.Buat masa ni kami bertungkus lumus membuat sedikit pengubahsuaian ala-ala eric leong (tapi mcm kelaut jek).Jadi nak panggil tetamu dtg bertandang tu adalah sedikit segan.Nanti ye kwn2..tunggu langsir sy siap dulu.baru naik cket serinya..dan sy akan jemput kamu semua datang...hehe....

Kesimpulannya,best juga ye duduk di rumah sendiri,hanya berdua saja.Lintang kedak lintang pukang pun takde sape peduli asalkan isi rumahnya duduk di dalam keadaan aman bahagia dan harmoni.


Friday, September 23, 2011

Am I ?.......

Lama berdiam dari menulis rupanya.Setiap hari bukak blog tapi just pg BW ke merata tempat.hehe...Ok berbalik kepada tajuk di atas, Am I?..wah tajuk nya.bukan main lagi ye.

Sudah hampir hendak menjenguk ke angka 5 bln perkahwinan kami.Rata-rata bila jumpa rakan taulan ..sedara mara akan mula bertanya...Dah ada ke?..Soalan wajib ok kepada sesapa yang baru berkahwin?..Lagi pula musim raya haritu bantai berjalan kemana2.Jadinya memang akan dimana2 saja lah org akan bertanya.

Isu ini akan menjadi sensitif kepada yang masih belum di kurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata.Jadi kepada semua jangan lah di tanya lebih2 atau di persoalkan atau di perlekehkan lebih2 juga ye.Siapa lah yang tidak mahu menimang cahaya mata dari benih sendiri.Saya selalu mengikuti blog2 TTC yang saya follow.Adakala sedih juga bila berbagai usaha yang mereka lakukan tapi masih belum berjaya.Tapi saya sgt berbangga dengan mereka kerana tidak penah jemu utk mencuba dan rasa terharu sangat apabila baru2 ni 2 org rakan TTC telah berjaya dengan usaha gigih mereka.Tahniah...

So berbalik kepada tajuk di atas....haha..berapa kali la nak berbalik2 kan...Bila org bertanya kepada saya sudah ada ke?..And my answer is...................


v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v



                 Yes i am....alhamdulillah....

now is around 15 weeks.Doakan ye kawan sekalian moga di permudahkan segalanya.


Thursday, August 25, 2011

Alhamdulillah

Alhamdulillah syukur nikmat.....Kepada Tuhan yang memberi rahmat..ooo..ooo..ooo...ooo..hehe.Tersuka pulak ye.Mentang2 nak dekat rayakan..So bagaimana persiapan kawan2 blogger sekalian...Sudah membersihkan rumah kah?.Baju raya warna apakah?Dan balik beraya dimanakah?

Sy?...Rumah belum di bersihkan lagi...Baju raya warna purple n beraya di rumah mertua utk pertama kalinya dan petang itu ke rumah emak sy..Alah tak jauh mana pun.15 minit jek dah sampai.Kelebihan org berkahwin dekat2 ni...hehe...

Jd apakah yang di alhamdulillah kan?....Ia adalah..jeng..jeng..jeng....Suami sy dapat cutiiiiiiiiii....yahooooo...Gila suka tau sbb sebelum ni En Hanafee cakap kene keje sampai raya ke-4.Keje masuk malam.Sedihkan malam2 raya suami keje.Haruslah menekup muka dengan bantal ye menangis teresak2.Dahlah pertama kali sambut bersama.Tetapi alhamdulillah.....makhluk2 di tempat kerja nya menukar plan jadual keje di saat akhir dengan memberi cuti selama 6 hari utk En Hanafee menyambut lebaran...wah2..wah..senyum memanjang lah saya ye...Dptlah pakai baju raya sedondon pagi raya....wahaha...

Yang lagi seronok lagi...Semua adik beradik En Hanafee  balik beraya di kampung.Mesti meriah gilakan dengan kedatangan anak2 buah dengan keletah masing2.Tak sabar nak main merecun ni.Al maklumlah keluarga saya hanya ada 2 beradik je.Sambutan raya kat rumah mak biasa2 saja.Tapi akan meriah dengan saudara yang berkunjung kerumah.Tu pun tak sabar jugak tu nak beraya kat rumah mak saya.Nak tunggu rakan taulan datang..Lama gila tak jumpa.Rindu gila kat korang semua..

Seronok..seronok..seronok...itulah gambaran utk raya yang bakal menjelang...Selamat Hari Raya blogger2 sekalian..Maaf zahir batin ye...Sorry sy mcm terlebih xcited pulak utk beraya kali ni..hehe

Tuesday, August 9, 2011

Ramadhan Yang Indah

Cuba utk menghapdate blog setelah sekian lama ianya bersarang..hehe...Salam Ramadhan utk semua...Hari ini adalah hari Ke 9 kite berpuasa..Semoga dapat menunaikan nye dengan penuh rasa rahmat dan memperolehi berkat dariNya.

Ini first time sy menyambut puasa sebagai seorg isteri dan masih lagi menetap bersama keluarga tercinta.Apa rutin sy sepanjang bulan puasa ni?Kalu dulu bagun pg punyalah liat tak pun selamba jek tak sahur tapi boleh jek berpuasa.Sekarang bleh ke buat lagi?..Kalu nak kene petir dengan En Hanafee try lah...hehe...So rutin nya bagun seawal 4 pg..menghangatkan lauk pauk semalam yang masih ada saki baki.kalu takde lauk sy akan masak lah sesimple yang bleh....Panaskan nasi..Buat air..Dan mengejut seisi rumah utk bagun sahur...

Selamatlah En Hanafee ni jenis senang nak bagun tido...Tp adakala bila die liat sgt sy gigit kan aje ..hehe..bile dia dah terperanjat senang lah dia bagun..dan ayat dia bila bagun nanti "derhaka ko,aku tak tau"..haha..tak kan lah kene gigit pun kategori derhaka kan...

Utk juadah berbuka pula,sy beli je di bazar.Senang dan ringkas kan.Yelah manalah ada masa nak balik masak bagai ni.Kecuali hari sbtu n ahad saya akan masak.Dan En hanafee pun macam paham jek.Terima kasih ye.Sedih juga sy masih tak berkesempatan utk menunaikan terawih,rasa macam tak larat sahaja badan ni.Moga2 dalam ms terdekat ni di kurniakan kemampuan utk menunaikan ibadah terawih ni.InsyaAllah.

Ramadhan tu indah kan.Bulan yang di tunggu.Tapi kita selalu mengsia2kan bulan tu.Datang setahun sekali.Entah selepas ni kita bertemu kembali ke tak dengan Ramadhan akan datang.Pesanan utk sy dan semua,marilah sama2 kita mengejar pahala utk di bulan mulia ni.Kumpul sebanyak yang boleh.Supaya bila tibanya Syawal ianya di sambut dengan penuh rasa kesyukuran yang tak terhingga.Amin


Monday, July 25, 2011

Nama Isteri di Handphone Suami (hasil survey majalah).

Td jalan2 kat FB kwn2..ternampk satu post die pasal nama isteri di handphone suami...hehe..so isteri2..cube check skang!!


Baru menikah: MY LOVELY WIFE ...
1 thn menikah: MY WIFE/MUMMY
5 thn menikah: HOME
10 thn menikah:IBU PEJABAT
15 thn menikah: BILIK GERAKAN 20 thn menikah: BUKIT AMAN
25 thn menikah: WRONG NUMBER....


And me nampk En hanafee ritu mcm tulis "maton"...haha......nampk romantik tak?

Thursday, July 21, 2011

Rambutku menyinga


Lawa na kan rambut pesen gini.Dh mcm rupa apa dah sy tgk...Huhu...Kembang.kering.tak terurus.Rambut sy memang tebal.So kalu ms syampukan rambut tu...Alahai lenguh tangan nk mengonyoh sekeliling...So jdnya lebih kurang jek sudah.Di tambah kan lagi rambut yg mula byk gugur.2 3 hari mesti nak kene sapu.

Jd adalah lebih baik nya sy rs mahu cut jek terus jd pendek.Biar senang n puas hati.En Hanafee pun mcm tak kisah jek.Dia pun dah naik lemas tgk rmbut sy kot.hehe....So pesen apekah yg sesuai ekk...Hmm mcm tertarik plak tgk rambut BCL tu.Tapi muke die comel.mmg lah sesuaikan..Sy?.....comel jugak ape..boleh jek kot nak potong gitu.

Nanti kalu sy dh cantas rmbut ni sy updated ea...Kite tgk ok ke ko.haha..Ntah bila lah nak pegi motong rambut ni..Madang bz jek memanjang...

Friday, July 15, 2011

Sedih Gila

Kalu tu semua jadi kat sy...mau meraung,meracau,meroyan mengalahkan org yg sedia gila...Sy sedih bagaikan tidak percaya dengan semua tu.....kenapa mcm tu.....huhuhu...ok sudah2..jgn terbawa dengan emosi sgt ye aton....

Kalian semua tgk tak cerite ANNISA...sedih kan bila Farid tu meninggal....Tak sangka pulak kesudahan nya mcm tu....Walaupun mmg nampk Farid tu adelah sgt2 kejam menipu Anna tp jgn lah sampai die meninggal...huhu..Tak best lah mcm tu....Tak sempat die nak tgk anak die...anak yg die tunggu setelah sekian lama berkahwin...Impikan anak lelaki..Aduhai...tak terkata kalu sy berada di dlm situasi itu....Anna dah sah2 tak leh terima kenyataan..selamatlah balkis tu masuk ICU kalu tak dh 2 2 meroyan kat hospital tu jugak....hmm...

Tak sabar nak tgk cerita selanjutnya..adakah Anna akan memaafkan Balkis n C Shila bongok tu kene tangkap tak ngn polis..Jahat bukan main lagi die...huh

Thursday, July 14, 2011

Suami menghilang lagi

Harap bertenang ye....suami menghilang lagi....setelah hampir 2 minggu bersama die hilang lagi....hilang selama 3 hari kot...wah memalam sudah tiada bantal peluk gemuk sy tu disisi..kalu terjaga dr tido je mesti die yg sy cari dulu...pastu peluk...berbeza  ms sebelum kawin ..kalu terjaga mesti hanset yg sy cr dulu...kot2 ade kata puitis dr sidia pd ms tu...hehe..tp jgn harap lah ye....

Ok kemana suami sy menghilang?....kene culik kah..lari dr rumah kah...atau apekah.....apekah apenye pun die just pergi training di Kuala Lumpur jek pun..sambil2 tgk bak aka bapak mertua ku yg sakit...actualy bukan sakit tp kene operate ..jari nye terpaksa di buang kerana mengalami kecederaan yg agak serius..harap bak cepat sembuh ye....

Ok berbalik pd cerite suami hilang td....adakala sy sedih jugak tinggal bersendirian...hari tu 5 hari kene tinggal ni 3 hari plak..mb next time ade jugak lagi ni kene tinggal...belum cmpur lagi yg die pg bantai ot memanjang ..berkali2 lah kene tinggal...jangan tinggalkan sy terus sudah..tak terdaya sy nanti nak tempuh...

Atas tuntutan kerjaya...sy memang merelakan en hanafee pergi.....selamat berjuang syg....Ada yg tertanya ke ape pekerjaan suami sy ni?....Alah kerja biasa2 jek pun kat Tg bin Power Plant Pontian..just sebagai Coal Plant Controller jek...kirenya org yg bertanggung jawab memastikan bahan api cukup utk di supply untuk menjanakuasa letrik di Malaysia ni....So dlm setahun tu..memrlukan die pergi training sebanyak 6 kali..That y lah die selalu menghilangkan diri....

Tuesday, July 12, 2011

Yang di tunggu

Erk tajuk tak bleh blah kan...hehe...sy sedang menunggu kedatangan sbtu yg di nantikan ini....apekah?....sma2 kita tunggu ye kengkawan blogger sekalian...Jd tunggulah isnin depan utk sy update di blog apekah isi kandungan nya....tunggu.............

Monday, July 11, 2011

Sedikit Stress

Semenjak 2 menjak ni mood acek lari jek....kalu bleh kat FB hari2 sy nak tulis yg sy ni tgh stress...di sebabkan keje ke?...ke sy stress sbb sorg2 menerajui company sy bekerja ni...?....

Oh ntah lah.....ni dtg pepagi je dh rs cm tak best..or mb monday blues kot...ah tp yg penting hari ni sy menerima 2 org yg akan menjadi assistance sy....ape yg buat sy rs tak best adalah bleh ke sy handle budak2 ni nak buat kerja n adakah diorg bleh buat kerja seperti yg sy harapkan..hopefully lah....sbb sy dh tak tertanggung belari kesana kemari bagaikan org gila hilang anak..I'm Hr n Account assistance tp kenapa mesti kuar2 ofis bagaikan buat kerja marketing plak ?...despatch plak?....haha...penat...sy perlu korbankan ms utk berFB, utk berblog n utk surfing apa2 yg patut...hehe..dn ms utk mengumpat dgn kwn2 ym sy...oh tidak....

Hmm dan sy harap harini stress tu akan hilang dengan kedatangan 2 org ahli baru ini...jam nak hampir 8.15pg...takde pun diorg smpi..hmm.....adakah tk jd masuk?.....adakah?......

Thursday, July 7, 2011

1001 mlm



Entry pendek jek nie....Just nak ckp total pageviews sudah mencapai 1001....cantik kan no nye...ok lah tu setelah hampir 4 bln berblog dpt lah jugak mencapai angka 1k tu ye....time kasih ye kepada yg sudi berkunjung ke blog sy ni...Bile ramai yg berkunjung makin membuak2 pulak utk menulis...tp kekadang idea tu susah plak nak dtg...hehe..takpe mungkin kene update isu yg best2 plak kali ni..InsyaAllah....

Menempuh Alam Rumahtangga

Menempuh alam rumah tangga bukan sesuatu yg mudah.Bile menyebut alam rumahtangga semua akan rasa bende tu blink2..berbunga2...indah2..kenapa?Kononnya insan tersayang akan sentiasa berada di depan mata.Senang nak bersayang2...senang nak berloving2....Senang nak mengadu itu ini..Senang nak bertentang mata..pendek kata semua yg susah akan jd senanglah...Tp betul ke semua hakikat tu?

Haha...kenapa asik nak cite pasal kawin jek nie..yelah aritu tak alih2 ade plak entri senarai semak perkahwinankan...Biasalah mood2 bru berkahwin...mesti semua nak di sharekan....dulu tak sempat nak ade blog utk citekan semua...now bru kesempatan..hehe...

Okeh berbalik kepada tajuk di atas, bukan sesuatu yg mudah ye nak menempuh alam rumahtangga.Perlulah bersedia dr fizikal n mental sbb byk bende baru yg kita akan belajar.Paling utama adalah masa.First2 memang akan jd tunggang langgang.Mane nak sediakan itu dan ini..berlari ke situ dan ke sini..kerja lagi...hmm mmg akan rs welcome sgt ke alam huru hara...hehe...Sy lah tu orgnye....

Sila lah lupakan byk bende ye...seperti waktu tido(abaikan tido petang n abaikan tido mlm awl),waktu melepak dengan kawan2 (perlu mintak izin dr suami dulu),waktu duduk terbongkang depan tv tanpa membuat apa2 , waktu shoping2 bagai dengan kwn2, waktu dengan hanphone(percaya tak bile dah kawin henset korg umpama tiada erti lagi..hehe)..eh mcm2 lah.Bersediakan anda dengan semua itu?

Jika sudah bersedia....silalah ye hari2 pandang kuali,hari2 pandang washer machine,hari2 pandang penyapu,hari2 pandang baju utk lipat n hari2 pandang suami..hehe...ini lah bende2 yg akan hadapi utk menempuh alam kawin nanti....bertuah jika suami anda pun ringan tulang tp jika sebalik nye...memang menangis lah kamu..tu belum ade anak lagi...memang huru hara kuasa 2 lah jadi nye...hehe..

Monday, July 4, 2011

Senarai Semak Perkahwinan...

Majlis perkahwinan bukan lah sesuatu yang mudah untuk kita rancang.Kita perlu mengambil masa lebih kurang setahun atau 6 bulan untuk menyediakan segala bagai mak nenek supaya majlis di lakukan berjalan dengan lancar.

Sy bertunang pada 12 Sept 2010 dan mempunyai ms selama 8 bulan utk membuat persiapan.Bayangkan lah mcm mana cara nak sy uruskan..adik beradik dah lah 2 ketul jek...huhu..Itupun abg je yg ada.Tetapi sy bernasib baik kerana byk di bantu oleh kakak ipar, sepupu sepapat,sedara mara dan rakan taulan.Kalu tak mau nye huru hara kalu semua kerja kite nak buat sorg2.Terkangkang kiap lah jadinya ye..

Tapi perlu di ingat ye...bukan hanya bantuan sekeliling jek yang perlu ada.Adalah sgt penting juga kita mempunyai nota penting sebagai semakkan dari hari kesehari.Wahai bakal pengantin, di sebabkan sy terasa baik hati hari ni...boleh lah kamu ambil keratan2 untuk merancang perkahwinan yang sy jumpe di Majalah Pengantin ini ye.Anda perlu merekodkan semua perkara yang telah anda rancang satu persatu supaya tiada keciciran berlaku ea.... let Chekedot...














Tak berapa nak clear sgt ke ek?..huhu..takpe sesape yang nak kan keratan ni leh lah dropkan email anda disini and sy akan sendkan secepat mungkin...So renung2kan n selamat mengamalkan nye...

Wednesday, June 29, 2011

2 Bulan Sudah.....


29.06.11....Genap 2 bulan usia perkahwinan kami.Cepat betul masa mengejar kite dlm diam kan.Pejam celik pejam celik akan menginjak lah pulak ke setahun.Pejam celik pejam celik lagi dah meningkat plak usia ke angka 30 an....wah tua sudah nanti.

Apekah yang sy pelajari selama 2 bulan ini?Macam2 ok .Sampai tertanya2 plak balik..eh betul ke maton ni?....Bangun pg seawal pukul 5 dan 6 untuk buat sarapan(wah)....memasak (erk...) basuh baju (wow)..sediakan makanan utk suami (wiwit)..melayan suami (teeet) eh mcm2 lah.....yelah selama ni emak yg buat...tau2 smua dh tersedia....sekarang amik lah pulak tugas itu ye...barulah mcm terpikir tabah betul mak sy ni melayan karenah anak bongsu die ni selama 27 tahun...sy ni bru 2 bulan ..tu pun dh mengeluh sana sini....

Penting nye pengurusan masa bg sesebuah keluarga.....Adakala mcm nak buat jadual jek tampal kat dinding tu...supaya ingat n lakukan tugas ngn sempurna.....balik dari kerja dah mcm marathon....campak beg bukak periuk kat dapur (sekodeng mak msk ape dulu) kalu rs cukup utk mkn kami berdua sy dh bleh senyum cket..yes tak payah masak....pastu kelam kalibut tgk bakul baju ..kalu dh nampk blom mencecah berat 1kg..tunggu lah esok ye...pastu tgk plak baju yg lepas2 tu dh berlipat ke blom...ha kalu blom bleh lah ko mcm rehat2 sambil tgk tv...masuk plak bilik tgk byk tak rambut bersepah kat lantai?....oh dh byk rupanye...kutip lah ye ..kalu guna vakum mmg tak jalan...dh tu sapu lah pulak sekeliling rumah..tgk plak En Hanafee...mood die ok tak lepas balik keje?....nampk ok bleh lah pg bergurau senda sekejap..yelah cbuk buat keje umah suami plak terabai....tp kalu tgk muke die dh masam jek tu..haruslah ye buat keje rumah anda dengan tekun...hehe...

Tetapi alah bisa tegal biasa...ha kan dh keluar pepatah...haha...lelama dh bleh jugak catch up dgn byk bende....nasib sy lah masih duduk di rumah ibu bapa...adakala mereka yg tolong...terima kasih ye semua...jasamu di kenang...InsyaAllah akan berpindah utk hidup berdikari tak lama lagi..so ape yg sy belajar ni akan membantu di masa akan dtg kan....Wah tak sabar rasa nye nak rs hidup berdua...tgk lah macamana pulak huru haranya c maton ni nanti menguruskan rumah tanpa bantuan sesiapa di sisi....haruslah kan kul 12 mlm baru dpt melabuh kan punggung di sofa...Wait n see jek lah nanti ye.




Monday, June 27, 2011

Baby in The House - Nazarina & Ramzan



Congrats to Puan Nazarina & En Ramzan sempena kelahiran anak sulong mereka(baby girl).Dilahirkan pada 20 June 2011 bertempat di Pusat Pakar Sakit Puan & Perbidanan Khor & Loh Sdn Bhd (Tak salah sy lokasinye area bukit indah) berat nye 2.9 kg.Kamu yg ade baby sy pula yg suke tak terkata....adekah baby akan ikut kekepohan dlm diam s ibu n anti2 nye or jugak nenek nye?..ekeke

Petang sbtu haritu sempatlah sy berkunjung ke rumah mereka tgk kan c baby ni n sambil mengepohkan pengalaman org bersalin..Sungguh mudah ye kamu melahirkan..sakit pun tak lama just beberapa jam jek.cuma kamu kurng tenaga utk melahirkan dan terpaksa lah di sedut babynye...tp semuanye selamat..baby pun takde lah nampk lonjong na kan kepala.comel jek die.

Rasa cm nak jek pegang..tapi cm tak konfident plak..kecik na alahai..takpe tunggu kamu besar cket t anti aton gomol kamu puas2 ye..hehe..eh...sy tak ckp lagi ek nama baby ni sape..Ok nama di beri EVA SURIHANI..ala2 nama Lisa Surihani kan...memang glamour lah awk bile dh besar nanti dan cantik mcm Lisa jugak ye..ok lah sebelum melalut let chekedot the pic ya everybody....


Eva Surihani cepat2 ye jangkit kat anti aton ni..hehe....selamat membesar dengan sihat.. nanti anti aton jumpe kamu lagi dgn anti kepoh sorg lagi tu ye next week.....bye..

Wednesday, June 22, 2011

Picture Of My Wedding Day

Layankan picture taken by my photographer ye.....Sgt cantik n amat berpuas hati.Terima kasih cik fauzi menjadikan gmbor kenangan sy bergitu bermakna...Search ye kat FB Fauzi Basir...n tak lupa kepada mak andam sy yg sgtlah sepoting itu dengan perangai gile2 nye tolong ye serach kat FB Anies Aida Muda...sy dh tepek dh kat bwh tu...harap menge 'search'..hehe

wedding picture
Sekarang jom kite layan beberapa keping gambo sy ye.....Nak yg lagi byk tgk dekat FB..tak larat lah nak tepek bebyk kat sini...Internet slow..wihihi







Sekian...harap like..like...like...

Monday, June 20, 2011

Hobi En Hanafee


Hujung minggu hari tu sy melayan En Hanafee berbasikalnya bersama geng2 tempat kerjanya.Seawal jam 6.30 pg bergerak dr Sg Boh Pontian menuju ke Taman MEgah Pontian.Sesampai di sana semua dh get ready dgn basikal2 diaorg.Kami bersarapan donut n karipap di rumah Joe.Terima kasih daun keladi ye. Dlm lebih kurang pukul 8.30 pg baru lah mereka memulakan kayuhan.

Apakah tugas sy?Hmm membawak kerete hidupkan lampu kecemasan dan follow dr belakang para2 pengayuh(erk betul tak sebutan itu).Laluan mereka adalah dr Taman Megah menuju ke susur Pekan Nenas dan menuju ke Gunung Pulai...hampir 60km ok....jauh gile....sy yg menekan minyak ni dh rs kebas2 ni kan pulak yg dok mengayuh bagai nak rak tu kan..

Semuanya berjalan dlm keadaan selamat cuma yg tak selamat tayar basikal en hanafee tu lah ye..bleh plak die bocor dan jugak en hanafee terpeleot jatuh dr basikalnya.tidaklah teruk sgt tp luke2 jugak....

basikal
Sesampai di Gunung Pulai kami bersarapan dahulu..pekena nasik lemak...duduk berehat2 sebentar dlm pukul 10 lebih memulakan balik perjalanan..melalui jalan yg sama..



Dlm lebih kurang 12.30 tghari kami sampi ke destinasi penamat...huh akhirnyekan..Ini kali pertama sy meneman En Hanafee mengayuh.Seronok jugak tapi lagi seronok kalau sy dpt mengayuh sekalikan.Tp bile pikirkan 60km itu...rs cm nak pitam plak...hehe...

Takpe mane tau ade rezeki sy bleh smbar satu basikal...or "En hanafee awk belilah basikal lain, basikal yg ade bg lah sy guna"...hehe..rs tak mampu pulak utk memilikinye.Anyway itulah hobi En Hanafee sy, selain berbasikal beliau jugak gemar memancing....tp buat ms sekarang mcmnye basikal jek di utamakan dr yg lain2.betul tak En Hanafee?So next destination mcm ke Melaka jek...nak ikuuuuuttttt.......


En Farhan sudah tidak bermaya utk mangayuh..terpaksalah bertunda....




Friday, June 17, 2011

Churp..Churp....Wink..Wink...

Churp..Churp..?Ape itu Churp..Churp....Lebih kurang kepada kempen berkongsi link kepada kawan2....So sy sebagai ahli yang berdaftar di bawah churp..churp ini di tugaskan utk mengiklan kan link itu di mane2 laman sosial yang sy ade....

Teruja jugak ye bile tengok pada laman akaun kite duit semakin bertambah...dr RM0.40 ke RM1.20..baru seminggu tu sy menjalankan kempen..hehe..harap2 berjayalah mendapat ke angka RM100 utk di cash outkan..

Caranye mudah utk mendaftar di bwh churp..churp ni...n follow jek ape yg die nak kan....nak dpt duit pun mcm senang je....Jd kepada kawan2 marilah klik pada iklan churp..churp yg selalu sy linkkan ke FB tu ye...memberikan rezeki kepada sy ni..hehe...selamat berchurp..churp anda semua n selamat mencuba..bye

Thursday, June 16, 2011

Nasihat Kepada Penunggang Motor

Kepada penunggang motor tegar seperti sy..harap berhati2 di jalan raya ye...smlm jek ade 3 kes kemalangan berlaku..2 daripadanya sy dengar org bercerite berlaku di warung D Simpang dekat dgn laluan masuk ke RNR dan 1 lagi sy nampk di depan mata di area fly over ke Bandar/Larkin.

Awas ye penunggang motor...nyawa kite sebenarnye dlm bahaya..kite insan kerdil di jalan raya...jd kene tingkatkan sifat hati2 tu dlm diri..biarlah kite nampk mcm sgt jakun bwk moto..pandang kiri..pandang kanan...ape yang penting kite dh mengambil langkah berjaga2 ye.

Pentingnye di sini adelah kite sebagai penunggang motor tegar ni adelah:
1) Pakai helmet
2) Pakai jaket/baju sejuk/baju ujan(jika perlu)
3) Pakai kasut
4) Pastikan tayar moto anda tidak botak
5) Ada cermin sisi.
6) Break bleh di tekan secukup rasa
7) Lampu signal tu berfungsi
8) Menggunakan laluan motor yg betul
9) Pandang kiri kanan sebelum masuk simpang
10) Kalu dekat traffic lite tu..if baru jek hijau jgn terus jln....tgk kiri kanan..agak2 selamat bru leh start memulas .
11) Hon sekuat hati n byk kali kalu rs ade yg menghalang lalu lintas kite.
12) Paling penting ade lesen n roadtax ye

Pesanan ringkas ye dr sy.harap anda patuhi.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...