Support JDT Blogger

Tuesday, October 2, 2012

KOREA - Part 1

Ku tak percaya..Tapi kenyataan..hehe...Mengada2 na lah pulak kan.Ye aku baru balik bercuti..Ke mana?...KOREA SELATAN aka SEOUL.

Actually percutian ini di taja oleh company En Hanafee..Di taja?..takde makna nya..Kenelah membayor kekdahnya.Family outing Malakoff (Oversea) untuk tahun ini ada 2 pilihan iaitu China & Korea.Jadi aku dan En Hanafee memilih Korea sebab macam best je ke negara Winter Sonata tu.


Penerbangan menaiki Korea Air.



wihihihi..Anak beranak



Ok Helena sama dengan Mummynya yang juga baru first time naik flight.

Kami bertolak pada tanggal 21 Sept 2012.Bertolak dari KLIA pukul 11.15 p.m ke Incheon Airport yang mengambil masa 6 jam.Pergh memang sengsara lah ekau dekat dalam flight.Dengan Helena lagi yang kekadang tak lena tidur sebab tak selesa.waduh..Last2 maknya berjaga lah dan tidur2 ayam selama 6 jam itu.Bestnya kan.


Ni En Hanafee punya makanan.Aku dah tak selera dh nak makan.Takde mood sebab tak dapat tido n aircond pun ala2 suam kuku kat flight tu.Melekit lekat.Benci


Dalam pukul 6.30pg waktu KOREA kami pun sampai lah ke destinasi..Waktu Korea cepat 1 hour dari Malaysia.Jd waktudan ketika ini 5.30pg la lebih kurang.Memang terbuntang la mata.Dekat sana dah mula cerah dah pun.



Helena charge tenaga.

Mata pun dah sepet dah.Merah je menahan.Aku ingat lepas turun flight pegi balik hotel siap2 kan diri dulu.Tapi di hangkutnya kami semua ni ke NAMI ISLAND...huhu...Kata pun nak berjalan kan.Ha jalan lah apa lagi.Jangan nak mengunkit2 na.Dr Incheon ke Nami Island mengambil masa 2 jam..Memang terlintok2 aku tido dlm bas



Tourist Guide kitaorg dari Korea nama Jackly.Ok lah..Memahami jugak kepada kami2 yang membawa anak kecil ni.Ada 2 bas.1 bas yang alone tanpa anak2.1 bas lagi iaitu bas aku 10 family with anak2.Nak jejak kan sampai pukul 7.30 ptg, sorang2 anak memekik kepenatan.Selamat lah kami ni semua dah tua..Kalau tak pun turut sama mekik macam budak gaknya penat letih segala.


Sebelum ke Nami Island kitaorg singgah breakfast dulu kat Seoul (kalau aku tak slah ea tempat)...Bila makanan terhidang depan mata..Apkah?....Camne mau makan?...Huwaa....Tapi hentam je lah..Lapo..Tapi takda lah makan dengan rakus pun..Relax aje lah..Untuk isi perut yang berbunyi2.Pelik lah jugak..Nasik tu nak di lawan dengan apa untuk makan?


Ntah nama apa tah kedaimya..tak paham aku dia tulis apa







Ok sudah sampai ke destinasi untuk ke Nami Island..Kene check Immigration dulu.Sila la kuar kan Passport..Eh ye kew...Ah tak ingat..haha..Sengal betul ..Hentam je lah...Lalu sini untuk naik feri..Aku pun bleh macam tanya kene naik feri?..Kenapa pulok...Tu lah dulu bahasa ingeris ngok2..kan nama tempat Nami ISLAND..Island..Paham tak Island tu Pulau..wahaha...



Ini ferinya..Tak lama pun...Dalam 10 minit gitu sampai sudah.


2 bas & 2 group.Ramai kan...Suka dapat kenal byk kengkawan kat sini.Ni pintu gerbangnya.Macam dah buruk je..hehe


Ok ni gambar map kat Nami Island..Takda lah besar na Pulau nya..Diaorg tunjuk lah lokasi cerita Winter Sonata tu kat mana.So menapak lah kau sendiri pegi mencari...Jalan je la..



Sesampai je kat Nami Island ada benda ni.Tak tulis apa2 pun..Ambik gambar sudah





Naik semput aku dokong Helena.Dia tak nak duduk dalam Stroller.Ni aku lari lelaju berentak2 kaki.Suka lah dia.Sah org kata aku gila ni.Lagipun cuaca kat Nami Island ni sangat lah sejuk2 sedingin salju gitu...Indah dan nyaman je..Macam dalam aircond kat opis..Walaupun ada terik mentari tapi tak panas.







Seksi na gambo ni..Ni pun En Hanafee ambik gambar dari tepi je...Malu la tu konon.


Aku tak tau ni patong apa sebab bukan pengemar filem Korea pun.Ntah cerita Winter Sonata ke apa tah..


Sasa nya badan EN Hanafee...Wahaha...Padahal perut dah buncit 




Auww..Auww...Malu lahai nak bergambar gini.Macam gambar bersanding kt pelamin kata kawan aku.

Ok cukup lah tu gambar kat Nami Island...Nak lagi gambar tengok la kat FB aku..Jenuh ni nak uplod..Dari semalam...Arini baru nak siap entry..So selepas ke Nami Island ni kitaorg pegi plak ke Gyeongbok Palace.Palace tu istana..paham?..hehe...Ok sejarah dia aku dengor2 gitu je.Korang nak tau g lh search sendiri.


Tetiba bila masuk dalam gedegang gedegung bunyi music..Ingat kan mende apalah...Sekali keluar orang2 ni lalu macam buat pebarisan.Serius je muka..hehe..Sempena apa jangan lah ko tanya.aku tak tau.kah..kah





Ni gambar Palace nya.Stroller tak bleh lalu kat sini.Jalan berliku2.Susah nak menolak.Jadi tinggal je kat depan pintu masuk.Jangan bombang hilang ok.Takde sapa nak mencuriknya.


Gambar kat dalam palace tu


Helena terbang




Ni pun salah satu persembahan dri diaorg..serius je semua muka.

Ok next...Lepas tu kitaorg ke Sarangchae Presidential Museum.Biasalah masuk2  museum banyak lah benda2 lama2 dapat kita tengok.Gambar pun dah malas nak amik sebab dah mcm penat.Dah petang dah pun .Layan kan jelah jalan ke muzium ni.





Keluar muzium nampak orang tua ni.Kata Jackly ni dioarg tengah peragakan baju kebangsaan diaorg.jai marilah bergambar.Rupanya ramai jugak dekat seberang sana orang tua gini pkai bju lain2.hehe..Rajin ekk diarg ni.Kalau kat negara kita ada tak ekk orang tua sanggup berpakaian baju melayu, kebaya bagai gini..hehe


Ok tamat sudah hari pertama kami di KOREA...aku rasa nak nangis je abiskan entry ni..Huwaa..Baru hari pertama..hari kedua ketiga keempat?...Dah bye

4 comments:

  1. Bertolak dari KLIA pukul 11.15 a.m ke Incheon Airport yang mengambil masa 6 jam - salah la maton.. kul 11.15pm daaaa.. hehheheee

    ReplyDelete
  2. waaa..seronoknya ! cara akak cerita kelakar pulak tu. Bam2 dah Helena.

    ReplyDelete
  3. wah seronok nyer dapat g korea...bila la chinta nak sampai sana yer??

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...