Support JDT Blogger

Friday, July 20, 2012

Susu Badan VS Susu FM

Huh..aku buat tajuk ni sebab terbaca entry dr blog aty..Macam2 ye pandangan mengenai susu untuk anak ni.Sebagai mak bapak mestilah nak yang terbaik utk anak kan.Jd segala keputusan semua bergantunglah kepada   diaorang.

Aku menyusukan Helena dengan susu badan.Alhamdulillah susu masih ada.Dr awal memang dah plan dah nak bg susu bdn kat anak.En Hanafee pun tak melarang sebab dia pun menyusu bdn sampai umur 1 thn lebih.Aku ni aje yg menyusu sebulan lebih je dengan mak aku.Nasib baik pandai jugak.Haha.

Hadis menekankan supaya menyusukan anak dan menyatakan betapa mulianya ibu yang menunaikan tugas yang bersifat tabii ini. Rasulullah s.a.w. telah bersabda,



 " Bagi setiap teguk susu yang dihisap oleh si anak, si ibu mendapat satu amalan baik. Jikalau si ibu terpaksa bersengkang mata pada waktu malam kerana anaknya, dia mendapat ganjaran umpama membebaskan 70 orang hamba di jalan Allah."

Dalam hadis yang lain, Rasulullah s.a.w. bersabda

"Apabila seorang ibu menyusukan anaknya (dengan susu badan) , maka setiap teguk susu yang dihisap oleh anaknya dia mendapat ganjaran pahala bersamaan ganjaran menghidupkan orang mati. Apabila dia menceraikan susuan anaknya, seorang malaikat yang khas memberi tahniah kepadanya kerana berjaya menunaikan tanggungjawab yang mulia ini. Dan malaikat itu berkata "Segala dosa-dosamu yang lepas diampunkan".

Mulianya kan jadi seorg ibu senang je nak dapat pahala.Penat lelah selama ni rupanya ada ganjaran.Jadi cayok2 kepada ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu.

Tetapi ingat ye, bukan bermakna ibu yang menyusukan anak dengan FM ni tak bagus or tak dapat pahala.Ada pahala untuk diorang semua mb dr segi lain la.

Orang-orang zaman moden sekarang ni dah bersifat terbuka mengenai penyusuan susu badan ni.Jadi kepada ibuk2 diluar sana usah lh malu ye nak menyusukan anak2.Yang penting penuhkan ilmu di dada dulu mengenai SI(Susu Ibu) ni.Bila terjadi sesuatu pekara takda lah gelabah ayam na.

Peringatan jugak kepada ibuk2 yang menyusukan anak ni.Jgn lah memperkecil2kan org yang menyusukan anak guna FM tu.Mb diaorang ni ada sebab2 tertentu.Kalau ye pun kekadang ada perasaan sentap bila org ckp pasal SI ni.Diam je lah.Mb diaorg masih kurang ilmu lagi.Kalau sempat nak tazkirah diaorg tu buat lah mana yang patut.Tp jgn ko sampai bergaduh tarik2 rambut pulak nak menangkan pasal SI ni.Ada paham ka?

Aku sambung sikit lagi, mengenai Group kat FB ni tentang penyusuan.Aku tengok sekarang ni group tu dh jd tak best pulak..Nak bergaduh2 lahai sesama sendiri.Relax2 sudah lah beb.Ada org susu meriah ada yang tak.Jd yang susu meriah limpah ruah ni jgnlah mempekecilkan org susu yg kurang meriah tu bila mana diaorg ni amik suppliment or jdkan sesuatu tu sebagai milk booster.Allah tarik balik kang kemeriahan susu korang kang..Baru korang tau..Baru gelabah nak mencari suppliment bagai semua....

Ni apa aku merepek dah panjang na ni.Sampai tak ekk apa yang nk aku ckp ni.Aku nak simpulkan lah kat sini.Susu ibu ke Susu FM ke semua ada kelebihan lah beb.Tak kan lah ibu2 n bapak2 kat luar sana tak mahukan yang terbaik utk anak kan?...Pilihan di tangan anda.Dah Bye

5 comments:

  1. tak perlu lah sampai bertekak kan, rezeki anak masing2 lah.

    ReplyDelete
  2. btul tu..jgn plekehkn ibu2 fm..doakn dorg pn dikurniakn susu ibu mcm kite..itu lg baik..

    ReplyDelete
  3. Btul la,yg psl grup kat fb tu yun da mls nk amik port,asik ader isu je,yg susu meriah on satu,jgn nk bangga sgt dgn susu tu,rezeki tu semua allah yg tentukan..kesian la kat kami2 yg bg fm ni..sentap tau i bila dieorng gaduh2 kat grup tu..huhu.yg penting puncuk pangkalnya setiap ibu mahu yg terbaik utk anak masing2..:)

    ReplyDelete
  4. hah ni ummi adeeb lak nk bebel...nk create cite pasai group 'itu' x sesempat yak lah....mmg naik hot kn...dah malas nk baca klu yg exsen bebeno tu hah...tu smua terpulang pd empunya diri kn...kot yg sudi nk cr ilmu psl SI ni kite tlg mna yg mampu n tahu...ni klu smua org dh tau n pro bab SI xde nye group tu wujud...ye takk??ha kang berperenggan pulak ummi bebel ehehe....

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...