Support JDT Blogger

Wednesday, July 11, 2012

LDR (Let Down Refleks) bg ibu-ibu yang menyusukan baby


Apakah itu LDR?Dengan erti kata lain Let Down Refleks.Bg ibu2 yang menyusukan baby mesti akan pernah rs mcm ada sumting yang tolak air susu kita keluar dan ms tu air susu jd memancut2.Ha tu lah namanya LDR.

Aku mengalami LDR ni.Dan aku rs semua org yang menyusukan baby ada kot.Aku tak tau macammana org lain rs.Tapi yg aku rs mcm tu lah keadaan nya.Bila dtg je air memancut2 tu C Helena mula lah tarik mulut dr nipple.Ko bayangkan lah huruhara masa tu tau jdnya.Terpancut kat baju dia,muka,dahi,hidung segala dan sampaikan lah ke rambut.Lalu dia pun nangis..haha


Menyusu sambil tenung muka aku ni


Kekadang jd stress,tiba2 aku nak marah kat breast aku kenapa memancut2 gitu..bleh?...Dan dgn segera aku bertaubat ckp mintak maap kat breast sendiri sbb takut nanti air susu merajuk tak nak keluar.huhu.

Sebenarnya benda ni jadi masalah kat aku kalau aku keluar kat khalayak ramai nak menyusukan si kecik ni .Time nak susukan dia je, aku takut keadaan jadi hawau depan org, bila mana LDR dtg bleh membasahkan breast sebelah yang tidak di isap.Aku letak dah breast pad tetapi tidak dpt menampung.Mulala nanti kene tompok2 kat baju.Bila Helena tarik nipple terpaksa pulak aku guna tuala tutup nipple nya sebab dia pancut2.Tu blom lagi dia tersedak pulak,mana lg tangan aku nk tepuk belakang dia pulak.hoho.Korg dpt bayangkan tak?Bersilat ok.


Sudah mula mamai bila dpt mengempeng


Tp bestnya LDR ni dtg masa ko mengepam untuk buat stok.Laju je air nya.Makin ko pam makin cepat ko nak jejak angka 5oz tu.Tak sampai 5 minit kot.Dan tabiat mengepam aku adalah bila dah jejak angka 5oz tu mula lah aku mls nak pam lagi.haha...Sebelah dah 5 oz ..yang lg sebelah capai 2 oz pun aku dh puas ati.Sekali pam dapat lah 7oz.wohoho.

LDR semasa marmet.Ok ni semalam aku baru dpt ilmu yang baru.Selama aku bermarmet tak penah LDR muncul.Jd ada yang mencadangkan supaya semasa marmet tu kita main or gentel2 sikit nipple supaya rs geli geleman katanya.Tak lama lepas tu nanti barulah LDR muncul.Dan itu memang benar kerana aku dah praktik kan pg td..hehe..Memang berkesan.Thanks sgt2 lah kepada yang mengajar aku tu ye.

Ok lah.itu saja celoteh sy di pagi hari ini.Kalau rajin sy bercerita lagi.Dah bye






4 comments:

  1. ha btul2...sdg kn nk betulkn kedudukan cik b pn leh rs LDR tu

    ReplyDelete
  2. yang tak tahan pasal LDR ni biler susukan anak time sebelum gi keje..dah pakai baju keje cun2..sekali boleh lenjun ngan susu kite biler si anak tetibe tarik kuar..yer ar..memancut2 kan...setengah baju tak nampak sangat kesan susu tu..tp ade baju n kaler yang ley nampak kesan susu biler kering..uhhh...memang terpakse salin baju gak..huhu

    ReplyDelete
  3. makneng follow sini
    jom follow makneng

    alolo comelnye baby

    ReplyDelete
  4. ooh macam tu ye.. kalau kat rumah oklah kan kot terpancut ke bersilat ke, kalau kat luar? kena bawak botol standby ler, dan mengepam.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...