Support JDT Blogger

Wednesday, November 28, 2012

1 2 3 rangkak....

video

Rangkak sama erti dengan merangkak okeh..rangkak ni bahasa2 pasor makcik kepoh.hehehe...Alhamdulillah dah mula lah step merangkak helena 3 4 tapak.Okeh lah tu.Nanti kalau dia dah laju tak terkejor aku kang.Tapi skrg ni dia takdelah hilang ke memana.Kina ni kalau boleh nak orang ngadap dia je lah 24 jam.Yang penting orang tu yg betul2 dia berkenan di hati.kalau org lain yg tak di kenali teman dia main jangan  harap lah.Memang dia meraung kat situ jugak.



Gigi pun dah tumbuh menyusul jadi 2 batang.Aritu sebatang aje.kelako plak aku tengok..hehe..Keletah bukan main lagi sekarang.Kalau bangun tido tu bising jek mulut nye.Mak & Apak lagi membuta dia kul 5.30pg - 6 pg dah bangun.Tensi i tau kalau hari ahad.Dah la satu2 nya hari yg boleh bangun lambt.

Apa lagi nak aku ngumpat budak kecik ni ekk.Oh ha aritu dia ada jangkitan kuman or virus kebende tah kat tangan.Teruk lah jugak.Ni ada gambo ni cer tgk :


Kat idung pun ada jugak.Aku pegi satu klinik ni die just bg cream je.Tp aku tengok camtu jugak je.Pegi plak klinik Yethin .Doktor kata kuman pada alahan ni tak cukup kalau sapu cream je.Kene mkn ubat jugak.Lepas tu baru lah okeh sikit.Sampai demam2 ha c Kina tu.Lepas demam wah die punya melalak merengek tak hingat.Apa kene tah.Sampai g mintak air penerang hati tau.Kina2.

Okeh lah..Nak cita pasal Kina ni kang sampai 7 8 perenggan aku buat kang.Cukup lah tu.Nanti update lagi pasal budak ni.Tajuk cerita merangkak tapi dah masuk cerita lain plak sekali.Lantoik lah.Dah bye

5 comments:

  1. comel je nampak gigi sebatang yang dah panjang. iman pun baru je nak tumbuh sebatang. merangkak belum lagi.tapi meniarap laju kemain..penat nak tangkap.

    ReplyDelete
  2. eh, macam kutil je.. pergi klinik kulit lah kak

    ReplyDelete
  3. annaila pun dah start merangkak, memanjat. huiiii penat melayan kaletah die. tapi gigi takde lagi. hihihi

    ReplyDelete
  4. hah sama la ank kite ni ton....siap sedia jek la kikii

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...