Support JDT Blogger

Monday, January 30, 2012

Akhirnya dia pergi jua

Salam kepada semua, Bapa mertua saya Ramlan B Sugiman telah menghembuskan nafas terakhirnya pada 21 Jan 2012 pada jam 3.30ptg.Telah di kebumikan pada 22 Jan 2012 pada pukul 10.30pg di Tanah Perkuburan Islam Gelang Patah.Bersama-sama sedekah Al-fatihah semoga rohnya dicucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan orang yang beriman.Amin

Bercerita mengenai detik dan saat-saat terakhir arwah rasa macam tak percaya saja.Secara kebetulan saya tinggal berdua dengan En Hanafee di rumah, pada jumaat malam memang sudah nampak lain bila dah di mandikan.Di beri makan pun arwah tak nak.Badan pun panas,saya ingatkan arwah demam.Sapukan minyak semua dekat dahi,dada, picit2 kan kepala.Tetap jugak macam tu.Nafas masih lagi turun naik.

Keesokan paginya.Menjenguk dekat bilik arwah.Nampak macam sudah ok.Arwah dah mula jerit-jerit seperti biasa tangan pun dah boleh gerak,bila saya bagi makan roti pun dia dah mula senyum-senyum macam nak berbual.Lega sikit hati,cakap dengan En Hanafee "bak ni buat cuak je semalam,arini elok je ha senyum-senyum tangan gerak2."Teruslah saya ke tempat kerja.En hanafee sorang-sorang di rumah.

Dalam lebih kurang pukul 2 ptg apabila balik dari ofis, saya teruslah memasak di dapur,tiba2 dalam pukul 3 lebih kurang En Hanafee panggil suruh tengok arwah kenapa macam mencungap-cungap dan lembik semua kaki tangan.Rasa dah tak sedap hati sudah.Saya suruh En Hanafee panggil pakcik kami sebelah rumah.Bila pakcik datang dia rasa kaki tangan dan keluar dari mulut dia "bak kau nazak ni".Ok fine.En hanafee macam tak percaya dan terus angkat arwah ke atas katil.

Nafas tetap juga turun naik.Tapi macam dah tinggal sikit saja.Kaki tangan memang sudah tidak ada respon.Sejurus mak,ya dan akak sampai, dalam 10 minit selepas tu barulah arwah menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 3.30ptg.Saya tidak ada bersama pada masa itu sebab saya tak kuat dan tak sanggup nak tengok dengan keadaan diri yang tengah sarat..Hanya duduk di ruang tamu dan mendengar tangisan dari mereka.Pujuk En Hanafee supaya bertenang.Berjujuran airmata nak menahan sebak.Al-fatihah

Janji Allah tetap ada,dari Dia kita datang dan kembali, redha dengan semua, Yang hidup pasti akan matikan.Cuma bila masanya kita tidak tahu.Hmm...now dah seminggu masa berlalu,cepat betul putaran waktu meninggalkan kita.Dalam sedar atau tidak saja mensia2kan waktu yang ada tanpa membuat apa-apa.hoho....

2 comments:

  1. Al-Fatihah..

    ooo selame ni arwah tinggal dgn maton ke..xtau pun..biasenye cam tu la..bile ade ahli dlm family yg pergi..msti ade yg mngganti..

    ReplyDelete
  2. die baru sebulan lebih tinggal ngn org..rolling tinggal ngn adik beradik lain.Ms kat umah org tu dia meninggal..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...