Support JDT Blogger

Friday, November 4, 2011

Selamat Bertunang Ujang

30.10.11.Tarikh keramat bagi my bestfrenz yang telah melangsungkan pertunangan nya.Congarts ye Ujang.Cantik Norny masa tu.simple and nice.Norny ni kalau siapa perasan dia peserta Mari Menari Musim Ke2..MM Nita.Yang dapat tempat kedua semasa pertandingan tu.Berasal dari Sabah bah.Wah kelas kan jang ko bertunang dengan orang jauh.hehe

Actually Ujang ni adalah bestfrenz sy ms sekolah-sekolah dulu.Memang kami rapat gila.Ada yang menyangka kami ni bercinta.Hahaha.Tak mungkin terjadi lah.Susah nak cakap akrabnya kami dulu.Memang tiada satu perasaan cinta pun yang penah lahir antara kami.Jika kedua-dua sudah berpunya pun, kami masih lagi akan keluar merambu bersama-sama.Naik motor memalam hari melawat kawasan kampung,lepak-lepak dan berkongsi cerita.Tidak pernah merasa bosan dan tidak pernah jemu.Itu lah dia namanya kawan.

Masa terus berlalu.Bila sama-sama sudah sambung belajar dan berjauhan.Kami terpisah sebentar tetapi masih lagi berhubung.Cuma tidak lah close seperti dahulu.Bila sama-sama cuti sem barulah berjumpa kembali.Bergitulah rutinnya sehingga lah ke tahap sy sudah menjadi milik orang.Saya akui pegerakan memang sangat terbatas.Apa boleh buat kan.

Saya tidak ralat saya berkahwin pada usia 27 tahun.Nampak macam sudah lewat kan,tapi masa berharga bersama kawan-kawan memang sampai mati akan saya ingat.Selama sebelum berkahwin saya bebas bersama mereka walaupun sekarang merasakan masih tidak lagi puas dengan semua itu.Dan sekarang barulah   saya membuat pengorbanan untuk meninggalkan kawan-kawan mengelinjang saya dahulu dan menumpukan perhatian kepada keluarga.hehe.

Ok memang sudah lari dari tajuk nampak gaya nya.

Dedicate to Ujang : Weh Selamat menempuh alam pertunangan yang penuh dengan cabaran ni tau.Kamu berdua tu sedang bercinta jarak jauh.Jadi cekalkan lah hati ye dan bwk2 byk bersabar dengan segala dugaan yang mendatang.Orang kata zaman bertunang ni zaman yg menguji pasangan sehingga ke jinjang pelamin.

Congrats dpt tunang yg sgt2 pretty and good looking.Sorry aku tak dapat nak join majlis pertunangan ko ni.Jauh na lahai.huhuMoga kalian bahagia ke hujung nyawa ya.Dah bertunang jangan lupa plak dengan aku ni.Nanti bwk lah aku jumpa dengan norny.Nak jugak aku kenal2 dengan dia.Hehe.Ok lah.Bye2 luv both of u.Muah.


1 comment:

  1. haha..skang dah x boleh mengelinjang kan.ko dah jadi bini orang.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...