Support JDT Blogger

Tuesday, February 14, 2012

Berusaha Menimba ilmu.

Sepanjang perjalanan ke tempat keje td,sy dan En Hanafee berbual mengenai anak-anak sedara kami yang akan menduduki peperiksaan UPSR,PMR dan SPM.3 orang sekali shoot.Maunya tak pening kepala mak dan bapaknya.Hoho.

Mulalah kami mengimbau kenangan silam semasa belajar dulu.Antara saya dan En Hanafee, siapa lagi pandai ye?..hmm kalau ikutkan rekod peperiksaan ,sama je kot lebih kurang.Tetapi En Hanafee akan ckp dia lagi pandai.hmm takpe lah biarlah die berangan-angan dengan kepandaian dia ye.Orang ungkal jangan di layan sangat.Dia je nak menang nanti.haha

Dulu masa SPM, jangan haraplah awal-awal masuk sekolah nak pandang buku 24hours, start belajar and buat nota.Takdenya semua tu.Sibuk lagi dengan berjimba ramba di sekolah.Maklumlah saya bukan masuk sekolah berasrama penuh pun yang perlu di kerah bangun malam study bagai.Nak pulak time tu baru bercintan cintun .Ahaks.Cinta pertama kekdahnya.Haruslah hati berbunga-bunga ye.Belajar pun ntah kemana.

Tapi kesedaran sivik tu sampai jugak bila dah nak masuk tengah tahun.Mula memberi fokus pada pelajaran.Masa tu buat perancangan berapa A yang perlu di skorkan.Bila tgk mcm boleh skor 4A ni.Tapi rasa macam sikit pulak.Jadi try2 nak tambah 1 lagi subject yang boleh skor.Jadi saya buat kata putus nak skor Ekonomi Asas untuk dapat A.Walaupun selama ni kalau pekse ekonomi asas tak penahnyelah dapat markah byk.Setakat lulus je ok.Tapi di sebabkan mencabar diri sendiri.Dalam 3 bln tu saya belajar bersungguh2 untuk subject tu dengan cara baca 1 chapter pastu jawap soalan.Macam2 buku latihan tubi yang saya beli.Semua saya bantai buat latihan dari chapter 1 tu.Sampai dah naik hafal jawapan.hoho.Lepas tu beralih ke chapter 2 pun sama.Lepas baca dan paham cuba jawap soalan untuk chapter 2 tu dari semua buku latihan hinggalah kesudahnya.Tak cukup dengan itu,cari buku soalan orang lain pastu ajak kawan jawap sesama berlawan tak salah masa tu yang selalu jadi mangsa Azizi.Dia je yang rajin layan saya masa tu bab2 ni walau dalam keadaan terpaksa.hehe.So apa yang saya dapat masa SPM untuk Ekonomi Asas itu.Of course lah A1.haha.Bangga dengan diri sendiri jap.See, tak susah kan nak belajar.Masa ambik result SPM tu, Pengetua, Puan Hajah Sham(yang ajar kitaorang Ekonomi Asas) tanya,awak halimaton ye?..tahniah dapat A1,hanya 3 pelajar je yang skor A1 untuk subject tu.Acecece..bangga kejap.2 orang tu dah tentunya budak pandai yang rajin belajar.Saya?...baru tegedik2 belajar tapi atas daya usaha sendiri akhirnya dapat jugak.

Tak susah kan nak belajar.Apa yang penting adalah usaha untuk menimba ilmu itu.So kepada anak2 sedaraku yang nak pekse besar tahun ini and terbaca blog ni.Cuba awak usaha macam apa yang Mak Teh buat.InsyaAllah.Banyakkan buat soalan kalau malas nak baca buku ye.Pasti berhasil.Harap maklum.(Eh korang baca ke blog Mak Teh ni ek)..hahaha...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...