Uhuk..Akhirnya berakhir sudah PRU 13 semalam kan.Alhamdulillah rasanya tiada apa rusuhan yang berlaku di sekitar kawasan mengundi yang aku tau lah ea... CUMA berlaku sedikit provokasi di kawasan Gelang Patah apabila puak2 DAP n BN (yang aku nampak lah sebab bendera diaorg berkibar2).Nak tnya kang banyak pulak tambahan cerita.Jadi dapat lihat sahaja lah sebab semalam jem bila aku nak balik umah..huhu... Tapi aku rasa tiada kemalangan jiwa berlaku cuma turunlah juga FRU untuk menjalankan tugas mereka.
Dulu Gelang Patah ni penuh kawasan semak samun hutan rimba.Masa aku belajar kat Segamat dulu bila mana mbr2 yang asalnya dari Johor pun tak tau Gelang Patah tu kat mana.Kalau tau pun cakap "Ooo kawasan yang ceruk dunia tu ea"...Yelah ceruk dunia.Kawasan kau yang setinggan tu takde plak aku nak cakap.huhu..
Tapi tu suatu ketika dululah.Lihatlah kini...Cewah....Macam2 ada.Legoland pun ada, kawasan pelabuhan pun ada..Jambatan yang sambungkan second link pun ada...Jadi sebagai anak jati Gelang Patah ni berbangga lah dengan tanah tumpah tempat lahir...I is lahir kat umah okeh dulu...dekat kampung ladang Gelang Patah..hehe
Jadi pada PRU 13 smlm nampaknya telah memihak pada DAP aka Lim Kit Siang bertemu lawan nya bekas mantan Menteri Besar Johor Datuk Abd Ghani Othman.Jadi sekarang Parlimen Nusajaya telah di rampas oleh Parti Pembankang DAP setelah sekian lama bernaung di bawah BN.
Apa perasaan aku?....AKU REDHAAAAAA....Sedih ada....Sayu pun ada.....Tak tau mana pergi orang melayu ni...Nampaknya cina dah memonopoli ..Malas nak cakap banyak.Silap cakap kang ramai yang akan menjawap.Kita tengok sajalah apa perubahan yang akan di bawa nanti.Jangan Melayu hilang di Gelang Patah sudah.
Macam nak nangis dengar sajak ni...: ( ..Aku tak tau tempat korang macam mana keadaan..Tapi kami kaum melayu di Gelang Patah (maybe segelintir) semua rasa sayu dengan kemenangan DAP.
Sekian.Wasalam.
:)
ReplyDeletesaya buat kajian, bukan kaum china sahaja yg undi DAP tp kaum melayu di sana pun undi DAP jugak...sayu betol...bagi yg tak tau akar umbi n stakat follow kawan2 je menyokong satu2 pihak mmg boleh berkata apa2..mmg saya sgt simpati dgn golongan yg mcmni..hurmmm banyak agenda tertentu kenapa lim kiat seng memilih GELANG PATAH!
ReplyDeletesaya masih muda, tp saya bergaul dengan org yg lebih berusia..dari situ saya dapat lihat bagaimana jati dirinya org2 dulu2, org2 lama tetap teguh mempertahankan bangsa mereka sendiri.
rambut sama hitam, tapi hati lain2!
saya pun sedih walaupun saya bkn org johor, melaka atau sewaktunya.. saya org KL.. so paham2 lah.
ReplyDeleteADUN kawasan saya sejak sebelum PRU 2008 lagi dah beritahu yang Cina2 DAP dari negeri2 lain beramai2 daftar sebagai pengundi di kawasan2 strategik kat Johor. Pelan mereka memang nak tawan kawasan2 strategik dan pesat membangun. Lim Kit Siang takkan turun bertanding di Gelang Patah kalau dia tak yakin akan menang. Perancangan mereka dah lama, saya pun kesian jugak dengan Ghani Othman sebab dia seorang MB yang rekodnya bersih, dan banyak bawa pembangunan terutamanya area Gelang Patah tu lah. Kalau nak tau Gelang Patah tu dulu kawasan hitam komunis, pekan ceruk tak ada orang peduli. Bila pembangunan dari JB semakin tersebar, Gelang Patah pun membangun sekali, sekarang makin pesat sebab dekat dengan Iskandar Malaysia.
ReplyDeleteSaya harap la kemenangan DAP kat sana membukak mata orang Melayu/Islam supaya lebih peka dengan perancangan mereka. Orang Melayu setakat gempak bertengkar kat gelanggang politik, tapi isu2 yg besar macam ni ramai yang tak ambik tau.