Support JDT Blogger

Monday, May 27, 2013

En Hanafee Aka Ayah Kina Jarah Aka Laki Saya

Lama tak ngumpat pasal ayah Kina kan.Asik lah bercerita pasal anak saja tak sudah.Jadi mari kita bercerita pulak pasal apak.Hakhak

En Hanafee ni memang susah sikit nak lekat kat rumah.Ada je benda di buat.Mancing , berbasikal dan berkonvoi motor tu je lah kejenya.Nampak macam baru 3 benda je kan dia buat, macam tak banyak kan.Cer kau suruh dia buat list schedule untuk setahun.Maunye beratur penuh kesana kemari.

Aku relakan je hobi dia tu.Kekadang dalam hati membebel jugak.Tapi bila pikir dari dia buat benda bukan2 baiklah pergi penuhkan aktiviti mu itu dengan benda berfaedah ye.Kalau duduk rumah kang aku di ringsekan nye suruh melayan dia.Jadi pergi lah kandaaaaaaaa..................

           
Hobi memancing ni memang dari muda belia lagi.Dulu ayah dia nelayan.Tapi jarang nak ajak anak kelaut.Jadi anak belajar lah sendiri memancing....Jadi laut dan En Hanafee tidak dapat di pisahkan..Dulu berenti kejap hobi ni sebab aku ngandung.Tapi after tu dah takde pantang lagi dah.Tau2 kang senyap2 cakap pergi mancing kat kolam lah kat sungai mana tah di susurnya kat kampung tu..Mancing ikan takpe, jangan mancing orang....Kalau tak siap kau napi..hahaha


Ni kat ladang sawit orang pun jadi keje.Mancing ikan haruan katanya.



Adakala rezeki dia murah bila turun ke laut memancing dalam bot.Dapat ikan besar muka berseri je kalau balik rumah.Cer tak dapat ikan, muka ngalahkan asam kecut.hehe



Okeh ni hobi masa dia baru berjinak-jinak keje kat MALAKOFF.Mula2 ikut kawan2 saja suka suka if tak silap aku lah.Pastu lelama jadi minat dia pulak.Banyak kali join charity ride tiap tahun dan semalam baru je balik ke pangkuan keluarga setelah 3 hari mengayuh & duduk dlm HILUX dari JB ke KL.Jadi aktiviti saya dan Kina adalah duduk di rumah pada waktu cuti wesak lepas.SEDIH.


Poyo boleh tahan.Eh tapi dia handal tau mengayuh.Nampak je kecik budak ni.hehe


Orang kuat yang selalu hasut dia berbasikal ada di belakang En Hanafee...Kiki


Next hobi is bermotoran.Eh betul tak ekk.Ha minat yang ni aku tak tau mana datangnya.Yang aku tau dia beli superbike ni masa Kina baru je 2 bulan beranak.Tak hagak-hagak orang tua ni tau.Tapi sebab semua menggunakan duit dia jadi aku cuma jadi tukang izin je lah ye.

Bila ada superbike ni lagi lah dia tak lekat umah.haha.Tiap malam kalau aku balik keje tengok dia baik semacam je tersenyum-senyum tergurau-gurau manja dan bertanya manja-manja guna msg "Malam ni ada nak kememana tak?"...ha tu aku dah paham sangat lah tu.Tak lain tak bukan dia nak pergi jumpa geng2 motor lah tu.huhu.....Dulu masa mula-mula aku macam nak berangin jugak dia asik lah kuar malam, aku jugak dengan Kina tinggal 2 beranak kat umah kan.Tapi lelama aku menredhailah sekali lagi.Sebab lepas tu mesti dia akan ajak kitaorg pegi jalan-jalan pulak.Hehehe...Kira fair lah pembahagian waktu tu kan.


Dia suami ku.Kalau heheagak nampak flat motor ni kat jalan raya dan bunyi mcm ribut tu En Hanafee lah orang nya


Geng2 motor.Ada saja aktiviti kesana kemari.

Okeh lah...Panjang melebor dah.Ada masa kita bercerita lagi ye.Jadi pada sesiap kalau nampak saya pergi keluar kemana-mana tanpa En Hanafee tu jangan pandai-pandai buat spekulasi pulak ye.Sesungguhnya Laki saya tu jadual sangat lah padat.Lain kali macam nak suruh dia ampal schedule dalam bilik.Sebab kalau nak ke mana-mana kene cop dia cepat2.

Macam malam ni ada main boling pukul 8.30mlm.Kurang-kurang kene cakap seawal jam 10.00 pg.Hahaha..

Dah bye.












2 comments:

  1. bagus la u..kalau erna mesti dah pot pet pot pet. hehehe..

    apapun betul macam u cakap..daripada suami kita x senonoh ke mana. dah tentu kita tahu suami kita ada hobi :)

    **kina comel. even tak drop comment tapi rajin membaca entry awk juga tau :)

    ReplyDelete
  2. hihii.. saya susah hati kalau suami tak lekat di rumah kak

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...