Gambar setahun lalu.Kalau siapa mengikuti FB aku dan masih ingat lagi pasal Harith aka OYES ni.Aku hantar dia pergi buat assessment tentang perkembangan diri dia yang masa ni umur dia dalam 2 tahun 4 bulan macam tu.
Biasalah mak-mak ni, rasau pasal anak bila mana perkembangan dia tak seperti kakak KINA.Masa n oyes tak lagi bercakap.keluar pun sepatah 2 je dari mulut.Lain dia diam je.Suka main sorang-sorang.Bila campur dengan sepupu sepapat, lain orang main lain pulak dia main.Last-last mesti menyorok bawah tilam kecik dekat bilik.hahaha
Tekun betul kalau menghadap sesuatu benda macam lego ke . kereta ke, dia main lah senyap tapi kadang ada juga bunyi enjin kereta tu..hehe.Main dengan kakak asik keje membuli je.Akaknya tu dah lah kaki meroyan.hahaha.. Stress mak ko
2 3 kali ayah dia cuak bila panggil tak menyahut dekat rumah.Ingat dia main tengah jalan ke pergi ke mana.Rupanya tercongok dekat beranda depan rumah duduk diam2.Ayahnya terpekik manggil macam apa dah.
Tu antara yang kitaorang risau masa tu pasal Harith ni.Tertanya dia ni kenapa.Takut ada ciri-ciri autism yang kita tak tau.Jadinya kitaorang pergi ke INDEBRAIN THERAPY CENTRE IMPIAN EMAS ni untuk kepastian.Firstly mak bapak akan di soal selidik terlebih dahulu ye.Dari kita mengandung, beranak, sampai kan lah dia membesar.Macam-macam soalan sebab dia mahukan info dan relatekan dengan budak si Harith.Lepas tu dia kan ambik masa setengah jam untuk bersama dengan Harith dalam satu bilik untuk uji dia .Masa ni mak bapak sila keluar ye.
Result? Harith Zaheen bebas autism.Cuma dia ada masalah kepada sel-sel otak kurang berhubung SPD (Sensor Processing Disorder) . Maksudnya dia punya information tu lambat sampai sebagai contoh "Harith buangkan pampers" . Arahan tu dia lambat untuk catch up.Maybe pada pendengaran dia cuma dengar pampers saje. Jadi kene cakap berulang -ulang banyak kali sampai lah dia dapat tangkap yang kita ni suruh buang dia buang pampers.
Sekarang Oyes ok ke?Allhamdulillah beransur ok.Umur dah 3 tahun 2 bulan .Take time jugak.Cakap masih pelat.Dah tak pakai pampers tau .Kencing belari pegi bilik air.hehe.dah selamat aku hantar pergi sekolah untuk dia bergaul dengan kawan-kawan.Nak kan dia biasa bercampur, bermain dan bercakap dengan kawan-kawan.
Ok panjang nampaknya entri ni..Mihmih.Kita tutupi dengan gambar Harith Zaheen latest ye.
Muka berlagak
Information :
INDERBRAIN OCCUPATIONAL THERAPY CENTRE
5A JALAN IMPIAN EMAS 5/2
TAMAN IMPIAN EMAS 81300 SKUDAI JOHOR
012 794 5212 (Puan Syikin)
"31 Days Challenge By JDT Blogger"
Days 2
Jangan lupa like page JDT Blogger yer dekat FB.
Bai
tahniah dah sampai ke pusingan kedua. yaya cendana telah mendahului anda.. sila ke sini untuk komen :D
ReplyDeletehttp://www.yayacendana.com/2017/01/31-days-challenge-by-jdt-blogger-day-3.html
saya ada anak spupu yg lmbt ckp... tp alhmdulillah dia sihat cam org biasa...
ReplyDeletethanks join tau.. jangan lupa komen entry org lain skli ya jgn sombong2 :)
semoga Oyes beransur baik :)
ReplyDeletecomel je dia
* a visit from: http://edrinazulkafli.blogspot.my/2017/01/day-2-gambar-setahun-lalu.html
maaf bertanya...berapa ya yuran nya nak masuk pusat tu...
ReplyDeletemasa ni saya buat assessment utk dia je dulu..RM180 masa tu tahun 2016
Delete