Dikala Kina berumur 4 tahun, kitaorang plan nak sekolah kan dia atas desakan dari maknya.kiki. Yelah dari duduk melepek kat umah nenek membuat kacau, jadi ada baiknya hantar sekolah yang sekejap cuma tu.Dapat jugak belajar apa patut ye tak.
Hari first ke sekolah..Muka dah cuak dah.Nasib nangis sikit jek.Bila ambik balik sekolah nampak mak terus berjurai lagi airmata
Ada jugak yang tanya dan cakap-cakap "Awal na nak hantar anak sekolah" .Ikut pada pandangan sendiri lah ye. Pada pandangan saya bagusnya budak sekolah awal-awal ni biar budak cepat dapat ilmu, biar cepat kenal huruf dan biar cepat dia membaca.Bila semua cepat maksudnya nanti makin cepatlah dia tahu tentng sesuatu (melalui membaca). Tapi if ada ibu bapa yang mengajar anak mereka kat umah pun bagus jugak dalam usia bergini.Diriku ini tak berkesempatan nak mengajar..huhu.. ajar mana yang tahu jelah..Bab hadis ke doa ke apa ke..Mak memang tak berapa nak lulus sangat.Jadi ku hantarkan je ke sekolah.
So far Allhamdulillah, Pasti Ar Rahman yang terletak Di Kampung Ladang Gelang Patah Johor is Ohsem..Ada 3 kelas....4 ,5 dan 6 tahun kelas asing ye...Jadi pembelajarannya ikut pada peringkat umur...Cikgu semua ramah tamah + ada sikit kegarangan..hahaha dan rajin update aktiviti anak kat group Whatsup... Aku kan anak first yang sekolah jadi kejadian keterujaan tu memang lebih.Nak kata terbaik sangat tu tak de lah sebab sekolah lain pun ku tak cuba lagi.hehe. Tapi kalau ikut kan perhatian mak nya selama hampir 8 bulan ni PASTI Ar Rahman tidak mengecewakan.
Adeeb pun sekolah sama dengan Kina
Best ke pembelajaran ? Aku suka je sebab sekarang Kina dah hafal banyak hadis dan dah pandai sembahyang. Maksudnya dah pandilah masa sembahyang tu apa kene baca, apa kene buat.Surah pun dah banyak hafal, huruf , nombor eh semua lah.So perkembangan baik untuk diri dia. Dekat Pasti ni banyak tekankan ilmu agama.Jadi kita ni kan kekadang tak sempat sangat nak ajar diaorang bab tu, tapi bila diaorang dah pandai kita rasa bangga pulak..Hari tu ada peperiksaan untuk pertengahan tahun.Memang aku jadi mak tiri kejaplah pengajar Kina ni.
Setiap kali balik dari pekse dia kata ok je jawap soalan.Eh confident betul.Tapi bila tengok kertas jawapan pekse dia Allhamdulillah ok.Semua lulus.Dapat 1 je B iaitu SENI.Ok lepas ni mak akan tekankn ajar skill seni plak kat Kina.heee
Aktiviti?Macam-macam aktiviti ada, sambutan hari sukan, sambutan hari guru, sambutan hari raya, .Banyak lah..cuma belum ada lagi buat masa ni lawatan ke mana-mana untuk mereka ini.
Hari sukan ritu.Kina pasukan merah (LOTUS) .Dapat juara lagi.Hehe mak2 bersorak lebih dari anak..kiki.Maskot yang gambo kiri tu aku yang cipta ye..ekeke
Lain-lain apa lagi ekk?.. Oh fee dia ye. Yuran masa awal masuk haritu dalam lingkungan RM500 include Uniform 2 pasang, buku-buku, alat tulis, beg.Tapi mak-mak boleh je beli beg lain, alat tulis lain, kasut sekolah ( tak pakai pun takpe).Monthly kene bayar RM100.00, tiada makan ye.Makan kene bawak sendiri.
Kina dan Tiger berpisah tiada.
Hari-hari antar dia pegi sekolah.Korang bolehlah ye bayangkannya.Nanti next time pulak cerita hal Kina ke sekolah.
Dah bai
great moment
ReplyDelete