So pada hari cuti itu aku telah memaksa En Hanafee untuk membawa anak2 pergi berjalan atas sebab dia telah meninggalkan kami selama 4 hari pegi ride ke Fraser Hills.Plan asalnya nak ke Country Garden kt Danga Bay tu.Memang tak penah jejak ke situ pun , tgk org ambik gambo mcm cntik2 je.
Sebelum kesana tu kitaorg sarapan dulu, pepagi hari dah keluar berjalan sebab malam kang En Hanafee kerja
Jadi dalam perjalanan nak pegi ke tempat di tuju tu En Hanafee kata nak singgah Danga City Mall kejap nak beli barang.So berjalan lah kejap dekat situ...Tengah jalan-jalan tu ternampak lah pulak satu shop lot ni tulis Kids Room, dari luar pintu kaca tu dah nampak dah mcm2 mainan ada..Si Kina nampak pulak , dah dia ngajak masuk nak main..
Kidz Room
Kene buat pendaftaran.Sorang budak RM20.Kecik macam Harith pun kene bayar okeh.Pastu masuk kene pakai stokin.Kalau tak bawak kene beli kat situ RM3/sepasang.Mak apak kalau nak masuk tak kene bayar.Tapi kene pakai setokin jugak.Jadi kami2 tak bawak setokin kene lah bayar rege sam jugk RM3/sepasang.
Ada banyak section kat sini :
Ni mainan2 boleh main tapi dengan cermat ye.Broken consider sold katanya.
Ada kete boleh bawak g jalan2..haha.Harith jadi penumpang je..Kakak tukang bawak kete.
Ada tempat mainan masak2.Ni yang kina suka...Kat tepi2 yang macam dalam bakul tu ada buah2, kat atas rak2 tu ada roti ada kek.Jadi diorg boleh lah shopping dulu sebelum memasak.Jadi aku tukang jadi casher kira.Kina kata tak bawak duit.Kira utang jelah..haha..Apa pun tak boleh Kina ni.
Ni tempat untuk membaca buku.Buku ada kat rak2 tu...So kalau rajin nak membaca boleh lah duduk situ.
Yang ni tempat untuk menulis .Ada papan hitam n kapur..Pun Kina tak berapa nak minat sangat kat sini..Conteng2 kejap lepas tu lari g tempat lain.hehe
Ni tempat untuk rehat2 tengok tv...Boleh tengok cd je kat situ.banyak cd katun.Ada hi5 jugak.Tapi di sebabkan anak2 aku tak suka tengok katun memang tak bukak lah untill Kina nak susu baru aku bukak tv..Eh bukan aku aku suh org tu bukak sebab aku tak pandai..hehe.
Pastu last2 Kina melelapkan matanya di situ.Sabo je lah..Penat sangat lah tu.Gelang yang kat tangan Kina tu jangan hilangkan pulak ye..If ms tgh main tu kalau rasa lapo nak makan boleh lah pg makan.Pastu nak masuk balik pun boleh asalkan gelang tu lekat kat tangan.Kira boleh keluar masuk sampai lah ke petang..hehe.
So niat di hati nak pergi ke country garden tu di batalkan lah ye...hehe..Seronok jugak main kat sini sebab masa tu tak ada org pun kat dalam yang join main..Cuma masa dah nak dekat balik ada sorg budak baru masuk .
Si kores tido masa time nak balik dalam kete.Menetek kejap terus senyap pengsan.Penat na lah gamaknya..hehe
seronok gak kan
ReplyDelete