Support JDT Blogger

Friday, September 23, 2011

Am I ?.......

Lama berdiam dari menulis rupanya.Setiap hari bukak blog tapi just pg BW ke merata tempat.hehe...Ok berbalik kepada tajuk di atas, Am I?..wah tajuk nya.bukan main lagi ye.

Sudah hampir hendak menjenguk ke angka 5 bln perkahwinan kami.Rata-rata bila jumpa rakan taulan ..sedara mara akan mula bertanya...Dah ada ke?..Soalan wajib ok kepada sesapa yang baru berkahwin?..Lagi pula musim raya haritu bantai berjalan kemana2.Jadinya memang akan dimana2 saja lah org akan bertanya.

Isu ini akan menjadi sensitif kepada yang masih belum di kurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata.Jadi kepada semua jangan lah di tanya lebih2 atau di persoalkan atau di perlekehkan lebih2 juga ye.Siapa lah yang tidak mahu menimang cahaya mata dari benih sendiri.Saya selalu mengikuti blog2 TTC yang saya follow.Adakala sedih juga bila berbagai usaha yang mereka lakukan tapi masih belum berjaya.Tapi saya sgt berbangga dengan mereka kerana tidak penah jemu utk mencuba dan rasa terharu sangat apabila baru2 ni 2 org rakan TTC telah berjaya dengan usaha gigih mereka.Tahniah...

So berbalik kepada tajuk di atas....haha..berapa kali la nak berbalik2 kan...Bila org bertanya kepada saya sudah ada ke?..And my answer is...................


v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v



                 Yes i am....alhamdulillah....

now is around 15 weeks.Doakan ye kawan sekalian moga di permudahkan segalanya.


1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...