Support JDT Blogger

Thursday, April 5, 2012

MY LITTLE PRINCESS - HELENA ZAHRA MOHD HANAFEE

Salam semua...sorry lah ye lambat cket update..Presenting my little princess picture


Name : HELENA ZAHRA BT MOHD HANAFEE
My Birthday : 18 MARCH 2012
My Weight : 3.1 KG
My Length : 51 CM
Time : 0312
Location : PUSAT PAKAR SAKIT PUAN DAN PERBIDANAN KHOR & LOH SDN BHD


Pengalaman bersalin nanti sy ceritakan ye..Nak kene ingat byk benda n mengarang cket2 ni..hehe

Tuesday, March 13, 2012

40 weeks 2 days

hmm masih tiada tanda lagi..baby syok kot dlm perut mummy ye...tiap mlm En Hanafee tanya bila baby nak kuar...huhu..tak tau lah syg....

dah puas jugak berjalan2 utk cepat kan bukaan.tapi nampaknya masih belum berjaya.Hari ahad ritu sy check di khor & Loh.Doc bg masa seminggu or die kata bila2 pun bleh induce sbbb baby dah matang.Tapi seeloknya biarlah dengan sendirinya sakit itu dtg.So sy akan menyerah diri pada sabtu ini 17.3.12 nampak gayanya.

Takpelah...biar lambat asal selamat.hehe..baby mummy tak sbr ni..cepatlah lompat keluar..hehe

Wednesday, March 7, 2012

Menanti dan Terus Menanti

39 weeks 3 days sekarang.Bila2 dah boleh deliver.Puas jugak menanti kedatangan orang baru ni.Sampai sendiri jadi stress.Haish.Tak baik cakap bukan-bukan kan.

Tp sy rasa down sekarang.Mungkin pikirkan macam2 agaknya.Berbual jugak dengan En Hanafee semalam.Dia diam aje.Maybe tak tau nak cakap ape kot.

Baby nak mummy pujuk cmne ekk supaya awak kuar cepat.Berbual jugak dengan awak.Tapi cam takda apa2 berlaku pun..Ke sebab mummy dah tak larat sebenarnya.Tapi tak nak lah dok mengeluh panjang je.Haish ape aku merepek2 dah ni.

Ok lah..kengkawan doakan saya ye semua.Moga di permudahkan segalanya.

Friday, March 2, 2012

Muhammad Adeep Irfan In The House


Alolo tomel2 sorang ni ha..Setelah berkampung selama 40 minggu 4 hari didalam perut ibu, lahirlah Putera Sulung kepada pasangan Norizan & Muhammad Arif ni pada 1 March 2012.Tahniah lah ye untuk kamu berdua.Lengkap sudah kehidupan.

Ok meh sy cerita sedikit kronology kelahiran budak kecik coit ni.Pada pukul 4.30am (1 March 2012) Puan Norizan ada sms sy ckp dia dh masuk wad bukaan dah 4cm.Ok saya pulak yang rs tak boleh lelap dengan sms itu.Tapi mcm biasa bila kita sms balik tanya itu ini sudah senyap nampaknya tak berbalas sms ku itu ye.Tapi saya memahami.

So di ofis sy tertunggu2 juga bilakah masanya yang sy dpt tatap wajah baby ni.Tapi masih juga tiada kabar berita.Sedihnya.Sampaikan awal pagi 2 March 2012 sy tengok masih belum ada sms dr Puan Norizan ni.Dalam hati dah pikir memacam.Lamanya Puan Norizan ni sakit untuk bersalin.Bila pikir mula rs seriau dtg.

Paginya tiba di opis terus on FB sebab En Hanafee kata Puan Norizan ni dah selamat bersalin.Terus je check profile Norizan n ternampaklah wajah si kecil ini.Hehehe.Macam muka ammar pulak(anak saudara Norizan).Terkenan kot sebab Ammar selalu melekat je dengan Mak long die ni ha.

So pg td call terus Puan Norizan ni bertanya khabar.So die pun bercerita yang die kene operate.Alahai lagi bertambah seriau dengar.Sebab di operate adalah bukaan dah sampai 7cm pada pukul 4.30 ptg tapi tak berganjak2 dah.Bukaan berhenti setakat itu sahaja.So bila check keadaan jantung baby sudah lemah dan kata putus di ambil dengan melakukan operation.Dalam pukul 5.30pm lahirlah Putera Muhammad Adeep Irfan ini dengan berat 2.7kg pada 1 March 2012..Hoho.Bergitulah kisahnya..Untuk keterangan lanjut sila tanya tuan punya badan ye.

Hmm lepas sudah BFF saya sorang ni.Jadi sekarang tunggu my turn sajok lah ye....10 days to go.dup..dap..dup..dap

Tepek cket gambar Mak Bapak kepada Si comel Adeep ni :



Saturday, February 25, 2012

Amalan Untuk Memudahkan Bersalin

Now dah masuk 38 weeks.Dup dap..dup dap...Baru tergedik-gedik nak cari amalan-amalan untuk memudahkan bersalin.So En google byk membantu di saat-saat kita nak mencari info ni.Meh saya share kan.


  • Banyak kan berjalan.tidak kira lah nak berjalan ke mana pun..asalkan kaki ni menapak ke depan ye.Keliling rumah pun boleh smbil2 tu boleh lah buat2 jirus pokok bunga ke..memerun sampah ke..mengais sampah ke..asalkan nampak aktif.
  • Kekerapan bersama dengan suami.Mengikut sumber sperma merupakan pelincir terbaik untuk proses melahirkan.
  • Gunakan tangga untuk menguatkan otot2 kaki supaya dapat membantu semasa proses pelahiran nanti.
  • Amalkan minum minyak kelapa dara setiap hari dalam 5ml.Mula minum bila kandungan nak masuk 6 bulan.Digunakan sebagai pelincir juga.
  • Amalkan membaca ayat bismillah enam setiap khamis malam jumaat.Di baca 7 kali dan di hembuskan ke air minuman atau air utk mandi.Sebelum baca ayat bismillah enam tu selawat lah dulu ke atas nabi dan baca ayat kursi ye.
Ok selamat mencuba.Time kasih di atas info yang berguna yang saya dpt dari en google ni ye.bye


Friday, February 24, 2012

Bagaimana Rasa Kontraksi Dan Tanda2 Baby Sudah Mahu Keluar?

Confius sudah ok.Maklumlah ini adalah kali pertama,jadi sebarang tanda yang wujud menimbulkan kekeliruan.Keliru dari segi kontraksi yang adakala menyerang tapi sudah macam chipsmore.Kejap ada kejap hilang.Keliru dari lelehan vagina di panty liner tu,adakah ianya air ketuban kebocoran atau memang lelehan vagina yang bertambah.kan?

Ke sebab saya terlebih xcited sampai tak boleh nak bezakan semua itu ekk...ekeke....Saya cedok info di baby centre td lebih kurang macam ni lah dia kata:

Simptom melahirkan ni adakala berbeza untuk setiap wanita.Tetapi boleh lah kita rujuk 1 atau lebih daripada 5 perkara2 berikut yang kebiasaannya akan berlaku kepada ibu-ibu yang dah sampai tahap baby mahu melompat keluar ye..hehe..:

  • Serviks jadi lebih lembut ,nipis dan akan mengembang.
  • Berlakunya kontraksi pada tahap yang kerap.
  • Mungkin mengalami sakit di bahagian pinggang belakang dan berlaku kekejangan
  • keluar sedikit darah bercampur lendir serta kontraksi
  • Keluarnya air ketuban

Ok itu info saya dapat dari baby centre ye.Info yang saya dapat dari pengalaman kawan2 terdekat :

  • Perut mengeras dan kejang selama beberapa jam yang boleh buat dia tersandar tepi dinding.
  • Perut memulas-mulas rasa macam nak berak, kebetulan esok nak checkup tgk2 dah bukak 4cm.
  • Keluar darah dan lendir campur kontraksi.
  • Keluar air ketuban cket2 n lama2 byk.

Ok itu jek lah.kebanyakkan nye perut memulas2 yang saya dengar dari pengalaman kawan-kawan.Sy sering kali mengalami keadaan perut memulas2 ni.Tapi memulas2 sebab memang nak keluar isi ye.Lepas tu terus ilang.Confiuskan.hehe..

Tambahan info lagi, untuk mengetahui tanda2 baby sudah hampir ke pelvis adalah:

  • Kurangnya rasa pedih ulu hati
  • Lebih mudah bernafas
  • Merasakan tekanan yang meningkat di bawah abdomen 
  • Membuang air kecil lebih kerap dari selalu
  • Merasakan bebanan di bahagian bawah dan sukar untuk berjalan

Abaikan kalau ayat tunggang terbalik.Bye...

Saturday, February 18, 2012

Kelengkapan Baby Hampir 90% Siap

Usia Kandungan sekarang sudah hampir memasuki 37 weeks.So bila2 masa je dah boleh meletup dah ni.Menunggu dan terus menunggu sajalah.Kelengkapan baby pun hampir siap.Beli sedekit demi sedikit.Kira berjingkit-jingkit lah ni.Dari usia kandungan saya masuk 28 weeks baru saya tergedik-gedik mencari barang2 baby nih.Alhamdulillah nasib baik sempat ye.Jom tgk apa je barang yang sy dah beli nie.


Ni barang pertama yang saya beli di Jusco Bukit Indah.Kelakar kan.Tak tau nak beli apa.Last2 sambar benda ni je.


Ni untuk keperluan penyusuan.Saya beli barang ni di KC DREAM(sila search di FB ye).Saya rasa antara yang termurah yang penah saya dapat.Untuk Honey Tinted Starter Set Avent tu dia jual dengan harga RM150.Harga di pasaran RM249 ye.Untuk Avent Manual Breast Pump Honey Tinted saya dapat harga RM170.Harga pasaran RM289.Murah kan...apa lagi serbulah kesitu ye.eh dia ada blog jugak sila klik di sini http://kcdream.blogspot.com/


Baju-baju ni saya beli di Singapore semasa merayau-rayau berempat yang takda hala tuju tu.Ingat tak..hehe.Ni je dapat.Sale yang tak berapa nak sale sgt lah.Boleh lah.Ada murah ada mahal.Tapi cam mahal je.huhu...Layan je lah dari tak beli apa kan.



Antara barang-barang yang dibeli,campur2 ni.Ada beli kat angsana,Jusco dan kedai 2 Ringgit jugak.Setakat ni pampers yang ada cuma tu je lah.Tak tambah2 lagi.Macam nak try gak beli mamy poko dgn pet2 tu.Saja nak test keserasian baby nanti.Mintak2 yang murah lah berkenan di bontot kamu nanti ye wahai anak.hehe.Besen tu beli kat kedai 2 ringgit tapi harga bukan 2 ringgit ye,harganya RM18.00.Murah lah jugak.Emm beg jenama Fify yang comel tu harga die RM29.90.



Ok ni set mandian baby.Saya beli jenama Sebamed untuk shower,lotion and shampoo.Sesuai untuk kulit baby yang sensitif.Powder saya beli baby Jonhson and untuk cream rash saya beli drapolene.Botol besar tu strech mark lotion Coco Butter untuk saya yang sememangnya dah ada strech mark ni...:(..sedih tau


Apakah ini?..Bulat2 jek...huhu..Ni namanya Nursing Pillow.Untuk memudahkan penyusuan baby nanti.Caranya kepit je kat celah perut ye.Seperti gambar di bawah.Memudahkan bagi kita mummy2 yang baru nak belajar breastfeed baby nanti.Saya beli ni dengan harga RM59.99 secara on9 di http://www.enjoybreastfeed.com/.Ni jenama Bumbble Bee ye.


Comel je lahai baby ni duduk kat nursing pillow.



Cooler bag jenama jingle jungle saya beli dgn harga RM23.00.Standard kot harganya.Ada macam2 warna.En Hanafee kata amik warna hitam...Baik.....


Baby cot ni saya rembat dekat Rengit.Kira yang second hand punya lah ni.Barang2 bundle dari Singapore.Harganya RM100.00 je.Murah kan.Kualiti pun masih ok lagi.Kalau yang baru tak silap dalam RM299.00.Tilam tu saya beli asing.Tak salah harganya dalam RM50.00 di kedai perabot.Saya suka baby cot design yang macam ni supaya senang untuk di adjust kedudukan tilamnya nanti.


Comel tak 6 helai barut saya yang tergantung tu?Saya beli 2 size S,2 size M dan 2 size L.Campur2.yelah nantikan baby membesar cepat.Pasti yang S tu tak muat.Ye tak.Saya beli secara on9 juga di http://mybabycomel.com.Jahitan yang sangat kemas.Harga berpatutan dan penghantaran yang sangat cepat sampai.Untuk 6 jenis barut ni harganya adalah RM30.20.Ni saya pilih yang kain jenis cotton flannel.Kain dia sedap sikit.Untuk warna plain yang mcm warna biru tu die ada turun cikit warnanye.Jadi berhati2 cket jika membasuh ea.



Koleksi baju yang ada.Beli cikit2 dan berjingkit2 dengan mengawal nafsu serakah.hehe



Keadaan bilik yang dah saya kemas dengan kelengkapan baby ni.Cantik tak rak tingkat ni.hehe.Harganya RM35.00 sahaja ye anak-anak sekalian.Cukuplah untuk isi segala khazanah tu.Dan ada juga saya beli kotak2 untuk isi keperluan or stok2 yang ada supaya nampak lebih kemas.

Ok sudah panjang lebar juga.Berdebar menunggu hari ni.Tapi bila tengok barang2 sudah tersusun rapi mcm ni lega lah cikit hati ini ye.So selamat membaca dan mencedok ilmu.bye





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...