Support JDT Blogger

Wednesday, August 15, 2012

Wordless Wednesday 6


Sy yang copong yang nak masuk usia 5 bln .Ni gambar latest sy.Rindu sy tak?..hehe

Friday, August 10, 2012

Kasut Raya Helena Zahra


Aceh.Aku baru balik Jusco Bukit Indah ni.Sempat rembat kasut dia je.Memang tu je aim dr awal pg.Ada jumpa baju tapi bila dapat baju seluar plak takda size.Benci tau.Penat aku berkeliaran di situ td.Membuag masa betul.Last2 campak semua.Malas aku beli.Pujuk je lah hati ni.Nanti kan nak pg JPO.Nak tengok Poney kat sana.Katanya ada less gegila.Jgn aku2 sekali gila kat sana sudah.En Hanafee ingat ea date kita ahad ni.

Orait.Lawa tak kasut Helena tu.Cukuplah satu.Aku pilih yang senang matching je dengan semua baju.Nampak lah gegirl cikit kan.Dah lah ritu g bazar karat tetiba aku belikan dia seluar askar.haha..Mcm comel je.Ayah dia kata pun on.I pun on lah.Lagi on bila ayah tukang bayar.hehe

Ok lah.Aku tunggu hairband dia tak sesampai lagi ni.Manakah.?...Sebelum aku mengucapkan bye meh jamu mata tengok makcik ni tido dalam buai.Kejadian adalah semalam.


Allahuakbar Allahuakbar..

Breastfeeding di kala bulan puasa tambah plak period...Wahaha

Tetiba tajuk ada wahaha kan...hehe...ok arini aku takde suara .Ye tekak aku sakit gilak..Serak2 je ni..Hampeh arr tak dpt nak berborak.

Aku nak cerita pasal breastfeed dr ritu..Tapi tak berkesempatan .Apa tah yang tak sempat.Aku pun tak paham.Ok aku ulangi lagi aku breastfeed Helena Zahra untill now.Alhamdulillah susu ada.Sebelum puasa aku memang lex2 kacang je kalau nak kumpul stok fresh milk utk Helena esoknya.Akan tetapi....Bila puasa menjelma ni.Stok aku merundum lah pula.Wah cuak kebebeh ok.Sekali pam nak dpt 3oz pun amik masa.Nak tunggu LDR dtg pun amik masa.

Klau buat 2 kali pam ms kat opis tu dpt lah aku 3 or 4 botol yg berisi 3oz.Helena aku bekalkan 5botol.Jd terpaksa lah kerah diri plak kat umah nak dptkan lagi 2 botol tu..Sampai lembik2 tetek ni tau.Eh tp kan walaupun dlm keadaan lembik kekadang dpt gak 2oz..huhu..

Aku tau aku tak amik suplliment pape n jarang na nak telan air masak.Jd puncanya aku memang dah ketahui.Tp diri sendiri tak nak amik pusing..wahihi...Dah tu jgn nak merentan na ckp kenapa susu kurangkan.Tp kan sebelum  bulan puasa ni pun aku jarang amik air masak.Air manis je memanjang.Tp aku rajin lah telan air ducth lady strawbery tu.Elok je ha susu nya.Mb bila bulan puasa kita kurang mkn n minum waktu pg smpai petang , sbb tu production kurang kot.Hagaknya lah kan.

Ok selasa lepas 7.8.12.Aku di kejutkan dengan kedatangan period...huwaaa..Rs cm nak nangis weh.Anak baru nak masuk 5 bln dh period.Perhhh....Dah lopong puasa aku tau.Tp sikit je periodnya...Smpai petang lg sikit.Esok nya sikit memang2 sikit n warna cm brown2.Semalam terus takde.huhu..Apakah..period ke?..ke aku ngndung ni?...uhuk2...Oh tidak..Tak mungkin..En Hanafee apa yang telah anda buat?....Jawab2

Tuesday, August 7, 2012

Bergitulah Saya Seadanya


Aku lah tu orang nya.Tapi aku takda lah byk sgt cakap nya.Biasa je lah.Cuma kalau bercakap tu kekadang terover plak.Adakala aku nak ckp aku ckp.Kalu nak aku diam aku diam.Bila jumpa orang yang baru2 kenal memang lah takda nya aku nak terpekik2 bercakap ngalahkan orang tu selesa benar dengan ko kan.Sampaikan dulu bila aku kat U diaorang cakap aku sombong ms first2 time kenal.Biasalah beb.Gua kan muka ada sikit kerek tak memasal.Wahaha

Kalau bab gelak tengok lah jugak.Kalau bebetul kelakar pada aku baru lah aku ngilai.Tapi kalau ko setakat nak buat lawak yg mcm nak kene penampor memang lah mls aku nak gelak.Jangan ko kata aku sombong jugak pulak.Dah lawak tak kelako nak nyuruh aku gelak dah kenapa.

Tp tula.aku kalau ada masalah ke apa ke.Memang aku diam membatu je.Dulu penah kot ms kat opis ni, ms tu tgh kemaruk bercinta ngn En Hanafee lah.Kan mcm2 dugaannya.Jd bila semua tengok aku duduk senyap je tak terjerit2 memetir, tu maknanya adalah yang tak kene tu.Jangan lh ko tegur.Memang tak layan.

Menangis dalam diam?..Hmm menangis tak bg orang nampak kot.Nanti kalau hati lara bwk lah diri ke satu tempat , kalau dulu kat WPI tulah yg meyaksikan aku menangis sensorg, menung sensorang sambil dengar burung gagak berkuak2..Bising je.Dah tak feel aku nak nangis.Hahaha

Gitulah hakikatnya.Kalau orang cari pasal dengan aku pun aku mls sgt lah nak amik pusing..Ko nak gelar aku pape pun.Ko ingat aku heran sangat kah.Last2 diri ko yang sakit hati sendiri kan.Wahihihi..I relax2 je ok.Sampai En Hanafee pun pelik lah gaknya.Orang gelar aku Betina Murah pun aku masih relax lagi.Yelah nak kecoh na pun buat apa.Biarlah dia meroyan sensorang.Lelama dia diam lah...Kan..Aku hanya mampu tersenyum je.Snyum kan sedekah.Ewah...

Eh dah la.Ni tetiba jd panjang plak menaip.Ingat nak tulis simple2 je.hehe.Dah bye.

Yeah Menang...Ahaks..Ahaks.....

Dimaklumkan bahawa saya telah memenangi contest dr Puan Yana.Wah rs cam nak lonjak2 je kat opis ni.Bleh tak...Ekeke...Walaupun penyertaan nya hanyalah saya seorg..tp takpe lah kan.Usaha tangga jaya namanya.

Apakah yang saya dapat?....Sila lihat ye..


Ok ni untuk Helena punya .Bleh letak kan mainan ni.Ha memang makin sempit lah bilik aku.huhu


Ha ni utk aku .Bleh minum ni utk tmbahkan tenaga.Yana akak rs akak takde alergic lah kot dengan soya.Kalau ada , nanti akak pulak buat contest bg pd orang lain.hehehe..

Ish tak sabar ni nak tunggu hadiah sampai..Anyway thanks ea Yana.Buat lah contest lagi.Akak suka dapat hadiah2 free ni.Yang lain jomlah terjah blog Puan Yana kita ye.Banyak info disana..

Dah bye

Monday, August 6, 2012

Virus Malware Detected

Menatang ni datang dr mana ekk.Ni kira viruskan.Aku rasa dah byk blog dah ni kene benda ni.Semua blog yang aku suka baca plak tu..Ada cara ke untuk protect utk yang belum penah kene ni.Huhu..

Alang2 dah bercerita mengenai virus malware ni kan,meh la aku bercerita sekali pasal virus selsema + batuk kung2 yang tak hilang2 hampir seminggu berdamping dengan Helena.Kesian aku tengok dia.Asal mlm je batuk menjelma.terbahak2 makcik tu di kala tengah mlm.Nangis2 lahai tak selesa.Sekejap2 terjaga, batuk,nangis,bersin..Eh semua lah.

Dah 2 kali kene nebulizer.Ada di bekal kan ubat.Tp aku tak kasi sgt lah.2 3 hari sekali aku bagi.Tak elok katanya bebudak kecik ni makan ubat byk na.Kalau ikut dokter sehari 3 kali.Huh nak bg mkn ubat pun punya lah seksa.Dah telan di luek nya balik.Jd tak payah lah beriya na nak suh budak tu mekik 3 4 kali bg mkn ubat kan.hehe.

Ok lah tataplah sikit muka bdk sakit ni ms nak pegi klinik seminggu yang lepas.Eh sebelum tu..Ada tak cadangan utk kurang kan batuk n selsema dia..?..Please.....



miaw..miaw..miaw

Dato Lee Chong Wei


Tgk2 profile pic gue.Ha semangat tak aku..Tanda memberi sokongan pd Dato' Lee Chong Wei, walaupun semalam dia kalah, tapi semangat juang dr dia yang kita mahukan.Anda anda semua bila lagi mau tuko profile pic?..hehe..

Thursday, August 2, 2012

"CONTEST RAMADHAN : BIO MILK COSWAY"

A.N.A Cookies Dalam Kenangan



Ok sy menyahut cabaran dr Puan Yana utk menyertai contest yang di adakan  Ni kali kedua kot masuk contest dr blog..huhu..Dulu masuk tak menang pulak..apa pun tak boleh lah..kaka...mintak2 kali ni menang lah ye.....Hehehe..Dengar ea Yana celoteh yang mengarut ini..

Cerita best yang penah berlaku di dalam bulan Ramadhan.Hmm mcm susah pulak nak mulakan.Penat jugak cr idea ni apa yang penah berlaku yang buat aku terkenang2 smpai hari ini ek.Alahai Yana susah jugak itu.Kalau untuk raya senang sikit.Ekeke.

Bismillah.Dulu kan aku bersama 2 org kawan aku pernah berbisnes kuih raya.haha..Nak gelak pulak.Ok sambung .Dah daftar company lagi tau .Dulu nama company kitaorang A.N.A cookies.Kesinambungan nama Aie Nor Aton.Ceh.Maju gila bisnes kitaorg masa tu.Byk tempahan dari kawan2 dan sahabat handai yang jauh dan dekat.Tak kurang jugak kawan2 yang telah di paksa beli.Ekeke.Nasiblah.Asalkan kuih kitaorg laku.

Bermula nya episod menjual kuih ni bila mak aku dapat tempah oder kuih mama carrie dari kawan2 dia lah.Tiap tahun memang dia buat dan aku tolong.Tapi sekali tu dia dah macam malas nak buat n suh aku je buat kuih tu.Jd dengan kesempatan itu aku ajak kwn aku c nor ni.Dalam seminggu jugak kitaorg buat berdua kot.Dah lama sgt aku pun lupa..4 thn lepas mana nak ingat na kan.Satu hari tu kitaorg rs mcm production lambat na sebab berbekalkan 1 je oven.Jadi c nor ni mencadangkan hangkut oven umah dia pegi ke umah aku kot.Eh gitu ke nor..Aku lupa lah.Jadi dia mintak tolong c Aie ni utk mengangkut brg tu.Dulu kami semua kan semekin.Manalah ada kete.Tiga2 just ada motor je.Aku n nor ada moto skuter.Aie Vespa.Dengan motor2 ni lah kitaorg beli n angkut semua barang, tepung gandum ,gula,telur,botol.haha..Dpt bygkan tak cmne?...bergondon2 ok.Lalu highway amik ms setengah jam jugak smpai umah..Wakaka.Tp elok je lah.Takda yang keciciran.Hantar kuih org tempah pun pakai motor kau tau tak.Elok2 dr rumah dah susun cantik je.Sampai kat tuan nya tunggang terbalik kuih tu.hehe...Mintak maaf ye customer.Tp kuih kitaorg sedapkan.

Dan mula dari situ lah aie macam minat nak join.Tugas di bagi2 kan.Aku n nor uli tepung jadi doh, terap kuih n melukis.Aie jaga oven.Hah nampakk cam mudah je kn.Tapi sebenarnya byk cabaran ok.Balik keje terus buat kuih.Mau2 pukul 2 3 pg siap.Kekadang ada jugak terlajak sampai kul 5 6 pg kot.Esok nya dah keje.Mata layu je bwk moto ni.Tido bangun tido bangun ms buat kuih tu.Tak tahan weh.Sepanjang Ramadhan tu kitaorg berjaga malam siapkan tempahan.dapat cuti lg 2 3 hari nak raya kot.


A.N.A Cookies.Dari kiri Aie,aku,nor


Buat kuih org.Tapi kat umah sendiri penyudahnya takda kuih.Kalau ada pun yang dah hangus tu,Yang kepot2 dia punya lukisan tu.Kan....Kekdahnya beli kuih dengan orang lain.

Memang kenangan yang tak boleh di lupakan.Sepanjang buat kuih memang ketawa je memanjang.Orang g terawih kita sibuk menguli kuih kan.Wahaha.Dapat duit kuih meluruskan rambut utk raya.Kejung je masa buat kuih tu tak boleh byk gerak.Nanti rambut tak cantik.Memacam.Yang tukang jaga oven pun boleh tahan.Kene selalu tengok2 kan dia sebab 2 3 kali jugak kuih hangus tu dia punya keje.Tido sesaja.Hehe.Dah rugi.Haish.Pjg lah nak cerita.Ada tak jumpa penutup ni kang.

Tulah pengalaman yang tak dapat aku lupakan sepanjang Ramadhan menjelang.Mesti senyum sorang2 tengok kelaku memasing masa buat kuih.Biasalah kita ni dah biasa susah.Betul2 bersungguh cari duit utk raya.Nak beli itu ini.Tak kan nak harapkan gaji seciput tu je kan.Tapi kenangan tu dah lama berlalu.Bila masing2 dah ada keluarga dan kerjaya yang lebih stabil.semua dah bwk haluan masing2 kan.Tapi kita still macam dulu.Bila jumpa ada je perangai barunya ye.hehe...Wasalam.Aku rindu beb kenagan buat kuih tu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...