Support JDT Blogger

Thursday, September 29, 2011

Berpindah Rumah

Entry yang boleh dinamakah usang juga ni.Setelah lebih 4 bulan hidup berpindah randah dr rumah mak dan ibu mertua akhirnya kami berpindah ke rumah baru untuk belajar hidup berdikari.Saya berpindah pada 6 September 2011 di Jalan Wawasan 4 Gelang Patah Johor.Bukan rumah taman, tapi rumah kampung dimana rumah itu adalah rumah yang telah dibina oleh ayah En Hanafee pada 6, 7 tahun dahulu dan tidak diduduki oleh penghuni setelah sekian lamanya.

Wah nampak macam rumah seram jek kan.Takde lah seram mana pun.Tapi seram juga bila duduk sorang2 kerana rumah itu mempunyai keluasan yang agak besar juga.Buat masa ni kami bertungkus lumus membuat sedikit pengubahsuaian ala-ala eric leong (tapi mcm kelaut jek).Jadi nak panggil tetamu dtg bertandang tu adalah sedikit segan.Nanti ye kwn2..tunggu langsir sy siap dulu.baru naik cket serinya..dan sy akan jemput kamu semua datang...hehe....

Kesimpulannya,best juga ye duduk di rumah sendiri,hanya berdua saja.Lintang kedak lintang pukang pun takde sape peduli asalkan isi rumahnya duduk di dalam keadaan aman bahagia dan harmoni.


Friday, September 23, 2011

Am I ?.......

Lama berdiam dari menulis rupanya.Setiap hari bukak blog tapi just pg BW ke merata tempat.hehe...Ok berbalik kepada tajuk di atas, Am I?..wah tajuk nya.bukan main lagi ye.

Sudah hampir hendak menjenguk ke angka 5 bln perkahwinan kami.Rata-rata bila jumpa rakan taulan ..sedara mara akan mula bertanya...Dah ada ke?..Soalan wajib ok kepada sesapa yang baru berkahwin?..Lagi pula musim raya haritu bantai berjalan kemana2.Jadinya memang akan dimana2 saja lah org akan bertanya.

Isu ini akan menjadi sensitif kepada yang masih belum di kurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata.Jadi kepada semua jangan lah di tanya lebih2 atau di persoalkan atau di perlekehkan lebih2 juga ye.Siapa lah yang tidak mahu menimang cahaya mata dari benih sendiri.Saya selalu mengikuti blog2 TTC yang saya follow.Adakala sedih juga bila berbagai usaha yang mereka lakukan tapi masih belum berjaya.Tapi saya sgt berbangga dengan mereka kerana tidak penah jemu utk mencuba dan rasa terharu sangat apabila baru2 ni 2 org rakan TTC telah berjaya dengan usaha gigih mereka.Tahniah...

So berbalik kepada tajuk di atas....haha..berapa kali la nak berbalik2 kan...Bila org bertanya kepada saya sudah ada ke?..And my answer is...................


v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v



                 Yes i am....alhamdulillah....

now is around 15 weeks.Doakan ye kawan sekalian moga di permudahkan segalanya.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...